Assalamualaikum, hai kawan-kawan!
1 Ogos adalah 1 Ramadan, bukan?
Sudahkah kalian mengqada'kan puasa bagi Ramadan yang lalu?
Siap sibuk dengan puasa orang ek? Hahaha!
Eh, kenapa dah mula cerita berkenaan Ramadan ini?
Eh, ini kenapa muncul gambar bubur lambuk pula ini?
Tak, tak. Gambar bubur lambuk yang diambil dari Google itu sekadar hiasan. Memang tiada kena-mengena secara langsung, tapi bubur lambuk memang sinonim dengan bulan Ramadan, sebagaimana air sirap sinonim dengan hari raya. Setuju, bukan? (-___-')
Kemain sinonimkan bulan Ramadan dengan makanan. Dasar penggemuk!!! - Emo.
Bulan Ramadan sinonim dengan bulan memperbanyakkan ibadah sebenarnya. Ada banyak ibadah yang dapat kita lakukan, di samping memperkukuhkan ibadah wajib sedia ada.
Daripada Abu Hurairah, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
”Apabila datang bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan di belenggu.” (HR Muslim).
Sejajar dengan itu (ayat lazim Buletin Utama), PTS sekali lagi menganjurkan Baca@Ramadan. Ala... yang tahun lepas saya jadi model pegang buku itu? Ingat tak? Tergamak kau tak ingat model paling tebal di atas muka bumi?! (-,-')
Baik, baik, tidak ingat pun tidak mengapa.
Tahukah kawan-kawan, dalam Baca@Ramadan, bukan kita sahaja yang disarankan membaca, malah kita juga diberi peluang mengajak orang lain membaca! :O
Ya, benar! Adakah terperanjat?
Setiap tahun, PTS menganjurkan program wakaf buku yang memberi peluang kepada organisasi ataupun individu bagi menyumbang buku kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai satu bentuk wakaf yang bermanfaat kepada masyarakat umum.
Best, tak? ^___________^
Kita boleh mewakafkan buku (senang cerita, sedekah dalam bentuk buku) kepada mana-mana organisasi atau institusi yang kita inginkan, ataupun boleh juga benarkan PTS yang tentukan.
Ada banyak pakej yang boleh kita pilih,
malah boleh pilih lebih daripada satu pakej!
Bernilai RM100
Bernilai RM100
Bernilai RM100
Bernilai RM100
Bernilai RM200
Bernilai RM200
Wah... banyaknya buku dapat diwakafkan dalam satu pakej! :'D
Menarik, tak? Mari klik sini bagi mengetahui maklumat lanjut.
* * *
Apakah ini?
Ini MUNGKIN baju raya saya pada tahun ini.
Kena buat gambar hitam putih dulu, nanti tidak kejutan.
Kena buat gambar hitam putih dulu, nanti tidak kejutan.
HAHAHAHA!
Ini kain daripada rerakan PTS sebagai hadiah kahwin. :">
Jauh datangnya kain ini. Dari Bandung gitu kok.
Jauh datangnya kain ini. Dari Bandung gitu kok.
Terima kasih yuolls! Yu no hu yu ar.
Warna apa baju raya kawan-kawan tahun ini? ^___^
Hoi, puasa dulu boleh tak???
P/S: Tahun ini dapat beraya bersama kekasih halal. AUWWW!!!
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
7 comments:
yeah! Ramadhan bakal tiba! moga kita semua dipanjangkan umur supaya dapat merasa berpuasa untuk tahun ini :)
Cantiknya baju raya dia tahun ni =)
selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak bersama kekasih halal, kak husna! :)
Hai...
benar ramadhan hmpir tiba,,,,
Tgk entry n klik2... sama2 jana tabung...
Singgah seketika di laman saya dan klik2...
Go go nuffang......
haha..cemburunya..saya masih belum dapat beraya dengan kekasih halal..sebab belum halal lah..XD
biar anis teka,baju tu mungkin warna merah kot,hak3
Shukri: Amin... amin ya rabb. :)
Yin: Hei, mestilah. See the hand who's giving la. Haha! (^_^)
Nama Tulisan Jepun: Hahaha! Maaf, saya nak panggil kamu apa ini? Okeylah, panggil Gadis Comel. Gadis Comel, amin... terima kasih ya! Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak juga! ^____^
Normaliza: Ya, benar. Terima kasih ya!
Salhah: Hehe, alahai, tak lama lagi tu... lepas ini sambut apa pun ada kekasih halal. Hihi.
Anis: Hik hik hik kurang tepat itu. Kita tungguuuuuu. :))
Post a Comment