30 March 2012

Meriah hidup ioulls!


Assalamualaikum.

Kan... kan sudah kukatakan... memang sangat sibuk ye dalam minggu ini. Terlalu sibuk sampai blog sendiri pun tak sempat jengah. Kadang-kadang rasa kagum tatkala teringat yang diriku ada blog seperti orang lain yang ada blog, namun orang lain itu tidak lupakan blog mereka, seperti yang daku lakukan kepada blog sendiri.

So here the quick updates. Speaking you... voleh?

23 Mac 2012
Gojes sangat Kak Yaya dengan persalinan yang dibuat sendiri oleh bondanya. Alkisah, bateri kamera yang kunun sudah dicas, habis. Bateri telefon yang kunun sudah dicas, pun habis. Nasib baiklah ada Tab. Itu pun bateri nyawa-nyawa ikan. :') Maka ada beberapa sahaja gambar dalam simpanan saya... selebihnya dalam kamera pengantin. Jadilah....

24 Mac 2012
Kenapa tetiba yang pakai merah itu pun berada di tepi pengantin, padahal pengapit adalah Nana yang memakai warna coklat? Kerana... sayalah tukang angkatkan kain leret si tuan puteri... ehehe. (=^__^=) Dapatlah balas jasa Kak Yaya yang dulunya jadi pengapit kita walaupun sekejap. Malah dapat makan semeja masa makan beradap, memandangkan keluarga Kak Yaya sibuk layan tetamu. Tetiba jadi keluarga pengantin. Haha! 

Oh, sungguh best pada hari itu, sebab ramai kawan sekolah rendah datang. Rasa macam baru semalam main rebut-rebut tiang dekat koridor kantin.

Balik dari rumah pengantin, mak dan kakak pun baru balik dari shopping. Wah... makin best pula hariku, sebab mak belanja barang si kecil. Yahuuu! Banyak dah yang mak belanja, rasa terharu pula. Oh~ makasih ya buk... moga kian dimurahkan rejeki... :')

25 Mac 2012
Oleh sebab sudah beberapa hari bergigih siang dan malam, maka hari Ahad yang indah ini, dipenuhi dengan tidur, berehat, pantau blogshop, tidur lagi bersama Duyuk sebab sudah dua hari dia demam, dan baca apa yang patut. Encik Suami pula malam tadi tidur di hotel bersama keluarganya yang datang ke Kuala Lumpur. Petang itu Encik Suami balik, dia hulurkan oleh-oleh daripada adik ipar yang baru balik dari mengerjakan umrah. Dapat jubah, shawl, kurma, dan macam-macam lagi. Terima kasih, Ain dan Afiq. :)

26 Mac 2012
Hari Isnin pun tiba... punyalah banyak kerja kena buat, antaranya bungkuskan barang-barang customer, isi borang Pos Laju segala. Duyuk yang masuk tiga hari demam, masih tidak menjamah apa-apa makanan yang saya bawa naik. Bukakan pintu, kot dia mahu keluar ambil angin ke kan. Tapi dia tetap duduk diam-diam. Saya pun dukung, bawakan dia ke bawah, lepas itu terus kemas rumah yang ala-ala ada parti liar namun daku tidak tahu-menahu. Siap kemas-kemas, nampak Duyuk lepak di ruang tamu. Saya pun naik, sambung bungkus barang. 

Dalam bilik, tetiba dengar bunyi Duyuk dari luar pintu, nak masuklah gamaknya. Saya pun bukakan pintu, dan sambung isi borang Pos Laju. Duyuk masuk bawah meja, dan mengais-ngais. Saya pun hairan, dah kenapa mengais....

