17 February 2010

Ini semua adalah satu kesalahan! #2

*Tajuk sudah diubah kerana sudah dapat idea! Hore!*

Salam satu dunia! (^_^) Hai kawan-kawan!


Sudah lama tidak bersua. (Lamakah?)

Kawan-kawan apa khabar? Harapnya sihat sentiasa.

Adakah boleh saya terus memanggil pembaca saya kawan-kawan, ataupun perlu lebih berhemah seperti tuan puan? Mari kita belasah sahaja buat entri kali ini.

Apa pula yang mahu saya kongsi bersama kawan-kawan?

Sudah tentulah berkenaan penggunaan bahasa. (Satu per satu rakan pembaca mula menghalakan anak panah ke kotak bertanda x. T______T Janganlah begitu, sayang....)

Baiklah.

Ahad lepas, saya selesai menyunting satu lagi manuskrip daripada penulis baharu. Memang bagus jalan ceritanya dan tidak membosankan. Penulisnya baru berusia 16 tahun. Kagum saya dibuatnya. Saya ketika berusia 16 tahun... emm... apa ya yang saya buat?

Oh! Menyertai Kadet Polis Sekolah. T______T

Syabas.

Uniformnya masih ada hingga sekarang. Jadi sekiranya ada sesiapa yang berminat membelinya, saya timbang kati sahaja. Jangan malu-malu untuk menghubungi saya. (Jangan bimbang, saya akan rahsiakan hal ini. Kita berdua sahaja yang tahu.)

Berbaliklah kepada tujuan kita.

Manuskrip yang ditulis oleh pelajar berusia 16 tahun ini memang menarik, namun tetap berlaku beberapa kesalahan bahasa. Oleh itu, marilah saya mulakan sesi membebel ataupun nama murninya, berkongsi ilmu pengetahuan.

Sesi berkongsi ilmu pengetahuan.

1) Rupanya ataupun rupa-rupanya?

Ini memang sering saya jumpa dalam mana-mana manuskrip pun. Kadang-kadang penulis senior pun melakukan kesalahan ini.

Rupanya adalah betul sekiranya kita bercakap berkenaan rupa (wajah) seseorang.

Ayat contoh: "Rupanya sangat cantik, seperti Lisa Surihani!" puji Nikelson apabila melihat wajah Husna.

Ayat di atas adalah contoh ya. Jangan cuba merusuh.

Namun sekiranya kita mahu menggunakan rupanya dalam konteks mengetahui hal sebenar, perkataan rupa itu perlu digandakan. Contohnya begini:

"Rupa-rupanya Husna itu iras Lisa Surihani! Saya sangka seperti Jessica Alba!" luah Ramlan dengan begitu teruja sambil menggoncang bahu Jamil yang masih terkedu.

Sudah dapat bagaimana menggunakan rupanya ataupun rupa-rupanya?

Bagus. Saya memang sudah lama yakin pembaca di sini bijak-bijak belaka.

Hei hei, tidak perlulah sampai mahu menggosok minyak angin ke kepala. Segala di atas hanya contoh. Okeylah, lain kali saya guna contoh nama orang lain pula ya. (^_^)

2) Okey, itu sahaja.

Hahaha! Itu sahaja yang saya ingat buat masa sekarang. Tadi semasa melihat kembali manuskrip itu, ada banyak perkara mahu dikongsi bersama. Mungkin lain kali saya perlu buat nota supaya tidak menghasilkan entri sebegini pendek dan kurang berfaedah.

Maafkan saya. Hehe. (Minta maaf, namun gelak pula. Adakah ikhlas?)

Minta ruang berucap sebentar boleh?

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini, sama ada yang sudah lama mengikuti tulisan saya hinggalah yang baharu mula menceburi bidang sia-sia ini. Namun tidak sia-sia sebenarnya. Tulisan saya akan diperkemaskan kelak, dan saya akan pastikan waktu kawan-kawan, tuan dan puan sekalian, tidak begitu membazir apabila membaca entri saya.

