Perkara ini sebenarnya saya pernah terbaca, dan agak faham,
namun selepas bertanya sendiri, barulah saya benar-benar yakin.
Klik gambar bagi membaca dengan lebih jelas.
"Kita juga akan mendapat dosa sekiranya dalam gambar yang kita upload, ada wanita yang tidak bertudung ataupun menampakkan lengannya."
Maksudnya, tidak menutup aurat dengan sempurna.
Bukan sahaja wanita, gambar lelaki yang nampak aurat pun sama.
Walaupun soalan di atas bukanlah diajukan kerana blog ini, tetapi saya tetap memantau kembali semua entri. Mana yang ada gambar saya, mahupun kenalan lain yang nampak aurat, saya terus buang. Alang-alang melakukan pembersihan blog, saya save as draft juga mana-mana entri yang tidak berfaedah. Entri-entri perkahwinan pun saya jadikan draf, kerana ada gambar kenalan yang tidak sesuai dipertontonkan. Hendak buang gambarnya, sayang... huhuhu.
Kepada kenalan yang terlibat, saya memohon maaf sangat-sangat. Semoga Allah juga ampunkan saya atas kelalaian sebelum ini, dalam menjaga aurat sendiri. Mana yang terlepas dalam carian Google pun saya mohon diampunkan. Itu di luar kemampuan saya. Sekiranya mampu, semua pun saya mahu buang. Huhuhu. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik pada masa hadapan, insya-Allah. Semoga sempat, sebelum saya meninggal dunia. Amin... amin....
(Mohon jasa baik juga, sekiranya ada gambar saya yang ternampak lengan dan sebagainya dalam ruangan maya kawan-kawan, bantu saya buangkan gambar itu, ya. Terima kasih sangat-sangat.)
Okey, sebelum berpisah, ini antara gambar-gambar di UiTM Lendu, Melaka, semalam. Sangat penat sebenarnya pandu kereta sendirian dari Kajang ke Melaka dengan keadaan begini, tetapi alhamdulillah ada kawan-kawan yang sudi apit saya di depan dan di belakang. Bagus juga bawa kereta sendiri, kerana waktu pulang, haluan berbeza-beza. Tak adalah saya menyusahkan sesiapa sekiranya menumpang kan. Apa pun, seronok juga semalam. Dapat berkenalan dengan senior dan junior yang tidak pernah kenal. Dapat jumpa para pensyarah yang sudah lama tidak ketemu juga! (^_^)
Sempat singgah makan asam pedas sebab rakan saya itu teringin sangat nak makan.
Walaupun saya sudah makan di fakulti, dan ala-ala tak nak makan lagi gitu,
habis juga semua ini. Kahkahkah.
Dua wanita anggun itu adalah supersenior saya. Alkisahnya, yang berbaju biru itu, adalah penulis PTS One juga. Namanya Nazrie Haslianie, antara penulis 'Bacakan Saya Satu Cerita', dan juga sangat aktif hantar cerpen-cerpen untuk Remaja@PTSOne dulu. MALAH! Saya pernah berutusan e-mel dengan dia! Baru sekarang kenal, hahaha! Kecil dunia.
Jumpa lagi!
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Alhamdulillah... kedua-dua set hadiah comel untuk pembelian 'Kawanku Panda' sudah diterima. (^__________^)v Setelah pahit ranjau berduri kuharungi, akhirnya keychain pandaboy dan button badge sudah berada dalam genggamanku. Alhamdulillah, alhamdulillah. Comel semua!
Kepada yang sudah membuat tempahan dan pembayaran, saya ucapkan jutaan terima kasih. Terima kasih, terima kasih, terima kasih darab sejuta!!!
Maha Suci Allah, sebenarnya saya kurang yakin ada yang sudi membeli terus daripada saya, memandangkan bakal pembaca perlu membayar kos penghantaran. Lagipun saya belum menempa nama sebagai penulis popular (ewah), jadi keyakinan memang kurang sedikit. Namun hampir setiap hari, ada sahaja e-mel tempahan masuk. Alhamdulillah.... :') Thanks yuolls.
Jadi, atas dasar apa saya tetap merancang menjual sendiri karya saya walaupun kurang yakin?