Waktu inilah... tiba-tiba keluar cecair warna merah bata dari punggung Duyuk. Hakak terus panik ye, hadeks-hadeks. Meracau cemas-cemas sikit, terus siap ala kadar, bawakan si Duyuk pergi vet. Encik Suami pun memandu dengan laju. Sampai depan klinik, tangan saya rasa panas. Yaaaa... dia tumpah darah lagi. Habis kena baju. Kemudian saya minta hantarkan saya balik, sebab barang customer belum habis bungkus. Encik Suami hantar, kemudian dia pergi balik klinik. Waktu ini rasa terharu sungguh dengan pengorbanan beliau. Saya cepat-cepat siapkan bungkus, Encik Suami pun balik. Katanya Duyuk 50 - 50. Sama ada semua anaknya mati, ataupun dengan dia sekali mati. 

Hakak yang berhati tisu, terus nangis... T_T_T_T_T_T DUYUK!!!

Tapi tidak boleh berdrama lama sangat, sebab kena siap bebetul, poskan barang, kemudian bergegas ke Kelana Jaya, jumpa mak mentua di Giant situ. Saya tidak sempat jumpa sebab ada kenduri Kak Yaya kan, jadi sempatkan diri juga sebelum beliau pulang ke JB pada malam itu.

29 Mac 2012
Alhamdulillah, hari Selasa dapat panggilan daripada doktor, kata Duyuk selamat, tapi empat anak dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. Never mind, Duyuk. Mereka masih kecil. Masih tiada dosa (macamlah kucing ada dosa kan, ekeke). Jadi semalam baru dapat bawa Duyuk balik. Doktor suruh kurung dalam sangkar, supaya dia tak aktif sangat. Nanti habis terbuka jahitan, camno? Nak jahit sendiri, memang taklah kan. Jahit jelujur pun gagal. 

Di sini sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi doakan Duyuk. Ramai sungguh yang sayangkan Duyuk. Maka Duyuk, kau kena berkuat, nak! Kau selamat walaupun dilanggar lari, kau selamat walaupun keguguran. Kau adalah idola! *tak masal*

30 Mac 2012

Ya... hari ini adalah harinya!!! Ingat lagi P/S dalam entri ini? Maka pergilah terjah SnaLaLa Blogshop bagi mengetahui apa yang sedang diberikan promosi hebat itu.

Okeylah, jumpa lagi! Kena habiskan entri dengan pantas, sebab dapat panggilan kecemasan daripada kakak, walaupun dia sendiri gelak-gelak. Oleh kerana dia gelak-gelak, dengan ioulls sekali kena marah dengan mak yang lebih cemas daripada dia. Papai!


22 March 2012

Dup dap dup dap....


Assalamualaikum.

Minggu ini dan minggu hadapan, sungguhlah banyak perancangan yang perlu dibuat. Yang paling utama, sebab esok kawan saya sejak tadika (walaupun-dia-belum-kenal-saya-waktu-itu-hanya-saya-yang-beria-kenal-dia-sebab-dia-suka-gedik-gedik-depan-cikgu-sambil-pegang-pom-pom-dan-minta-lagu-Sinar-Mentari-Oh-Korea! T_T), akan bernikah, dan lusa dia akan bersanding. Dia adalah yang saya maksudkan dalam entri sebelum ini.

Malam semalam saya singgah sekejap ke rumah baru keluarga dia, tengok barang-barang untuk deko guest corner, dan juga tengok dia berinai.

Ini tangan saya suatu masa dahulu, bukan tangan dia, ehehe!
Teringat betapa seksanya nak tidur malam itu, 
sebab inai tidak berbalut plastik. :')

Kawan saya itu minta saya buatkan guest corner, macam yang saya buat masa majlis saya dulu. Maka saya pun imbas kembali macam manalah haku membuatnya masa itu. Gegeh sangat beli itu ini, tampal kain pada meja menggunakan stapler, tampal renda bunga-bunga itu guna gam UHU (sebab tak ada mesin jahit), dan menjadikan kertas-kertas nota berwarna-warni tempat tetamu menulis ucapan, kerana habis usaha mencari guest book yang menarik. :))

Rehearsal. Semua tersusun rapi.

Pada hari kejadian. Sudah tunggang-langgang sedikit.

