01 July 2011

Terbitan Secara Pukal!



Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^_____^


Semalam saya dan suami ke PTS bagi mengambil naskhah penulis novel pertamanya, Kelab Da Vinci. Dari Johor Bahru terus ke Batu Caves, lebih kurang jam 2.45 petang kami sampai selepas berhenti solat di Giant Batu Caves. Kemudian....

... Bosan ek? Perenggan atas macam minta disebat tak? Kau sangka ini karangan Hari Khamis Yang Lalu, Husna??? Hahaha!

Okey, okey. Sambung sahajalah. ;p

Jadi apabila sudah sampai, Cikpuan Haryani Kamilan ataupun lebih mesra dipanggil Kak Nani, memberikan kami sebungkus plastik putih berisi novel-novel terbabit.


Kisah lima pelajar yang cuba menyelamatkan kelab kesayangan mereka iaitu kelab melukis. Kelab melukis adalah antara kelab paling teruk dalam daerah, jadi pengetua mahu memansuhkan kewujudannya. Maka terkejutlah mereka! Lima pelajar ini membuat rayuan kepada pengetua. 


Sekiranya mahu tahu apa yang akan terjadi, perlu beli buku ini, tahu?
- Wah siap iklan. Kui kui.

Kemudian rupa-rupanya, komik antalogi terbaru Encik Suami bersama adiknya, Afiq, iaitu Duit Raya Dari Syurga terbitan Komik-M pun sudah siap dicetak. Alhamdulillah... ^__^


Encik Suami bersama novel dan komik beliau.
Sekiranya berminat mahu tahu perihal komik, boleh ke blog mereka.

Saya yang ala-ala melukut dan umpama dayang sultan, hanya membebel dan berbual bersama rakan PTS yang lain. Sempat diajak bermesyuarat dengan Kak Nani bersama _____ (haaa... misteri tak?) bagi projek seterusnya. Jeng jeng jeng, itu biarlah rahsia dulu k. :))

RUPA-RUPANYA LAGI!!!

.
.
.


Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat juga sudah siap dicetak!!!
♥ Alhamdulillah... yahuuuuuuuu!!! 

Kaver yang sangat cantik!!! >___<

Yang tengah itu puteri saya.... :">

(Peribadi Puteri Humaira langsung tiada pada saya.
Jadi jangan takut mahu membelikan buku ini untuk anak-anak ataupun adik. T_T)

Maka jawatan melukut dan dayang sultan tadi boleh dicabut dengan megah. Saya juga ada buku sudah terbitlah! Wahaha! ^__________^ Hei. Kamu tahu ataupun tidak yang buku ini buku ketiga??? Saya dan empat rakan penulis (Aizam Aiman, Natasha Effyzal, Haryani Kamilan dan Iman Qaisara) sudah ada dua siri sebelum ini! :D

Ini yang pertama.                                Ini yang kedua.

Hebat tak?

Hahahahaha!

......

...

.

Baiklah.

Oh ya.

Semalam saya terima emel daripada pihak akaun PTS....

ROYALTI SAYA PADA TAHUN 2010 ADALAH TERSANGATLAH AMAT BANYAK SANGAT DARIPADA JANGKAAN!!!

^_______________________________^

Alhamdulillah, syukur sangat apabila melihat angka semalam. :')

Saya tidak dapat bayangkan royalti para penulis best-seller. Yang saya dapat pun sudah buat kepala pening seketika sebab terkejut. 
Mereka... fuh! Pasti masyuk!!!

Jadi, masih ada yang ragu-ragu mahu menulis?

Tahun lepas saya dapat tiga angka. Tahun ini saya dapat empat angka. Tahun depan mahu cuba dapat lima angka. Kawan-kawan tak mahu ikut serta? JOMLAH!!!

Bagaimana?

Boleh rujuk entri-entri di bawah:


Ataupun baca entri yang saya labelkan 'Bebel Penulisan' dan 'Bebel PTS'.

Jom, jom. Jom kita menulis sambil meneruskan pekerjaan setiap bulan. Kerja setiap bulan itu untuk bayar bil, beli barang dapur, beli Tutti Frutti, bayar PTPTN, bayar insurans... tapi menulis buku hingga menerbitkan royalti adalah bonus setiap tahun! Malah dikira pencen bagi yang bekerja sendiri, macam sayalah. Saya tiada pencen, jadi harap royalti buku ini dapat dijadikan harta untuk anak-anak kelak, insya-Allah... amin.... :"> 


Roda Impian

Saya berimpian mahu beli kereta BESOOOOORRRRR... supaya perjalanan
JB - KL - JB tidak mengambil masa yang terlalu banyak. Sekali tekan pedal minyak, tiba-tiba dah sampai Melaka. Tekan sekali lagi dah sampai Kajang. WAHAHAHA BESTNYA!!!

Ini adalah impian. 
Mungkin royalti dua puluh tahun lagi akan mampu beli ini, TUNAI!

T,T

Waktu itu mungkin semua orang dah naik kereta terbang.
Ataupun teleport.

FINE!

Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

5 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

wahhh.. seronoklah... boleh beraya sakan dgn duit royalti.. haha... *semoga kite pon b'peluang menerbitkan buku juga 1 hari nanti* amin 40x.. hehe...

nawariah :) said...

tahniah kak husna ! eh , semalam akak pergi giant batu caves ? ishhh , boleh jumpa kak husna kalau bagitahu :(

Husna Adnan said...

Izati: Amin... insya-Allah... Zati ada bakat dan minat menulis, kalau betul cara dan semangat, pasti berjaya! ^_______^

Nawariah: Terima kasih Nawariah! Ya, ada singgah, tapi tak rancang pun. Hehe. Kami sangka sampai sebelum zuhur, tapi terlajak pula, jadi singgah solat sebentar. Insya-Allah kalau ada rezeki, kita jumpa lagi ya. :D

nawariah :) said...

insyaAllah , amin :)

Shukri Mohd Ali said...

Kak Husna, hari tu setelah di marah oleh akak, saya mula menulis. tapi payah rupanya menulis. jadi saya beli novel dan baca. membaca lebih mudah. hahaha. jangan marah :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...