Hakikatnya, saya memang menjual semua karya saya, termasuklah ketiga-tiga siri 'Kisah Si Puteri' dan majalah 'Untuk Si Gadis'. Cuma saya kurang menguarkan, memandangkan kesemua bahan bacaan itu mudah didapati di kedai buku. Malah, saya pernah turun padang bagi mempromosikan kesemuanya. Tetapi sekiranya ada yang masih belum mendapatkan dan mahu beli daripada saya, beritahu sahaja. =D
Berbeza dengan 'Kawanku Panda', kemungkinan besar, saya tidak dapat turun padang bagi mempromosikannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada bulan April dan Mei nanti. Sejak saya berkhidmat dengan PTS pada tahun 2009, memang tidak pernah lagi saya tidak ke PBAKL. Setiap tahun, adaaaaa sahaja muka si Husna Adnan ini.
Kenangan bertugas di PBAKL'10. Eceh kenangan.
Tahun ini, oleh sebab saya tidak dapat pergi, saya mahu menjual sendiri 'Kawanku Panda', plus dengan hadiah-hadiah comel. Saya mahu berlaku adil kepada semua karya saya, jadi ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk 'Kawanku Panda'. Tiada promosi besar-besaran di khalayak masyarakat. Malah, saya rasa Panda sendiri gembira kerana sudah ada merchandise sendiri. Haha! Over sangat.
Oh ya, berkenaan saiz kedua-dua hadiah comel itu, saiznya sebesar tapak tangan saya, lebih kurang 6cm x 6cm. Memang besar. Tadi saya sudah ambil gambar contoh di atas tapak tangan, tetapi sesuatu yang di luar jangkaan terjadi, maka satu folder gambar... hilang. T_T Jadi, mohon ambil pembaris dan tengok 6cm itu besar mana ya.
Baiklah, itu sahaja buat masa ini. Kepada yang mahu menempah, boleh klik sini. Kepada yang sudah membuat pembayaran, sabar ya! Bulan hadapan insya-Allah sudah terbit. Sekarang masih dicetak. (=^____^=) Sejurus masuk ke stor PTS, saya akan ambil dan memulakan proses penghantaran.
Sebelum berpisah, mahu minta bantuan. Ini saya pinjam ayat Tuan Bahruddin Bekri. Cuma saya ubah suai sedikit, hehe. Mari bantu uarkan buku ini di wall FB masing-masing, dengan klik Recommend di Portal PTS. Dengan itu, semoga kewujudan buku ini kelak, diketahui ramai, insya-Allah. Semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki kerana membantu.
Tadi (yakni semalam), saya dan rakan-rakan, ditemani Encik Suami, sudah menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Snogurt, demi bertemu dan beramah mesra setelah sekian lama tidak berjumpa. Amboi, tiga baris ayat, satu noktah. Keterujaan jenis apakah ini?
Inilah Snogurt yang dimaksudkan. Comel tak?!
Snogurt baru ada dua cawangan, setahu saya. Satu di Subang Jaya, satu lagi di Metro Point, Kajang, tempat yang saya pergi semalam. Memang comel sangat premis dia, dengan gabungan pink, putih, dan hijau epal. Wah... terus komen ala-ala mentee Eric Leong.
Dalam dia, memang saling tak tumpah macam Tutti Frutti (TF). Pilihan perisa yang disediakan pun lebih kurang. Malah, rasa dia pun lebih kurang dengan TF. Hehe. Cuma tekstur dia sedikit lembik berbanding TF. Yang itu mungkin silap pada setting suhu kot. Hakak pun tak tahulah. Tapi tetap sedap!
Ruang kaunter ambil topping. Cun sangat warna kedai ini.
Ini bekas ambil froyo yang disediakan. Tiada pilihan saiz macam TF,
jadi awaslah semasa memenuhkan ruang ye.
Memandangkan kecintaan kepada froyo kian terhakis akibat perubahan hormon kot, maka hakak ambil berpada-pada sahaja. Sangat menjaga tataterbit. Maka harga pun murah. RM11.52. Sangat berbeza dengan harga waktu pertama kali makan TF dahulu. Oh, malu....
