13 February 2010

Peluang menulis cerpen! (^o^)

Hai kawan-kawan!

Masih ingat pada novel Remaja@PTSONE?

Ini versi 2009.

Ya! Novel ini akan kembali di pasaran sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pula. Tahun 2010 yang sangat menarik!

Jadi, kami membuka peluang kepada kawan-kawan yang berminat menghantar karya bertemakan pengalaman pada bulan puasa dan juga pengalaman ketika berhari raya bagi dimuatkan ke dalam novel hangat ini.

Walau bagaimanapun, hanya karya terbaik yang akan dipilih dan setiap karya yang dimuatkan akan menerima RM 70, sijil penghargaan dan senaskhah novel Remaja@PTSONE 2010. Menarik bukan?

Apa lagi? Marilah mula menulis dari sekarang! Mana tahu, ada antara karya kawan-kawan yang terpilih.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:
  • Tiada had umur.
  • Yang penting jalan cerita perlu original, menarik, kreatif dan lain daripada yang lain.
  • Tema pengalaman beraya ataupun berpuasa.
  • Perlu cerita yang syariah-compliant, ada moral yang baik, tidak kira sama ada ceritanya sedih ataupun kelakar!
  • Karya bersaiz A4, lebih kurang 8 muka surat.
  • Bertaip
  • Font-12, double spacing
E-melkan manuskrip kawan-kawan itu ke ptsone@pts.com.my, ataupun ke alamat ini:

Remaja@PTSONE 2010,
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd,
No. 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Bagi memudahkan urusan, sertakan sekali biodata kawan-kawan kepada kami. Kami perlukan nama penuh, alamat, e-mel dan juga nombor telefon, sekurang-kurangnya. Mahu tulis cita-cita, sekolah di mana, tarikh lahir dan sebagainya pun boleh. (^_^)

Jangan malu-malu menghantar karya kawan-kawan itu kepada kami!

Okey, selamat berkarya!

Oh ya! Tarikh tutup adalah pada 28 Februari 2010!

Jangan lupa ya!

9 comments:

Lady Ng said...

Apa yang berlaku Husna?

Sna sudah tak bebas berblog kah? Jangan takut jika Sna tak buat salah... ini blog Sna, Sna lah tuan tanah. Ok?

Husna Adnan said...

Tak ada apa, Anim.
Cuma sudah masanya saya pisahkan kerjaya dan hidup peribadi saya.
Sukar meletakkan kepercayaan pada orang umum lagi.
Namun mereka tidak bersalah.
Mereka tahu kerana saya beritahu.
Tetapi yang saya beri amaran, mereka anggap saya main-main.

Ada masa gurau, ada masa serius.

Anyway, (^_^)
Anim cubalah tulis cerpen juga!

Lady Ng said...

Sempat pula dia mempelawa. Hehe. saya tak janji ye untuk menulis, tapi saya pun tak menolak.

Tengoklah macam mana nanti.

Apa-apapun, Sna bersabar yah. Biasalah, blog milik kita tapi orang lain pun mahu ambil tahu sama.

Chill babe!! ^_^

Husna Adnan said...

Hehehe, sudah tentulah pelawa.
Seronok, macam tahun lepas.
Ramai penulisnya kita kenal.
Berbakat sebenarnya kawan-kawan kita.

Ya, blog kita milik masyarakat.
Hehehe. Saya sudah okey! ^_^ v

Lady Ng said...

Yeay! Husna sudah okey.
Nanti habis cuti CNY, saya belanja limau Mandarin k. Haha~

Husna Adnan said...

Hehehe, ala... itu sudah muak la Anim.
Mari belanja saya Subway. Hehe.
Demand.

Shukri Mohd Ali said...

terima kasih atas info ini.

tapi, alahai...

kenapa semua acara pada bulan februari ini bertarikh tutup 28 haribulan? kebetulankah? atau dirancang? huhu. (sabar,sabar...jangan melawan takdir.)

ah! perlu menggandakan 'kebolehupayaan' daya kreatif otak!

usaha,usaha! (^___^)

Husna Adnan said...

Shukri,
Ya... sabar... jangan melawan takdir. Hahahaha! Saya suka ayat pasrah sebegini.

Usaha, Shukri! Saya harap kali ini, dalam buku Remaja@PTSOne, ada nama awak di dalamnya! (^_^) Usaha!

Shukri Mohd Ali said...

InsyaAllah,

jika dipinjamkan kudrat oleh-Nya.

Terima kasih atas dorongan. Hihi.

Usaha! (^___^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...