Mohon maaf juga pada kawan-kawan yang terkejut apabila URL blog lama memerlukan kata kunci pula. (Ye ke? Saya pun tak tahu apa yang berlaku sekiranya kawan-kawan ke URL snalala itu.) 'Memang over budak ini,' detik hati pengunjung tetap. Saya cuba mengesan pembaca-pembaca sebelum ini, dan memberitahu khabar berita ini dengan kadar segera. Mohon maaf sekali lagi. T_____T

Saya tidak sangka begitu ramai yang membaca blog ini sebenarnya. Itu sebab saya dengan sewenang-wenang menukar segala-galanya dengan begitu pantas dan tuntas. Penukaran URL ini mendedahkan siapa pembaca blog saya. Ya, itulah taktik saya sebenarnya. Hahahaha! >:D Lihat, saya ketawa ada tanduk.

No, no. Saya tidak sebegitu licik. Memang tukar atas sebab-sebab tertentu. Tiada kaitan dengan mahu membongkar siapa pembaca saya. Mengetahui siapa yang membaca blog ini sebenarnya membuatkan saya lebih bersopan santun dan ayu. Itu suatu yang digelar seksaan halus. Hahahaha! Saya akan berusaha gigih! (^o^)

Jadinya... cukup di sini sahaja. Saya akan kemas kini dengan entri seterusnya. Hingga berjumpa lagi! *Lambai-lambai si daun mengkudu.*


Terimalah sedikit buah tangan yang saya lukis sebentar tadi hingga tangan sudah kejang-kejang. T______T Jadi sila jangan hina beliau kerana beliau terhasil atas keikhlasan dan kegigihan. Harap maklum.

5 comments:

K.A.A. said...

"Rupa-rupanya Husna itu iras Lisa Surihani! Saya sangka seperti Jessica Alba!" luah Ramlan dengan begitu teruja sambil menggoncang bahu Jamil yang masih terkedu.---> Saya rasa seperti mahu like ayat2 ini sejuta kali. Nasib baik ini bukan di FB...hahaha ;p

Wah3...Husna sudah mula melukis nampaknya. Memang berbakat! Cantik sungguh lukisan buah ceri itu ;)

p/s-rasanya perlu diadakan segmen soal jawab tatabahasa di blog ini =)

bojan said...

lisa surihani + jessica alba = husna?
hurm..rupanya seakan-akan tetapi rupa-rupanya tidak..hahahampeh husna

Shukri Mohd Ali said...

haha.

jangan risau, saya tidak pernah merusuh ketika membaca tulisan blog orang lain (walaupun ada unsur memuji diri sendiri) =)

terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu tentang penulisan. budi yang baik dikenang jua. hihi =)

selamat menjadi Husna yang terbaik (^___^)

Husna Adnan said...

K.A.A.,
Hahaha! Walaupun ayat itu muncul di FB, kita dapat 'like' sekali sahaja ya. Jangan cuba mengaburi mata saya dengan kemasyhuran. Hahaha!

Ya. Cantik bukan lukisan saya? Hehe. Namun... beliau sebenarnya sebiji epal. T__________T

P/S: Bagus juga cadangan itu. Terima kasih! (^_^)

Bojan,
Hahahaha! Tabahlah menghadapi kenyataan hidup. :p

Shukri,
Hahaha! Bagus-bagus. Apa guna merusuh itu semua? Baik telan sahaja kenyataan walaupun ia pahit.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ilmu saya. Teruskan membaca ya!

Terima kasih sekali lagi. Saya akan cuba usaha bersungguh-sungguh demi menjadi HUSNA YANG TERBAIK!!! =D

K.A.A. said...

Oh! Epal, ya...maafkan saya...
Baiklah...cantik epal tu...hehe ;p

Lepas ni nak lukis apa pula? Komik kah? (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...