Tapi Encik Suami masih 'hantu' froyo, jadi dia tidak berpada-pada pun! Harga dia tidak jauh beza dengan saya. Dia punya RM11.76.
Kesimpulannya:Snogurt lebih murah!!!
Wow wow wow!
Terima kasih para gadises kerana mengajak ke mari.
Sudah lama menyimpan rasa, akhirnya kaki terjejak jua.
Perlu ke berpantun atas sebab ini?
Pantun ke??
Hidayah (kiri), bakal mendirikan rumah tangga.
Aireena (kanan), doktor humble yang masih solo. Berminat? :">
Husna (kiri), sudah mendirikan rumah tangga.
Hidayah (kanan), kawan kepada doktor humble yang masih solo tadi.
Saya dan para peminat.
Hahaha! Sebenarnya, itulah pemilik Snogurt cawangan Kajang, pelakon sensasi yang popular itu, Raja Farah. Best sangat dapat layanan mesra daripada dia, walaupun saya sudah berkelakuan aneh sejurus masuk.
Mata: *Terpandang sesosok tubuh yang dikenali.*
Hati: Eh, Raja Farah! Dia jaga kaunter rupa-rupanya.
Mulut: "Hai! Cantiknya...."
Gigi: *Tersengih.*
Jari: *Tertunjuk secara spontan ke arah dia.*
Reaksi Raja Farah: *Terkejut dan tersenyum.*
Otak: Bagus, kau sudah menunjukkan sikap memalukan. T_T
Saya yang masih terpegun, pergi salam Raja Farah yang gojes itu. Dah macam datang beraya... serius tak sangka dia yang jaga kaunter. Haha! Oh, pertama kali jumpa artis yang tidak dikerumuni para peminat, rasa janggal pula. Walaupun saya bukan peminat Raja Farah, tetapi saya suka tengok dia sejak dia mula bertudung. (=^___^=) Manis!
Jadi kepada yang minat Raja Farah, bolehlah datang dan mencuba nasib. Mana tahu memang dia jaga setiap hari ke kan. Untung-untung, dapat masuk majalah dengan dia, segmen Peminat Hari Ini. Lah, tak memasal. Okey, babailah!
*Ini bukan entri berbayar sebab saya bukan blogger terkenal, buang duit sahaja suruh saya promo. Panjangnya bebel. Motif? Kata tadi dah 'babai'? Okey, fine. Bye.*
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Nama pena saya bagi buku ini adalah Husna Adnan. Itu juga nama ringkas bagi nama sebenar saya yang lebih panjang daripada zirafah. Tipu sedikit. Baiklah. Berkenaan 'Kawanku Panda', ceritanya berkisarkan Johan, yang terjumpa seekor panda di suatu tempat yang indah. Panda yang dijumpainya adalah anak panda, jadi mari kita bayangkan anak panda yang comel-lote itu.
Okey, sekiranya malas bayang, biar saya bantu.
Comel, bukan? *gigit dia!!!*
Tetapi... bagaimana anak panda yang comel-lote tadi dijumpai oleh Johan di Malaysia, sedangkan panda tiada di sini? Malah tiada panda pun di zoo kita! Sedih!!! Kemudian apa akan terjadi pada anak panda tadi??? Adakah ia akan dijadikan karpet? Ataupun beg tangan??? TIDAK!!!
Sekiranya mahu tahu, kenalah beli... hehehe.
Jadi tak ayat pancing saya?
Menurut Cikpuan Editor, buku ini akan siap dicetak dan tiba di stor PTS, insya-Allah pada bulan Februari. Huhuhu, berdebar menanti baby sulung kategori novel saya ini. Risau dengan komen pembaca, risau dengan segala kesilapan yang mungkin terlepas pandang, risau macam-macamlah!
Tetapi saya awal-awal lagi sudah memaafkan diri saya dan buku ini, kerana sebagai seorang manusia biasa, menjadi sempurna bukanlah dalam ruang lingkup keupayaan saya. Ewah ayat novelis sudah muncul! Maafkan saya juga ya sekiranya kawan-kawan tidak puas hati nanti!