Guest corner ini disekalikan dengan candy buffet, maka siapa yang merapati meja ini, perlu tulis ucapan, ataupun boleh terus ambil gula-gula yang disediakan tanpa menulis sebarang bait ucapan. *Keji sangat tau siapa yang tak tulis tapi ambil gula-gula sahaja!* 

*Okey, sebenarnya tak keji. Memang letak supaya orang ambil. :')*

Maka... nantikan hasil tangan saya pada minggu hadapan, dan sila terima hakikat yang tangan kau tidak berseni maka ia akan hanya menjadi apa yang termampu kerana kau cuma susun-susun. *sambil tuding diri sendiri*


Dan kawan saya ini, yakni Hidayah, adalah pengapit saya waktu kenduri pada 21 Mei 2011. Ha... siapa kata anak dara yang jadi pengapit akan kahwin lambat? Belum setahun saya kahwin, dia sudah menyusul hokey. :))

Malam ini, insya-Allah sekiranya larat, mahu ke rumah dia lagi, tengok orang buat hantaran. Yang buat hantaran adalah kawan kami juga, Epul. Wawawa Epul sekarang sudah jadi selebriti dunia hiasan dalaman. Dalam Majalah Glam Deko edisi April 2012, dia dan rakan-rakan seperjuangan menghiasi dada majalah gitu. Tahniah, yuolls!

Sesiapa perlukan khidmat Epul, bolehlah ke Sarang Interiors.

Sebenarnya nak tulis lagi, tapi sebab kena bersiap dengan laju demi ke IKEA, terpaksalah saya berhenti seketika. Ada temujanji dengan seorang kakak yang sangat pandai buat kek. Serius, semua kek dia sangat cantik yeT_T Nanti apa-apa, iouls cerita lagi ek! 

Oh ya, ada sesiapa mahu personalize calendar? Letak gambar-gambar kita, apa-apa gambarlah yang nak diletakkan, lalu dijadikan tatapan mata sendiri, ataupun orang tersayang. Kalau ada yang berminat, baru saya buat reviu, okey? Kalau tiada yang berminat, anda sangat rugi kerana kalendar peribadi ini adalah sangat comel dan cantik, hasil tangan seorang kakak yang comel juga. (^_^)v

Early gift to Encik Suami for our 1st Anniversary.
Auwww terus cakap omputeh. Motif? :">

Bai bai black sheep have you any woooooool....

 

P/S: Marilah beramai-ramai like blogshop saya, sambil melihat apa-apa yang mungkin berkenan di hati sendiri, ataupun hati ibu, mahupun hati kekasih masing-masing. Nanti akan ada kejutan kepada semua yang like. Jadi, like sekarang!!!

15 March 2012

Fullhouse Yawww!

Assalamualaikum.

Memang impian saya sejak bujang dahulu, mahu menjejakkan kaki ke Fullhouse.

Siapa baca blog saya, tahulah impian saya itu. Hehe.



Punyalah kemaruk, sampai tiap kali menghala ke tol Batu 9 Cheras, dah macam satu kewajipan untuk pandang ke kiri. Itu, itu Fullhouse yang paling hampir dengan rumah saya. Sejak Giant Cheras dibuka, sejak itulah kepala kian berjinak-jinak mengarah ke kiri. Malah kerana hobi baru itu, saya berjaya snap gambarnya sambil kereta bergerak laju. Hebat, bukan?

Alkisahnya, dengan hanya menelengkan kepala ke kiri, memang tidak tercapailah impian itu, hingga bakal pengantin ajak berjumpa buat kali terakhir, sebelum dia bergelar suri di hati Encik Helmi. Oh oh~ terus sebak tak memasal kan. :') Saya dan Encik Suami selalu rancang mahu ke sini, tapi ada sahaja aral melintang-pukang. Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki. Sebak sekali lagi. :') Perlu?

28 Februari 2012 - Bridal Shower Dayah

Inilah kami. Dayah, Nana, Ai, Ecah, dan Sna (sayalah itu).
Kumpulan kami digelar; The Gadises.
Wakaka! Mari pitam bersama-sama.

Nama-nama menu lain saya tak ingat, 
tapi yang saya pilih namanya Alfredo. Sedap!

