Assalamualaikum, hai kawan-kawan!
Kali ini entri menjawab pertanyaan daripada peminat. Ya, ayat pertama bagi perenggan ini adalah berbohong. Saya bukan Lisa Surihani pun, kan? Kalau saya tiba-tiba celik mata, terus terkejut melihat wajah sendiri pada cermin sebab sudah jadi Lisa Surihani, bolehlah teruskan ayat tadi tanpa bersifat pembohongan.
Tapi... kalau jadi Lisa Surihani, kena kahwin dengan Yusri KRU pada tahun 2012. Saya masih cintakan Nazry KU. (Hahaha terus pitam baca ayat sendiri. Kamu semua bertabahlah.)
Baik, baik. Sebenarnya pertanyaan ini diajukan oleh seorang gadis yang manis dan sopan santun, malah berbudi bahasa orangnya. Ya, gadis yang dimaksudkan bukanlah diri saya sendiri, kerana adalah pelik sekiranya saya menjawab pertanyaan sendiri dengan membuat entri di blog sendiri.
Gadis yang dimaksudkan adalah Nurul Izati Zainal Abidin, pemilik blog yang sedang ditutup ini (harap ditutup sementara, huhu).
Gadis yang dimaksudkan adalah Nurul Izati Zainal Abidin, pemilik blog yang sedang ditutup ini (harap ditutup sementara, huhu).
Pertama kali jumpa Izati di PBAKL 2011.
Comel tak dia? (^^,)
Ini soalan yang diajukan Izati di mesej FB saya:
"Macam mana akak boleh terfikir nak ambil kos mass comm aek?"
Ayuhlah kita imbas kembali beberapa tahun lalu, semasa saya berumur 18 tahun. Bling bling bling.... *bunyi mengimbas kembali*
Sebenarnya, terus terang, sewaktu saya mengisi borang UPU, saya tidak tahu apa itu Komunikasi Massa (nama Melayu bagi MassComm pada borang UPU itu). Memang tidak pernah terfikir. Hehehe. Jadi sebenarnya, ini sahaja jawapan yang dapat saya berikan kepada Izati, sebab saya pilih lebih kepada terasa. Rasa mahu ambil. Tidak pernah terfikir.
Ceritanya begini.
Kepada yang pernah isi borang UPU, pasti ingat yang kita perlu tulis lapan pilihan mengikut turutan yang lebih menawan hati, hinggalah yang paling menawar hati. Oleh sebab terlalu banyak yang menawarkan hati berbanding yang menawan, saya dengan selamba, hanya mengisi empat pilihan. Hahaha! Yalah, keputusan SPM pun tidak berapa bergemerlapan, jadi hati pun rela isi empat sahaja.
Apa empat pilihan yang saya isi?
Yang saya ingat, saya isi Komunikasi Massa yang pertama dan rekaan kasut yang keempat. Yang lain, saya tidak pasti. Tetapi memang agak cacamarba, sebab waktu ini isi suka-suka. Lebih kepada, mahu letak jurusan yang tiada kaitan dengan matematik dan sains. Cari jurusan yang hanya perlukan keputusan BM, BI dan... ya, itu sahaja. Bukan memang mahu masuk universiti pun, sebab abah mahu saya sambung STPM.
Maka ke tingkatan 6 lah saya... beli baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beli buku-buku teks baru, bayar yuran sekolah, berkawan-kawan serba sedikit dengan rakan sekelas, melihat beberapa rakan sekelas berhenti sekolah kerana masuk universiti... melambai mereka pergi dengan rasa sedih walhal tidak berapa kenal pun....
... hinggalah pada satu hari, saya terima surat daripada UiTM, yang mengatakan saya diterima menjadi pelajar Komunikasi Massa. Perlu mendaftar pada sekian-sekian tarikh, di... Arau. Wah!!! (@______@) Saya diterima pula! Bagaimana?? Padahal hari itu lebih kepada main-main, bergurau senda dengan borang UPU.
HALAMAK!
Waktu itu saya terus kelam-kabut. Beritahu kakak, yang saya dapat UiTM. Tetapi saya kelam-kabut bukan sebab masuk UiTM, tetapi sebab Arau. Saya rasa cemas sebab saya sangka Arau itu di Sarawak.
Best sangat aku ini. Sangat lemah geografi sampai jadi gelabah. Gelabah sebab perlu rentas lautan demi menuntut ilmu. Serius gelabah, bai. T____T
Tapi kemudian apabila kakak kata Arau itu di Perlis, masih juga gelabah. Saya tidak pernah ke Perlis. Saya tidak pernah ke mana-mana pun selain Selangor. Memang budak kampung sejati. Kampung Sungai Sekamat.
Lebih best, saya bayangkan Perlis itu terapung, sebab Perlis kan Indera Kayangan. Kayangan... sudahlah saya ini gayat orangnya. :') Patutlah SPM kurang memberangsangkan.
Mahu beralih ke UiTM sedangkan sudah masuk tingkatan 6, bukan mudah. Banyak pancaroba yang perlu saya hadapi demi melangkah ke alam berdikari, hidup jauh dari keluarga. Namun saya kira, ia pengalaman berharga yang saya dapat sepanjang menghirup udara Tuhan.
Ehem.
Sekiranya mahu diikutkan, saya sebenarnya memang mahu jadi editor sejak sekolah lagi. Sebab emak saya seorang editor. Hari-hari saya tengok dia bawa balik kerja ke rumah. Rasa seronok pula lihat dia cantas perkataan yang silap dieja dengan pen merah. Sangat bergaya.