Harga buku ini adalah RM16 bagi Semenanjung, RM18 bagi Sabah dan Sarawak. Harap tidak begitu mahal. Ini pihak penerbit yang tentukan. Jangan maghah saya... hehe.
Baik. Kepada yang mahu membeli buku ini terus daripada saya, ini antara pakej yang disediakan. Ingin kuucapkan di sini, setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah comel. Selepas buku siap terbit dan tiba di stor PTS, terus saya ambil dan mengepos semua pesanan. Yey!
Mahu tahu apa pakejnya? Mari kita lihat di bawah ini!
PAKEJ A (RM23)
Keychain pandaboy handmade eksklusif + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju
PAKEJ B (RM19)
Button badge panda eksklusif + Buku 'Kawanku Panda' + Pos Laju
(Nota: Bagi Sabah dan Sarawak, perlu tambah dua ringgit.)
Bagi Pakej A, keychain itu dibuat khas oleh rakan baru saya, Ain namanya. Dia buat dengan kudrat sendiri, okey? Tidak akan dijumpai di mana-mana kedai. Kerana itu ia eksklusif! Tetapi memandangkan saya belum kaya, saya hanya mampu tempah 20 buah sahaja. Diulangi, DUA PULUH BUAH SAHAJA! Jadi hanya 20 pembeli pertama yang memilih Pakej A akan mendapat keychain panda itu. Hebat, bukan?
Bagi Pakej B pula, cuba teka apa yang hebatnya dengan button badge itu? Mari saya terus berikan jawapan. T_T Kerana... saya sendiri yang design!!! Wah!!! ^_______^ Saya hebat! Walaupun tidak gojes sangat pun, tetapi ia adalah hasil tangan saya! Demi para pembaca yang comel dan bersemangat, saya terus design semampu saya. Yang ini, ada banyak.
Sekiranya ada yang memilih Pakej A, dan mahu beli button badge juga, cuma perlu tambah RM1.50. Jadi dapat keychain pandaboy handmade eksklusif, button badge panda eksklusif, buku 'Kawanku Panda', dan terus diposkan ke rumah. Hebatnya zaman moden! >____<
dan bakar semua sampah yang ada di atas muka bumi!!!
MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!
Baik.
Ini luahan hati terhebat.
Oleh kerana tidak dapat meluahkan dengan ayat sebenar,
dapat luahkan apa yang hendak dibuat sekiranya dapat pun jadilah.
Masalahnya memang tidak akan dapat buat.
Kerana saya masih waras.
Alhamdulillah.
Demi menggembirakan hati, kenalah buat entri riang-riang.
Yahuuuuuuuuuu!!!
* Entri Tertangguh 10 Januari 2012 *
Menyambut hari lahir dengan bermesyuarat di pejabat PTS. Seronok juga sambut hari lahir pada siang hari dengan sesuatu yang berfaedah, terasa matang sedikit. Hihi. Alang-alang buat entri ini, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Cikpuan Editor dan Cikpuan Ilustrator yang sudi meluangkan masa bagi berbincang hal berkaitan. (Harap mereka bacalah entri ini.) Insya-Allah, selepas siap tulis entri ini, emosi saya akan kembali stabil dan mula menari-nari dengan riang seperti rama-rama terbang melata, lalu menyiapkan proposal. T_T
Wah, keeeelaaaas ada rama-rama gerak-gerak di sini.
Bermesyuarat sampai petang (mula pun memang petang), teruuuuus balik rumah laju-laju sebab sudah penat. Malam sebelumnya saya tidur lambat sebab menguruskan SnaLaLa Blogshop yang sudah lama (lama ke?) bersawang itu. Fuh~ sampai sahaja rumah, solat asar, terus BUM!!! Tidurlah kami suami isteri dengan begitu nyenyak.
Tup tup sudah pukul lapan malam!!!
Emak ketuk pintu, ajak makan luar. Memang rutin sambutan hari lahir di rumah ini, sama ada makan luar, ataupun beli makanan dan makan beramai-ramai. Kami yang terpinga-pinga, terus basuh muka, ambil wuduk, solat maghrib, bersiap ala kadar, dan bergegas ke restoran yang menjadi idaman mataku sejak kali pertama bersua mata.
