24 February 2011

GEMPAR!!! =O


Semasa saya sedang memandu, tiba-tiba....


Kelihatan asap hitam berkepul-kepul muncul di langit!!! =O


Saya sungguh panik!


Ianya kelihatan seperti jin lampu Aladdin baru sahaja keluar!!! =O


Oh tidak!!! Ini sangat menggerunkan!!! =O


Asap hitam kian hitam!!! Apakah yang terbakar??? =O


Lori pun sibuk nak masuk dalam gambar.

Sampai ke sudah saya tidak tahu dari mana asap hitam ini muncul, 
dan apa yang berlaku.

Namun tidak berapa lama kemudian, 
saya nampak ada lori bomba bergegas ke arah sana.

Harap semuanya okey....

Jadi....

Apa motif aku ambil masa kemas kini blog ini di kala sibuk, 
untuk cerita hal sebegini??? T_________T


P/S: 28 Februari, sila datang perlahan-lahan ya... jangan gopoh sangat... 
nanti kaki awak terbakar kerana bergerak pantas... atau... adakah yang terbakar itu memang kaki awak? T_T *berbual dengan hari bulan... nice sangat...*

8 comments:

napeace said...

Haha berbual dengan hari bulan. Agak pelik di ditu.

Shukri Mohd Ali said...

haha.

mungkin itu asap komunikasi ^^

berbual dengan kalendar? saya harus cuba ^^

Juw-one said...

tempat kejadian kat mana nih?? masa saya antar kawan kat stesen KTM sg buloh pun ade jugak kedai terbakar~

NARUMI ISOZAKI said...

wat sasepen jer kak husnaa.. exagerrate lebeyh... hahaha... :D

Aiman Afnan Mohd Asri said...

Bahaya memandu kenderaan sambil mengambil gambar (nasihat orang lebih tua) Hehehehe....

Mungkinkah itu asap dari lampu ajaib Aladdin ^___^

Tawel Sensei said...

Kat mana ni? Kajang ke? Kalau asap hitam semacam, selalunya orang bakar tayar!

Raziq Syahmi said...

bawak kereta pun smpat ambik gmbar.. haha..

Husna Adnan said...

Napeace,
Hahaha saya ni memang pelik orangnya. :))

Shukri,
Alamak... benarlah...
HB memberi saya amaran dengan asap!!

Juw-One,
Ini di Jalan Cheras.
Saya tak pasti apa yang terbakar.
Teruk betul asapnya.

Zati,
Hahahaha! :))

Aiman,
Betul, betul. Memang bahaya.
Don't try this at the road. Haha!
Mungkin juga tu... hehe.

Tawel Sensei,
Di Jalan Cheras.
Amboi, kemain bakar tayar tengah-tengah hari.
Nak kena rotan pembakar itu.

Raziq,
Hahahaha bahaya betul kan! :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...