Kepada yang berminat melukis komik bersama PTS One, inilah masanya!
(Ini peluang baik terutamanya untuk pekomik baru bagi mendapatkan pengalaman hebat!)
Remaja@PTSONE adalah kompilasi cerpen raya dan puasa daripada beberapa penulis PTS One dan juga para pembaca.
Di dalam buku kompilasi ini juga, dimuatkan komik-komik, juga bertema yang sama iaitu raya dan puasa.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Tiada had umur.
- Yang penting jalan cerita original, menarik dan kreatif.
- Yang paling penting, WAJIB syariah-compliant. Sopan-sopan gitu. (^_^)
- Karya bersaiz A4, 3 muka surat.
Ataupun ke alamat di bawah:
Remaja@PTSONE 2010,
PTS One Sdn. Bhd,
No. 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Ganjaran: RM 120 (lump-sum), berserta sijil penyertaan dan senaskhah buku Remaja@PTSONE 2010.
Seperti biasa, sekiranya tidak mahu apabila sudah penat melukis tetapi idea ditolak kerana kurang menarik, apa kata hantarkan dahulu proposal kepada kami (tajuk dan sinopsis) dan ceritakan serba sedikit watak-watak dalam komik itu. Saya akan cuba membantu dari segi jalan cerita. Insya-Allah.
Jangan lupa lampirkan juga contoh stroke lukisan kawan-kawan. Hanya stroke yang menarik, kemas dan mudah difahami akan diluluskan.
Satu pekomik dibenarkan menghantar lebih daripada satu karya. Maknanya, boleh sahaja buat dua cerita, tetapi dua-dua hanya tiga muka surat. Ini bagi mengelakkan satu pekomik conquer enam muka surat sekali gus. Jika ada dua cerita, kami akan asingkan satu di bahagian awal buku, dan satu lagi mungkin di akhir buku.
Tidak ada idea buat satu cerita sebanyak tiga muka surat?
Boleh sahaja buat satu muka surat komik pendek, tetapi perlu buat tiga cerita.
Mana-mana pun boleh, ikut kreativiti. BERUSAHA!
Oh ya! Tarikh tutupnya juga pada 28 Februari 2010!
Marilah berkomik bersama PTS One! (^_^)
4 comments:
Arena komik tanahair tampaknya lebih meriah dengan gagasan dan anjuran baharu ini!
Syabas... dan berusahalah semua!!
YA! BENAR SEKALI!
BERUSAHA SEMUA!
Wah, saya mengalami kekeliruan. 8muka surat ataupun 3 muka surat ni Cikpuan? hehe....
Hahaha!
Puan Nora, jangan begini sayang.
3 muka untuk komik, 8 muka untuk cerpen.
Kekeliruan sebegini tidak mampu menyelamatkan diri agar tidak menulis secukupnya. Haha!
(Terima kasih kerana singgah ke mari!)
Post a Comment