Austin Steak House, Bangi.
Hebat tak pilihan hakak, yuolls?
Pertama kali ternampak ASH (malas nak taip, panjang sangat!) ini semasa dalam perjalanan ke Red Wok. Dia punya lampu yang megah berkilau itu yang menangkap mataku. Akhirnya... kita bersua jua!
Tiga budak baru bangun tidur.
Yang hujung kanan itu tak tahu penat sebab apa.
Mak terchenta dan kakak sulung.
Kakak kedua bersama abang ipar.
Sirloin steak milikku pada malam itu.
Sedap hingga menjilat pinggan orang sebelah.
Bagi saya dah cukup best, tapi mereka kata leper sangat.
Orang lain punya hidangan tidak berapa ambil peduli kerana lapar. Sekian.
Kesimpulan: Bagi saya, suasana di ASH dan makanan dia, boleh tahan. Memang cantik dalam dia, macam ala-ala koboi gitu. Menu tak banyak, tetapi okeylah sekiranya mahu makan makanan ala barat. Yang penting, kenyang... alhamdulillah. Terima kasih mak yang baik hati kerana membelanja kami semua! ^__________^ Love you! Ewah.
Oh, lupa mahu cerita. Pagi 10 Januari itu, saya terima SMS daripada orang yang tidak disangka-sangka. Memang terperanjat ioulls, sebab tetiba rasa macam VVVVVVIP.
YB Dr Che Rosli tuuuuu... mampu?
Siap nama penuh dan umur dia tulis.
Akrab tak akrab kami berdua? Hahaha!
Tetapi...
sebenarnya...
pada malam 9 Januari...
saya dapat sesuatu yang lebih manis.
AUWWWWW! (=^____^=)
Hasil nukilan, lukisan, dan warnaan Encik Suami.
Kena tutup ayatnya, segan... :">
Mula-mula dia emo bertalu-talu. Kata, saya asyik tengok dia nak berkarya, nanti tak menjadilah, apalah. Saya pun emo juga, merajuklah kunun sebab orang itu halau kita dari bilik, dan membiarkanku tonton MasterChef Malaysia sendirian. Sedih~ Dia selalu juga melukis suka-suka, tapi tidak pernah emo sebegitu hebat semata-mata kerana saya tengok dia melukis. Makan dalam ye dia punya emo. Masa itu ada rasa lawak sikit, sebab dia emo kerana tak dapat tengok bola. Haha! >:D
Masa Masterchef Malaysia hampir habis, dia turun. Kata nak sambung tengok bola, walaupun bola dah second half. Saya teman dia tengok bola sampai habis, terus naik atas. Menghala ke 'meja' bekerja, letak laptop, terus mataku ternampak puisi chenta daripadanya, terlekat teguh pada dinding bilik.
Terus nangis. Terharu sangat-sangat!!!
T______________T
Dia kata dia tak dapat berikan hadiah mahal-mahal, jadi dia nak buat sendiri hadiah untuk saya. Dan dia sengaja emo suruh saya turun tengok TV sendirian sebab dia nak siapkan. Banyak kali juga dia minta maaf sebab tak dapat belikan hadiah. Wowowo.
Padahal... hadiah ini sudah cukup mahal bagi saya. :')
Tidak ternilai sebenarnya.
Tidak akan ada helaian kedua yang sama, yang dapat dibeli oleh sesiapa.
And that is the reason why this gift so special than the rest.
Terima kasih, kesayangan saya.
Saranghae!!!
Wah!!! MOOD SUDAH OKEY!!!
^_________^
P.S: Terima kasih kepada emak, adik-beradik, kawan-kawan dan sanak-saudara yang sudi menitipkan doa dan ucap selamat melalui SMS, FB mahupun 'muka ke muka'. Sayang semuanya! Terima kasih juga kepada Izati kerana sudi buat entri khas sempena hari lahir saya. Jom terjah blog dia!