Sama seperti di atas, saya hanya ingat nama minuman saya. Kuikui.
Namanya Ice Blended Peach. Serius sedap!

Sambil makan-makan, borak-borak, saya pun buat isyarat mata gitu, kepada salah seorang staf Fullhouse yang sangat berdedikasi. Tak tahulah apa nama dia, tapi saya gelarkan dia BFF (wah kelas nama), sebab dia sangat berdedikasi melayan kerenah kami. Minta ambil gambar, dia buat. Minta itu, dia buat. Minta ini, dia buat. Memang baguih staf Fullhouse ini. 

Isyarat mata itu adalah supaya mereka bawakan kek yang kami bawa awal tadi untuk bakal pengantin. Terima kasih kepada penaja kek yang namanya biarlah kami dan Allah sahaja yang tahu, kerana bakal pengantin akan baca entri ini, ekekeke. Nanti terbongkar rahsia. :))


Yang kelakarnya, semua staf Fullhouse datang ke meja kami... sambil salah seorang bawakan kek... sambil apa tau? Sambil menyanyi "Happy birthday to you... happy birthday to you...." Hari lahir siapakah??? Kek bersama lilin yang dipasang, parking baik punya depan bakal pengantin sampai dia sendiri terpinga-pinga. Hahaha! x))

Silap kami sebab lupa nak keluarkan lilin dari dalam kotak. Memanglah mereka sangka kami sedang sambut hari lahir siapa entah kan. Padahal kek saja-saja beli, makan reramai. Ekeke. 

Seronok dapat jumpa sekali lagi, walaupun sekejap. Nanti insya-Allah, seorang bakal jadi ibu, seorang bakal jadi isteri, seorang dah pindah menyewa jauh-jauh, seorang doktor yang supersibuk sejak pindah jabatan, seorang lagi memang dah sedia sibuk dengan kerja sampai mesej di FB pun tak buka-buka. Harap korang semua hidup bebaik ek. Ada masa kita lepak lagi. :')

6 Mac 2012 - Hari Lahir Felah

Oleh kerana begitu teruja dengan kenangan di Fullhouse, saya pun ajak keluarga ke sana, sekali lagi, demi menyambut hari lahir kakak kedua saya. Hohoho! Kayo Fullhouse dapat pelanggan macam hakak.


Kali ini saya punya yang atas kanan; burger apa entah nama dia.
Sedap, dan besar. Sama macam kedatangan sebelum ini, tak habis. :')
Siap order pemanis mulut, pakej tiga RM29.90. Paling sedap, yang tengah itu.


Kali ini saya order Ice Blended Vanilla Strawberry and Dragon Fruit.
Nama sebenar dia saya tak ingat, tapi itulah campurannya, hoho.
Bagi saya, air ini pun sedap. Tapi Encik Suami kata tawar. Aik?
Teh itu kakak saya order. Ya, itu barulah definisi tawar yang sebenarnya. Haha!

Ruang ini boleh cuba dan bergambar ikut suka. Nak beli pun boleh.


Terima kasih emak kerana membelanja kami semua. 
Sayang mak kuat-kuat! (^__________^)

Kami di Fullhouse pada hari berbeza. Awww~

Terima kasih Encik Suami kerana membenarkan saya lepak bersama kawan-kawan gadis. Dia selalu lepak di tempat lain supaya kami dapat luangkan masa bersama. Jenuhlah ajak duduk sekali, namun dia tetap enggan. Mungkin itu yang terbaik, ekeke. Kang semua tetiba jadi ayu-mayu, cakap semua cover. PADAHAL................

Pada pendapat saya, Fullhouse memang cantik. Sesuai dijadikan tempat menyambut apa-apa hari istimewa, sebab dia ada kawasan khas yang kita boleh booking. Makanan dia, setakat yang saya pernah rasa, semuanya sedap. Air, dua-dua yang saya order, pun sedap. Portion agak besar bagi saya, tetapi bagi adik saya, tiga menu hokey. Tiga. Harga pun standard makanan barat. Tak murah sangat, tak mahal sangat. Tetapi menu tak banyak. 


