26 September 2011

Ceritera Raya



Assalamualaikum, hai semua!


Hari ini 26 September 2011, bersamaan 27 Syawal 1432 Hijrah.

Menurut Kamus Orang Melayu, sekarang ini masih lagi bulan raya.


Jadi... kali ini saya mahu bongkar kod rahsia segala gambar beraya kami sejak 6 September hingga 24 September baru-baru ini. 'Segala' di atas ada bayangan kononnya kami pergi beraya sebanyak 10 hingga 1000 rumah rakan-rakan, bukan? ^____^

Sila hampa kerana tidak begitu pun.... Perlu ke nak hampa? T_T

Saya yang perlu hampa sebab tidak dapat hadiri banyak undangan rumah terbuka rerakan memandangkan kini bermastautin di JB. Kami ke KL pun semuanya atas urusan kerja, jadi tidak sempat mahu berhuha-huha kerana perlu bergegas ke JB semula. 

Inilah contoh orang kaya zaman sekarang. 

Bukan, bukan saya orang kaya. Tetapi syarikat minyak dan kerajaan kerana segala macam tol yang perlu dihadapi. Best tak meluahkan isi hati begini? Semoga kerajaan memberikan kami pujian dan cek bernilai RM100,000,000 kerana saya kata mereka kaya.

Daripada merepek, baik saya teruskan dengan cerita sebenar.


6 September 2011
(Cikpuan Azzah dan Kak Izanor)

Sangat teruja tau... sebab dua penulis terkemuka ini sudi bertandang ke Kajang demi beraya ke rumah keluarga kami. :') Oh~ umpama mimpi dalam mimpi. Hei, berani ek ada yang kata tidak kenal. Baiklah. Mari saya perkenalkan karya mereka dengan bantuan gambar dari Google dan page Cikpuan Azzah. 


Ini buku terkini daripada Cikpuan Azzah atau nama penanya, Izzat AR. Comel sangat kaver buku ini, kan? Buku ini belum terbit, jadi kena bersabar dulu ya. Ini page Cikpuan Azzah sekiranya mahu lihat karya-karya yang lain. Sudah banyak karya tau! =D

Ini pula buku tulisan Kak Izanor bersama Kak Ain Maisarah, yang diuruskan oleh saya semasa di PTS One dahulu. (^_^)v


Ini pula gambar muka teruja saya apabila diapit oleh mereka berdua... 
(=^____^=)

Cikpuan Azzah, Husna Adnan yang over excited, Kak Izanor.

Kami cuma dapat hidangkan sate dan air punch ala kadar kepada mereka kerana terlalu gelabah. Inilah pertama kali orang datang beraya ke rumah, saat ibuku di pejabat. Wahahaha! Nasib baik mereka pun sudah kenyang. :">

Kak Izanor sempat beli Misi 10A! Peeewit!

Sebelum pulang, kami bergambar, bergambar dan bergambar (yakni gambar di atas tadi). Kemudian Waida yang kurang sihat datang kerana mahu kirimkan barang kepada Cikpuan Azzah. Kemudian kami bersalaman dan melambai mereka semua pulang. Siapa Waida? Dia antara penulis buku ini bersama Cikpuan Azzah juga. =D


Terima kasih Cikpuan Azzah dan Kak Izanor! 
^___________^


24 September 2011

Ha... yang ini tidak perlu lagi diperkenalkan sebab sudah cukup terkenal. Sebenarnya, masa awal-awal Aman ajak ke rumah dia, kami sepatutnya berada di JB, jadi kami tidak dapat datang. Tetapi atas urusan kerja secara mengejut, kami berada di Kajang pula pada tarikh ini. Jadi sebelum bergerak balik ke JB, kami pun ambil masa singgah ke rumahnya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Ayah Aman, Ibu Aman, Kawan Aman, Kawan Aman, Aman Wan.
Gambar diambil oleh: Abang Aman

Keluarga Aman sangat peramah, macam Aman jugalah. Masa Encik Suami berborak dengan Aman, saya berborak dengan Ayah Aman, sementara Ibu Aman berada di dapur. Encik Suami kata, kami berborak macam kawan rapat yang lama tak jumpa. Haha! Gitewww. Punyalah peramah Ayah Aman hingga diri sendiri terus hilang segan-silu lantas berbual seperti rakan sebaya.

Ibu Aman pun sporting habis! Semua makanan yang terhidang di atas meja adalah air tangan Ibu Aman sendiri. Nasi lemak dan popia goreng sedap yalls! Air sirap limau... fuhhh! Gambar hidangan tiada, jadi mohon bayangkan sendiri.

Dalam video ini ada Ibu Aman yang cool! ^_______^

Terima kasih kepada Aman dan keluarga kerana melayan kami dengan baik walaupun kami datang sedikit terawal. Semoga Aman dan keluarga terus sukses dan happily ever after.

* * *

Okey, itu sahaja. 

Hahaha! Kemain kan tadi tulis 'sejak 6 September hingga 24 September', walhal memang ini dua sahaja. Kahkah! Tabahlah, Nab. Orang sibuk memang macam ini... :')

Baiklah, jumpa lagi!




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

4 comments:

Ismail Fitry said...

first!


hahaha...

Aman Wan said...

Waaa..terima kasih kak husna dan nazry sebab sudi datang. Memang betul2 kejutan di pagi hari. Masa tu rasa terkejut, hepi dan terharu pun ada. Kalau saya ni jutaria, dah lama terus saya belanja korang berdua naik ferris wheel. XDDD

Husna Adnan said...

Last!

:))

Husna Adnan said...

Aman: Komen awak sudah kena mark as spam, jadi komen itu tidak muncul di ruangan komen ini semalam. T_T Alahai... mengapakah ini semua berlaku?? >_____<

Apa pun, hehe... sama-sama. Kami takut nak cakap jadi datang, nanti ada apa-apa berlaku, tak datang pula. Alhamdulillah ada rezeki nak datang rumah Aman. Terima kasih sekali lagi tau! Keluarga Aman best! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...