Tup-tup, Komunikasi Massa memang jurusan yang tepat sekiranya saya mahu jadi editor. Itu pun saya perasan agak lewat. Entah minggu keberapa.
Setahun sahaja saya di Arau, sebab diploma MassComm dipindahkan ke Puncak Perdana selepas itu. Sekarang, diploma MassComm di Melaka pula. Ini kursus pindah-randah namanya.
Setahun sahaja saya di Arau, sebab diploma MassComm dipindahkan ke Puncak Perdana selepas itu. Sekarang, diploma MassComm di Melaka pula. Ini kursus pindah-randah namanya.
Cut the story short (wah... cakap omputeh yuolls....), keputusan saya bagi menyambung pelajaran di UiTM dan menjadi pelajar MassComm, adalah antara keputusan yang saya gembira memutuskannya. Memang ada baik buruk, namun kita ambil yang jernih. Yang keruh, terus buang dengan pengeruhnya sekali. Wahaha! Don't look back, sebab kaki kita pun melangkah ke hadapan. Begitu juga dengan masa. Rugi sekiranya asyik melihat ke belakang, dan berkata, "Kalaulah... kalaulah... kalaulah...."
Kerana MassComm, saya sedikit berani untuk berbual dengan orang. Saya ini sangat rendah keyakinan diri, jadi saya sangat malu dan segan apabila berhadapan dengan manusia lain. Dengan kucing sahaja saya berani. Kucing tidak hakimi diri saya yang serba kekurangan. Sebab itu saya suka kucing. Dan arnab juga. Panda pun saya suka.
Kerana MassComm, saya bertemu dengan ramai manusia yang bergelar sahabat. Saya sangat sayang semua rakan serumah saya sejak diploma hingga ijazah. Memang sangat sayang. Semua sangat kepoh dan bermulut laharun, namun hingga kini masih berkawan. Kawan sekelas pun bagus belaka. Yang tidak bagus, abaikan sahaja. :p
Kerana MassComm, saya belajar pelbagai perisian yang menarik. Adobe InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Sony Vegas, dan macam-macam lagi.
Kerana MassComm juga, saya memasuki bidang penerbitan dan bekerja sebagai editor. Bertemu jodoh dengan PTS One, dan hingga kini masih berkhidmat dengan PTS One walaupun secara maya, dan sebuah lagi syarikat yang baru melamar saya pada bulan Ramadan yang lalu. Juga bagi menjawat jawatan editor. Alhamdulillah....
Kerana MassComm, saya menjadi siapa saya pada hari ini. Dan saya berjumpa kamu dan kamu, yang saya jadikan inspirasi setiap hari.
Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan yang membantu, dan para pensyarah yang berusaha keras mendidik saya sepanjang lima tahun di UiTM. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.
Eh memang selalu macam ini kan? Tiba-tiba jadi syahdu dan meletakkan ucapan ala-ala menang anugerah secara bertubi-tubi. :"> Auwww sudah malu kini....
Oh ya, terlupa pula. Majoring degree MassComm ada lima, pada zaman saya di UiTM Shah Alam dahulu. Penyiaran (Broadcasting), Kewartawanan (Journalism), Penerbitan (Publishing), Perhubungan Awam (Public Relation) dan Pengiklanan (Advertising). Sekarang rasanya ada lagi. Maklumlah, sudah lama meninggalkan zaman U. Kedut pun sudah bertambah. :')
Dan... bagi sesiapa yang mahu menjadi editor di PTS, tidak perlu lulusan MassComm pun. Apa-apa jurusan pun boleh, asalkan ada minat dan kelayakan lain. Ada saja editor di PTS dari lulusan Perhutanan. Tidak percaya? Percayalah, kerana ia adalah benar... hehe.
Okeylah, itu sahaja buat kali ini. Jumpa lagi! ^________^
Kredit gambar: Google
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
6 comments:
boleh jadi duta masscomm la tahun depan. haha
maaf kak, blog terpaksa ditutup utk sementara waktu sbb nak elakkan diri dari meng-update blog selalu sehingga terlupa membuat assingment & study... hehe...
btw, terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak banyak & banyak banyak banyak lagi sebab ambil masa buat entri yg panjang ni. hihi...
Macam x percaya akak isi 4 jer borang UPU tu.. memang sempoi ar! haha...
thanks 4 the information given about mass comm. Kos perhutanan pun boleh jadi editor? Kalau TESL boleh x? hehe... =)
tq kak! cayang kak husna ketat-ketat! hee~ :)))
hahaha, sentiasa gelak bila baca entry kak husna. Kak husna patut tulis novel lawak ala2 Karipa Cinta juga. Mesti laku keras!
*wah, 1st time taip "laku keras"~!^^
tulisan kak Husna memang selalu menginspirasikan :)
j b r:
Hahaha! Tak kuasa I. :))
Zati:
Wah... sama alasan macam saya.
Hari itu pun tutup sebab banyak kerja.
Sama-sama... hehe.
Aah, berani isi 4 saja.
Tapi dah rezeki, dapat juga kan.
Sayang Zati kuat-kuat!! >__<
Awan Wan:
Alamak... kena puji dengan artis, malu rasanya diri ini. Haha!
Terima kasih, Aman.
Insya-Allah, kalau rajin, adalah buku nanti, hehe.
Shukri,
Terima kasih... :">
salam akak . sy nak tanya akak degree ambik major apa ? kalau sy pilih advertising peluang kerja mcm mana ye ?
Post a Comment