Oh ya, pada bridal shower Dayah hari itu, dua impian saya tercapai sekali gus. Masih ingat entri ini? Hehehe. Tinggal satu lagi impian yang insya-Allah mampu tercapai pada akhir tahun ini, sekiranya saya ada RM10,000. Ha ha ha ha ha. :')

Jumpa lagi!

09 March 2012

Siapa Mahu Hadiah? Siapa???




Assalamualaikum, helo! (^o^)

Comel tak banner di atas itu? Comel, bukheen?

Sebenarnya, saya tidak dibenarkan sertai GA ini pun, huhu... sebab.....

SnaLaLa Blogshop adalah salah satu penaja hadiah!!! Yahuuuu! :D :D :D

Baucer RM30 x 2 pemenang


Saya bersetuju menjadi penaja sebab saya kenal Cik Abbit, sebab dia salah seorang pembeli 'Kawanku Panda', dan juga pembeli di SnaLaLa Blogshop juga. Malah, dia kawan baik Izati. Siapa tak kenal Izati, boleh jengah blog dia. Dia pun salah seorang penaja. Kelas tak? Saya dulu kelas 3 Zamrud. (Tak masal.)

Okey, kepada yang mahu mencuba, bolehlah lihat cara-caranya di blog Cik Abbit. Makin hari, senarai penaja makin bertambah! Amboi... memang kelas 3 Zamrud lah semua yang sertai GA Cik Abbit ini. Rugi jadi penaja. Kan dah tak boleh masuk. Nasiblah, Nab.

Selamat maju jaya! (^____^)v

07 March 2012

Bersalin Kulit. Wooohooo!


Bye bye template yang digunakan sejak 2009.

Selama ini mampu tukar background sahaja, kali ini terus tukar template.

Ada beberapa coding yang hilang, namun yang pergi, biarlah pergi.....

Amende ayat drama ni Nab?



Bukan template sahaja baru, 

malah sekarang sudah tidak boleh right click.

HAHAHAHAHAHA!

Tak... bukan sebab nak elak entri dicuri orang, 
walaupun itu tujuan sebenar fungsi itu dicipta.

Saya sudah mengesan salah satu kebaikan disable right click sejak tahun lepas.

Jadi, sekarang saya mahu lihat, adakah siasatan saya selama ini... benar?!



Okey, mana-mana link yang kamu mahu klik, 

tekan sahaja key Ctrl pada keyboard, dan klik di situ.

Nanti akan keluar tab baru.

Jangan tensi-tensi, okey!


Tata! ~(^______^)~

05 March 2012

Dua Dunia, Satu Rasa, Ewah!


 Assalamualaikum.


vs.



Dua-dua saya sedang usahakan sekarang. 

Kembali aktif berblogshop, dan juga terus menulis.

Salah satunya saya minat buat, salah satunya saya tahu buat.

Alhamdulillah. Setiap hari saya rasa sangat bersemangat. (^____^)

Semoga Allah terus mengurniakan saya kesihatan, ilham, dan kekuatan 
bagi meneroka ilmu kedua-dua dunia ini. Amin....

Mohon doa dan sokongan daripada kawan-kawan. :)


Oh ya, hari Sabtu (3 Mac), kami ke POPULAR Sunway Pyramid. Sebab ramai sangat yang beratur, saya tunggu di luar, sementara Encik Suami membuat pembayaran. Lepas semua selesai, Encik Suami kata kepada saya, yang cashier di situ kenal dia, sebab gadis itu pembaca blog saya. Pertama kali ada yang kata dia pembaca blog ini selain di FB. Terima kasih ya, gadis manis, kerana sudi membaca blog yang kian dan tambah membosankan ini, hehe! Saya nak datang kacau, tapi ramai sangat orang. 

Ada banyak cerita hendak tulis. Lain kali ya!

Nak sambung photoshoot bersama beg comel. Ekekeke.

   



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...