Gadis comel molek pekerti,
Cantik wajah idaman kalbu,
Datang membawa hajat dihati,
Diberinya busana putih bak salju.
Cantik wajah idaman kalbu,
Datang membawa hajat dihati,
Diberinya busana putih bak salju.
Bertanya apa hajatnya tuan hamba,
Persalinan putih yang dibawa,
Untuk majlis pertunangan yang bakal tiba,
Mahu diubah sedikit warnanya.
Persalinan putih yang dibawa,
Untuk majlis pertunangan yang bakal tiba,
Mahu diubah sedikit warnanya.
"Terlalu putih" adu si comel yang sopan,
Mahu ditambah ungu yang bersesuaian,
Matanya bulat comel nampak kasihan,
Baiklah hajat itu hamba turutkan.
Busana putih bertukar tangan,
Manik putih telah sedia disulamkan,
Dicari dikaji warna ungu pilihan,
Untuk diubah warna bak kata si comel menawan.
Manik putih telah sedia disulamkan,
Dicari dikaji warna ungu pilihan,
Untuk diubah warna bak kata si comel menawan.
Butir-butir manik ungu warnanya,
Rekaan disusun disulam, dijahit pada busana,
Dicelah-celah corak yang sedia ada,
Hati runsing jika si comel tidak suka.
Rekaan disusun disulam, dijahit pada busana,
Dicelah-celah corak yang sedia ada,
Hati runsing jika si comel tidak suka.
Berbekalkan masa yang telah dibekalkan,
Hati gigih untuk menyiapkan,
Demi majlis pertunangan yang dikhabarkan,
Walau jadual padat bukan main kan.
Hati gigih untuk menyiapkan,
Demi majlis pertunangan yang dikhabarkan,
Walau jadual padat bukan main kan.
Menyiapkan persalinan putih yang diungukan,
Hati risau runsing dan gusar,
Kembang mekar indah berseri,
Pagi pertunangan diserahkan baju,
Kisah ini kisah tahun sudah,
Maaf baru sekarang gambarnya dipersembahkan,
Si manis telah selamat bertunang dan bernikah,
Selamat pengantin baru, Puan Husna Adnan. :)
Maaf baru sekarang gambarnya dipersembahkan,
Si manis telah selamat bertunang dan bernikah,
Selamat pengantin baru, Puan Husna Adnan. :)
* * * Garapan ayat dan gambar oleh: Art by Azah Azrina * * *
Wah, terima kasih Kak Azah yang baik budi malah cantik berseri kerana mengarang puisi indah ini bersama gambar-gambar baju yang siap dijahit manik. Sangat nostalgia.... :')
Masih ingat entri ini?
Jalan cerita puisi itu adalah kisah benar, cuma harap para pembaca blog ini tidak pitam membaca bahagian 'molek', 'comel', 'manis', dan yang sewaktu dengannya itu. Hahaha! Kak Azah yang tulis begitu, saya tidak cakap. Haaa.... Ololo manisnya ayat merendah diri ini. Comel sangat. Terasa bagai mahu melempang diri sendiri. ^__^'
Sekali lagi, kepada Kak Azah: Terima kasih atas budi yang dicurahkan... saya hanya dapat doakan semoga perjalanan hidup akak dipermudahkan dan kerjaya akak semakin mencambah maju. Hanya Allah dapat membalas segala usaha dan masa yang dicurahkan demi menyiapkan baju tunang saya dulu. :')
Oleh itu, sebagai penamat entri, marilah kita mengimbau kenangan dengan gambar kontroversi suatu ketika dahulu. Wah, artis sangat! Tak kuasa, Nab.
20 November 2010
Ya, kami tunang pada tarikh itu.
20 Mei 2011 kami nikah, alhamdulillah....
(=^____^=)
Doakan semoga kami berdua terus cekal menghadapi pelbagai dugaan, amin...
Eh, tiba-tiba ayat macam touching. Hahaha!
Babailah.
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
2 comments:
Hasil yang sangat cantik. Tekun sungguh Cik Puan Azah Azrina menjahit manik2 kecil itu. Kagum! :)
Betul! Saya juga kagum! ^___^
Post a Comment