Assalamualaikum, hai hai hai!
Saya pernah tulis, saya tidak sabar menanti bulan Jun, yakni bulan enam, yakni bulan selepas Mei, yakni bulan sebelum Julai, sepertimana pada akhir entri ini, bukan?
Mengapa?
Kerana bulan Jun akan berlaku sesuatu yang mengujakan... yang dinanti-nantikan.
Bulan menuai padi....
Masih ingat entri ini?
Hehehe... ya.
Ini kerana...
BULAN JUN ADALAH BULAN PEMBAYARAN ROYALTI KEPADA PARA PENULIS PTS!
^_____________________^
Yahuuuuuuuuuu!!!
(Klik video di bawah bagi mendapatkan feel keriangan sejati.)
Saya pernah menyimpan hasrat pada tahun lepas, apabila melihat angka-angka pada cek itu, saya mahu pastikan, pada tahun 2011 (iaitu pada tahun ini - ya kami tahulah!) angka-angka itu akan menjadi dua kali ganda jumlahnya.
Dan alhamdulillah... seperti yang diberitahu, insya-Allah, royalti saya pada tahun ini bukan setakat dua kali ganda, tetapi dua puluh kali ganda!
^________________^________________^________________^
Alhamdulillah sangat-sangat....
Tak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan saya, tetapi memang sangat bersyukur dan sangat gembira.
Dan saya semakin gembira kerana pada tahun lepas, ada banyak kenalan saya juga bakal berkongsi kegembiraan ini, sebabnya mereka sudah mula menulis.
Jadi pada tahun ini, saya mahu galakkan kepada sesiapa jua yang mempunyai bakat dan minat dalam penulisan, mula membuat proposal bagi dihantarkan kepada para penerbit. Tidak kisahlah PTS ataupun penerbit lain, tetapi menulis dan terbitkanlah tulisan kalian itu.
Yang perlu dititikberatkan, kita perlu kaji dan tanya apa yang dimahukan oleh pihak penerbit sebelum mula menulis, bagi mengelakkan manuskrip kita yang sudah ditaip panjang lebar itu ditolak. Tanya sahajalah kepada pihak penerbit, lebih mudah.
Bagi meraih hasil pada Jun tahun hadapan, perlu pastikan buku kita diterbitkan sebelum Disember 2011 nanti, kerana royalti hanya dikira pada jualan pertama hingga jualan pada akhir tahun, sebelum pihak akaun menutup akaun.
Contohnya, sekiranya buku kita sudah siap dicetak pada bulan 3, royalti dikira sejak bulan 3 itu hingga bulan 12 pada tahun itu, tetapi royaltinya dibayar pada bulan 6 tahun berikutnya. Faham kan? Maksudnya, lebih awal buku kita diterbitkan dan dijual, lebih banyaklah royalti yang kita dapat nanti.
Tetapi pembayaran royalti setahun sekali ini adalah PTS. Penerbit lain saya tidak pasti, ada yang setahun dua kali.
Maka mulalah menulis. Cubalah tulis walaupun satu buku, tetapi pastikan buku itu bermutu dan akan laris di pasaran. Bagaimana caranya menghantar proposal dan karya? Boleh rujuk kembali entri bertarikh 19 Jun 2010 tadi (ya, sama juga dengan link di bawah.)
Oh yeah!! Hahaha!
Selamat maju jaya!!!
7 comments:
Wow! Tahniah, Husna! Tak sia2 usaha gigih kamu. Lepas ni boleh la pergi tengok piramid betul2 kan...hehehe;)
wah buleh la panjat piramid lepas ni...hehe =)
Power la Cik Husna! Boleh belanja saya Tutty Fruity dengan Kek Aiskrim Baskins Robbins. Yahooo!!
K.A.A.,
Terima kasih!!!
Namun, masih belum tengok piramid.
Masih hanya mampu tengok Sunway Piramid. T_T
Shukri,
Hahaha apalah komen kalian ini sama.
Belum mampu lagi tu.
20 kali ganda daripada jumlah yang agak kecil tahun lepas, tidak begitu banyak berbanding penulis lain, namun syukur jugalah kan.
Piramid kena tunggu, sebab kena tulis banyak buku lagi, hee.
Awak bila nak menulis dengan PTS? :))
FEEQRY,
Hahahaha terima kasih!!!
Yalah, insya-Allah. :P
Salam..teringin juga nk hiudpkan balik skill menulis..zaman belajar dulu rajin hantar sajak2 kat majalah dan ada yang menang kt DBP Karyanet..tapi bab nak menulis buku ni risaulah..ada ke penerbit yg nak?alang2 dah WAHM..Boleh buat duit dari rumah kan..exchange link ye
http://fawwaznuha.com
Salam,
Wah... sudah banyak portfolio! Tahniah puan! Insya-Allah, melihatkan status puan itu, rasanya, puan boleh tanya pihak DBP berkenaan penerbitan buku, memandangkan puan sudah biasa dengan konsep mereka. Teruskan menulis, puan. Jangan disia-siakan bakat itu. (^_^)
Okey puan, link puan sudah saya letakkan di blog ini. Terima kasih sudi exchange link dengan saya!
hehe..komen lagi..tp tu dah lama..zaman2 belajr..setakat sajak je..tp sy berkenan dengn penerbitan stu syarikat ni..kalau boleh suka yg design cover buku comey,,^^..semoga husna pon trus sukses
Post a Comment