Hari ini ke pejabat PTS, hantar pruf penulis yang selesai disemak. Selama ini semak novel orang, kali ini semak novel sendiri pula. Fuh~ memang mencabar. Banyak sungguh tanda merah, atas kelalaian sendiri semasa menulis. T___T Malah, makin rasa mencabar selepas menghadiri Bengkel Asas Menulis Novel selama dua hari anjuran Akademi Hero.
Yang tudung coklat liplapliplap dan pink itu, sayalah orangnya. :">
Pada saya, saya sangat berpuas hati dengan bengkel selama dua hari ini. Banyak ilmu baru berkenaan penulisan yang saya serap. Wah, serap kau. Kelas. Bertahun kerja PTS, buku cerita pendek pun sudah banyak terbit, sunting buku-buku orang, sekarang baru tahu macam-macam teknik yang lebih indah. Nasib baik join bengkel ini.
Mula-mula takut juga mahu daftar nama, sebab saya memang tidak gemar ditanya dan diminta menjawab di hadapan khalayak masyarakat. Rasa nebes yang melampau, seterusnya membuatkan suara menjadi menggeletar, tangan mula berair, dan jantung berdegup laju. Namun alhamdulillah, walaupun memang ada segala simptom itu pada peringkat awal, saya akhirnya mula rasa best dan yakin! Sebab semua yang ada di dalam kelas itu juga baik-baik dan peramah. Dapat ilmu baru, dapat kenalan baru. Ohsem! (^_^)v
Eh, macam dah lari sikit emosi pada perenggan pertama. Sambung.
Selesai semak pruf, saya semak sekali lagi. Tidak yakin punya fasal. Sanggup bersengkang mata sekali lagi, demi mengesan kesalahan yang terlepas pandang. Memang, Nab. Tiap kali kita semak, adeeeee ajeeeer yang tidak kena. Jadi, sudah bertekad, semak dua kali sahaja. Makin semak, makin semak. ('Semak' pertama = periksa. 'Semak' kedua = serabut.)
Inilah novel yang digembar-gemburkan itu. Insya-Allah, mungkin terbit Februari kot. Sekarang masih dalam proses penerbitan, dan belum hantar cetak. Nanti saya akan buat entri khas bagi mereka yang mahu membeli novel ini daripada saya. Eksklusif, you know. Tunggu ya! :D
Maka... selepas selesai urusan di pejabat PTS, kami pun mengundurkan kereta dan mencari destinasi membuat kajian bagi buku seterusnya. Melihatkan cuaca yang kemain panas, rasa macam mahu terus balik, namun tiba-tiba mata kami ternampak KLCC. Orait, ke KLCC kita!
Bayar tiket, pergi tandas (ini adalah rutin terbaru sekarang, kerana pada peringkat ini, pundi itu kian ditekan hebat - perlu kan cerita...), solat zuhur, dan terus menjamu mata di Candylicious.
Rambang mata tak? :')
Comel, cantik, gojes, marveles, beautiful.
Dulu kawan saya, Cik Mal, post berkenaan Candylicious di FB. Kagum, hokey. Warna-warni, malah dipenuhi gula-gula, coklat dan segala macam merchandise comel. Rasa nak gigit owner kedai ini sebab buat orang geram. Tapi gambar atas itu saya songlap dari FB Candylicious, lokasi kedainya di Dubai. Di KLCC, lebih kurang begini juga. Kembar seiras gitu.
Saya tidak pasti status halal gula-gula dan coklat yang mereka jual, sebab kebanyakannya yang kita tidak pernah tengok. Pergh, Hershey saiz ayahanda pun ada. Harga hampir RM70. Makan satu kampung pun belum tentu habis. T_T Oleh kerana tidak pasti halal ataupun tidak, kami keluar bagai angin lalu.
Kemudian terus naik atas, pergi Kinokuniya. Lama tak singgah sini. Masuk-masuk, ternampak buku 'Cat vs Human'. Memang tergoda jiwa sebab nampak macam lawak comel-comel. Nampak 'macam', sebab berbalut kan. Kita yakin dalam hati sahaja. Letak dulu, nak tengok buku lain. Jalan, jalan, jalan, terberdiri ('ter', sebab tak perasan) depan rak buku-buku kucing. WAH!!! Terus rasa nak sawan, sebab semua COMEL!!! >_____________<
Terutamanya:
Buku 'i am maru'. Siapa Maru? Itu, kucing gemuk pada muka hadapan buku itu. Hobi dia memang banyak, salah satunya adalah masuk ke dalam kotak, tidak kisah kotak besar macam gajah, mahupun kotak kecil macam semut (ini perumpamaan yang over sikit). Dia tak peduli dia muat ataupun tak, yang penting masuk. Masuk misai saja pun settle.
