10 February 2010

Ini semua adalah satu kesalahan!

.... Tetapi ramai orang suka guna.

Entri kali ini tiada amaran memadam api di dapur. Masih boleh terus membaca sambil menunggu minyak panas. Terima kasih.

Unggu, merujuk kepada sejenis warna.

Ejaan sebenarnya adalah ungu.
Tiada dua huruf
g dalam itu perkataan. Hanya ada satu.

Perkataan
unggu memang ada, tetapi ia bukan sejenis warna yang cantik. Ia membawa maksud layanan berat sebelah ataupun sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya, misalnya satu kaum men­dapat layanan yang lebih istimewa daripada kaum yang lain. (Sumber: Kamus Dewan online, kerana kamus tertinggal di pejabat.)

Mengguris; hati yang terluka (perasaan).


Ejaan sebenarnya adalah
menggores.
"Mengapa kau sanggup menggores hatiku?"
Ayat itu akan mengundang tawa pasangan kita yang sedang minta
putus.
Maka boleh tukar menjadi ayat di bawah bagi mengekalkan suasana pilu.

"Mengapa kau sanggup melukakan hatiku?"


Sekiranya masih mahu tulis
mengguris lagi, ingatlah 'Gores dan Menang'.
Ada sebab dia tulis 'Gores' di situ. Sebab anda perlu cakar dan calarkan kertas yang mempunyai selaput perak di atasnya bagi melihat hadiah di sebaliknya. Aktiviti mencakar dan mencalar itu boleh saja dijalankan menggunakan duit syiling. Namun itulah metafora bagi situasi menggores perasaan.


Beristirehat, merujuk kepada bersenang-lenang dan bersantai melayan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan menghirup udara laut sambil menyedut jus oren segar di dalam gelas yang bergaya dan
okey, cukuplah cik. Cuti Raya Cina tidak lama sahaja lagi. Sabar.

Ejaan sebenar adalah
beristirahat. Walaupun mahu menyatakan aktiviti b.e.r.e.h.a.t. itu, ejaannya bukanlah b.e.r.i.s.t.i.r.e.h.a.t. Maaflah. Inilah hakikat hidup.

Satu persatu.

Ini sudah berapa juta kali saya terangkan, baby? Satu per satu lebih tepat. One by one, bukan one byone. Satu demi satu, bukan? Adakah saya begitu tidak berkaliber hingga masih mahu guna satu persatu??? Berubahlah....
T_______________T
(Penggunaan warna kelabu bagi menampilkan emosi kelam dan sedih.)

Marilah sama-sama memartabatkan bahasa kita. Kelak, apabila anda berpacaran dengan orang Korea misalnya, dapatlah anda mengajar beliau bahasa Malaysia yang betul. Walaupun saya sendiri banyak kesilapan, namun ini sekadar berkongsi sedikit ilmu. Janganlah disemai perasaan amuk dan amarah sekiranya terasa hati. Mari hayati gambar di bawah, yang diambil daripada sumbernya sendiri, bagi mengurangkan tekanan.


Baguslah jika begitu. T______T
Tolong pastikan anda ada tauliah terlebih dahulu, terima kasih.





Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

8 comments:

Iskandar aka DR Bubbles said...

Oh, barulah saya tahu ejaan yang betul. Terima kasih cikpuan kerana sudi berkongsi.

Resman said...

Hahahaha...saya pernah melakukan kesilapan unggu itu..huhuhu terasa pedasnya cili pulak hehehehe...anyway cik husna tidak pernah gagal membuatkan saya tersenyum kambing sebelum tergelak hambur..betul ke ayat tu?

bojan said...

adakah mereka yang membuat kesalahan bahasa seperti diatas akan DIDAKWAH?
(berfikir seketika)
hurm...

Shukri Mohd Ali said...

haha.

patutlah tak ramai kutu-kuta jalanan lepak kat tempat pembinaan. takut didakwah rupanya! =P

Husna Adnan said...

Tuan Iskandar,
terima kasih melawat ke sini.
Semoga tuan mendapat kebaikannya. =)

Resmanshah,
Haa... jadi selepas ini jangan tulis unggu lagi ya? Hehe.
Terima kasihlah kerana terhibur dengan entri ini. Haha!

Jan,
Sekiranya membuat kesalahan bahasa, saya tidak pasti akan didakwah ataupun tidak.
Mungkin boleh diceramah. Hehe.

Tuan Shukri,
Baik saja mereka melepak di KLCC. Manusia di sana lebih menarik berbanding manusia di kawasan pembinaan. Haha!

Shukri Mohd Ali said...

haha.

betul tu. setuju. err...setuju dengan tempat lepak saja. bukan setuju dengan budaya lepak.

lagi satu, saya muda belia lagi. ish, panggil shukri saja. panggil tuan, sudah macam kajang pak malau kajang berlipat saja bunyinya.

hihi.

Husna Adnan said...

Hahaha! Baiklah, baiklah.
Maafkan saya, Shukri.
Saya Husna, salam perkenalan kembali.

Ya... mari bersetuju dengan tempat melepak sahaja.
Budaya itu, boleh simpan di rumah.
Hehehe.

Shukri Mohd Ali said...

haha.

terima kasih cik Husna. salam perkenalan juga.

ya, mari-mari kita simpan budaya yang kurang enak itu di rumah saja.

hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...