Dulu selalu tengok video Maru di Youtube, namun akibat mengejar cinta dan cita-cita, terus terlupa. Hinggalah seorang lagi kawan, yang juga pengasas Akademi Hero tadi, Cikpuan Azzah, kongsikan videonya di FB. Terus meroyan hakak. Tadi rasa nak gigit owner Candylicious, sekarang rasa nak gigit si gemuk ini!!! Warghhh!!!
Siapa belum kenal Maru, mari tengok video ini.
Kalau geram, sediakan bantal secukup rasa.
Dan tumbuk bantal tersebut kuat-kuat.
Terima kasih.
Memandangkan harga 'i am maru' adalah RM57.01 (ya... satu sen di belakang itu benar-benar wujud), terus rasa berbelah bahagi. Adakah berbaloi membayar harga sebegini, sekiranya dalamnya hanya penuh dengan muka gemuk Maru? Adakah berbaloi??? Sekali lagi terpaksa berimaginasi dengan hati, sebab buku itu berbalut. Tak bagi can langsung untuk orang seperti saya, menatap sehelai demi sehelai buku comel ini, sebelum meletak kembali.
Encik Suami dah cocok-cocok, suruh beli sahaja. Dia kata, "Jangan sayang sangat duit." Dan mengulangi ayat itu berkali-kali. Entahlah. Hati begitu hendak, tetapi otak menolak-nolak. Tup-tup, Galaxy Tab berbunyi. Ada e-mel masuk, memberitahu ada duit sudah masuk, payment job tahun lepas. Alhamdulillah... yahuuu! Terus rasa nak melompat-lompat! :D :D :D
Namooon... tetap rasa berat hati nak beli buku Maru. T____Tak fahamlah aku dengan diri aku ini. Padahal memang... tak adalah mahal sangat. Tapi mahal juga kalau setakat gambar Maru dari muka surat satu sampai habis. Setakat gambar Maru, Google pun banyak.
Letak. Lambai. Menangis dalam hati. :')
Duduk termenung di tepi tingkap, sambil merehatkan kaki yang sudah sakit. Menung, merenung, menung, merenung, akhirnya Encik Suami berbisik lagi, "At least, beli satu buku. Jangan sayang sangat duit." Hmmm.... Kali ini macam ada rasa terpengaruh sikit.
Lantas:
MUAHAHAHA! Beli juga cinta pandang pertama tadi.
Cat vs Human.
Puas hati.
Sebenarnya, bukan kedekut bab-bab keluar duit demi buku. Hei, resit beli buku boleh digunakan bagi mengurangkan bayaran cukai. Nothing to lose, man... Cuma, saya memang jenis tidak beli buku yang tidak mendatangkan pulangan (terutama yang mahal-mahal dan berbahasa Inggeris T_T). Buku yang banyak ilustrasi pun sekadar suka belek di kedai sahaja. Beli, nan hado. Antara sebab lain adalah, rak buku saya sudah penuh. Nak tambah rak, ruang pula tiada. Jadi kena berpada-pada sikit. (Terkecuali untuk buku-buku PTS, auwww.)
Harga 'Cat vs Human', RM36.25. Pun tidak begitu menggoda, hinggalah terpandang pelekat diskaun 20% pada balutan hadapan. Yaaaa... ini yang kita mahu!!! Eh, ada ayat kecil-kecil di bawah 20% itu. Oh... dapat diskaun 20% sekiranya beli mana-mana item lain. Tiada masalah. Terus cari barang paling murah di Kinokuniya, dan bertemu pen berharga 80 sen. Bagus. Terus harga menjadi lebih menggoda, yakni RM29.80.
Sekarang, sedang berfikir. Kena. Perlu. Wajib! Wajib tulis buku berkenaan kucing pula. :') Hahaha macam seronok, tetapi macam bimbang juga. Sudah banyak buku berkenaan kucing di muka bumi ini, jadi... kena fikir dengan teliti dulu. Baiklah. RM29.80, aku akan dapatkan kembali dengan gandaan beratus-ratus supaya menjadi lebih berbaloi!!!
...
Tetapi bab makan, harga letak tepi. Hahaha!
Keluar sahaja dari Kinokuniya,
terus turun dan singgah kedai cupcakes yang comel ini.
Beli dua cupcakes yang agak besar, dan biskut yang juga besar. Biskut besar itu terpengaruh dengan adik-adik yang bekerja di kedai itu. Saya cuma tunjuk-tunjuk biskut ini yang berada di dalam balang, terus adik-adik di kedai itu cakap secara serentak tanpa dirancang, "SEDAP!" Tanpa dirancang sebab mereka sama-sama tergelak. Natural gitu. Comel perbuatan itu, kan? Hahaha! Terima kasih, adik-adik manis. Memang sedap! ^________^ Weolls suka!
Dah beli cupcakes, pergi food court pula, kerana perut sudah berKeroncong Ana. Beli Kyros' Kebab, dan makan dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mata ada ternampak makanan yang lebih menarik hati, entah kenapa terbeli kebab. Belasah sajalah, Labuuuu.
Sambung jalan-jalan, pergi Toy R' Us. Namun saya sudah ke tandas terlebih dahulu, maka Encik Suami masuk ke situ secara solo. Selepas segala urusan selesai, saya tercari-cari kelibat jejaka itu. Wah... begitu fokus rupanya.
Fokus susun huruf bermagnet. Haha. Itu jari dia.
Nak susun jadi 'baby', tapi huruf 'b' sudah habis.
Jadi kita kembali ke akar umbi, jadilah 'bayi'.
Owww... cho chweeet.
Dalam Toy R' Us, rasa macam nak beli semua! Fuh fuh fuh~ permainan budak zaman sekarang, bukan calang-calang hokey. Dulu kita main korek pasir guna sudu, buat istana, feeling tepi pantai. Sekarang, tak modenlah main pasir. Bebudak sekarang main laptop beralunan muzik, patung paras pinggang hakak, dan yang sewaktu dengannya. Nak tulis pun tak berapa reti. Untunglah....
Dah selesai jamu mata, kaki pula rasa macam nak terhakis, eloklah sekali lagi mengundurkan kereta dan pulang ke rumah. Tetiba teringat pada makanan yang menggoda mata di food court tadi. Terus menghala ke food court sekali lagi, dan bungkus ini:
Popilla nama dia. Terus mengalir darah Mexico yang bersembunyi dalam badan.
Mampu?
Alkisahnya, tak dapatlah hakak nak komen lebih-lebih, sebab menu yang hakak pilih, kurang friendly dengan lidah hakak. Tapi Encik Suami kata sedap. Terus rasa nak merajuk dengan Popilla. T_T
But deep down inside (ha kau, speaking!), memang nak cuba lagi. Miahihi! Pada waktu itu, akan pilih dengan lebih berhati-hati. Akan tanya kakak yang jual itu, apa perasa yang dimasukkan, bagaimana proses membuat, berapa kilogram tepung yang digunakan, dan sebagainya. Orang belakang yang beratur, pasti rasa nak rejam ioulsss. Tetapi, ioulsss tidak mahu kecundang lagi! Jadi... terpaksalah mendiva!
Oleh kerana Popilla dah mengecewakan perutku pada malam ini, tadi sudah order nasi goreng USA daripada adik. Sudah hampir pukul 12, masih belum jamah sebab sibuk nak update blog. Boleh? Ternyata, hari ini memang hari yang sibuk. Jadi... bersurailah kita sekarang.
Panjang tak entri pertama bagi 2012 saya?
Bye. Nak makan sambil layan 'Cat vs Human'. Yahuuuu!
P/S: Chatbox sudah tiada, sebab ShoutMix sekarang berbayar. Macam aman juga tanpa chatbox. :))
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v