23 September 2011

Malam... yang sepi pi pi....



Pernah tak kalian dengar cerita-cerita seram di asrama? Hantu pakai telekung, hantu bilik air, hantu bawah katil, segala macam hantu yang dikatakan wujud di atas muka bumi ini? 


Tak, tak. Pengundi hantu tidak dikira walaupun itu juga aneh.

Saya pernah dengar pelbagai cerita hantu yang diceritakan oleh kawan-kawan sejak zaman sekolah. Biasalah, budak asrama memang kasihan. Dari hantu budak, hinggalah ke taraf moyang. Kelas sangat ada umur macam kita hantu-hantu ini.


Saya pun pernah seperti 'dikacau'. Bunyi orang berlari di dapur sewaktu Encik Suami dan Afiq berada di tingkat atas, bunyi jiran sebelah main guli padahal dia tidak pernah ada guli pun, bunyi tingkap di hostel bergegar walhal tiada gempa bumi, bunyi jiran atas alihkan perabot tengah-tengah malam buta, bunyi jiran atas tumbuk lesung batu waktu orang lain sedang nyenyak tidur hingga rasa nak tumbuk jiran atas, dan macam-macam lagi. Meremang juga bulu kening, namun alhamdulillah... tidak pernah tengok dengan mata sendiri.


Ada juga cerita kawan-kawan yang pernah 'kena hempap'. Tahu apa itu 'kena hempap'? Macam waktu kita tidur, rasa dada sesak, nak bersuara tidak boleh, nak gerak pun tidak boleh. Rasa macam ada yang hempap kita. Ha... gitu dia punya penangan.


Cuba bayangkan keadaan roti paling bawah.
Itulah maksud kena hempap dalam dunia makanan.


Hendak dijadikan cerita... malam kelmarin, saya buat pertama kalinya, rasa dihempap waktu tidur. Tetapi bukan sebab hantu ke apa... sebab saya mimpi ada dua makhluk berwajah hodoh macam ala-ala syaitan gitu dan bergigi taring, terjerit-jerit di muka saya. Serius tidak boleh terima. Dekat sangat mereka melalak bukan-bukan dalam tidur saya nan indah itu.


Saya kan, kalau mimpi yang bukan-bukan, saya selalu kuatkan diri supaya bangun. Buatlah apa pun, asalkan fizikal dapat bangun daripada tidur. Hebat, tak? :')


Jadi... saya pun cuba mengucap. Cubaan pertama, gagal... sebab makhluk sebelah kanan hempap saya kuat-kuat. Baru mengucap separuh jalan, tersentak dan terkedu tengok makhluk sebelah kiri bukan main galak buka mulut nak tunjuk gigi taring dia. T_T


Kali kedua, saya kuatkan diri. Tidak peduli apa makhluk-makhluk itu hendak buat, saya terus mengucap dua kalimah syahadah dengan kuat, hinggalah saya terjaga.


T______________T Wowowo... 
Rasa lega sebab ianya memang mimpi seperti yang diharapkan.


Terus saya kejut Encik Suami yang nyenyak di sebelah. "Yang... yang... tadi mimpi kena hempap. T_T Takut sangat, sampai susah nak bernafas."


Kemudian Encik Suami yang prihatin, terus tidur rapat-rapat dengan saya yang ketakutan. Dan malam berlalu dengan tenang sahaja selepas itu....


Takut sangat, tau... rasa macam tidak mahu hadapi lagi. Walaupun ianya mimpi, tetapi agak ngeri. Hinggakan waktu memandu ke KL semalam, saya masih tidak dapat lupa. Jadi saya pun cerita lagi kepada Encik Suami berkenaan mimpi malam itu. 


Cerita punya cerita punya cerita, kami pun tukar topik lain....


Tiba-tiba Encik Suami bersuara, "Ayang nak tahu? Sebenarnya malam itu...."


Saya yang di sebelah, sudah gelabah. Adakah dia juga mimpi yang sama?! Adakah sebenarnya memang ada makhluk ghaib hempap saya dan dia tidak dapat berbuat apa-apa?


"Saya ada terjaga masa tidur, saya tengok belakang badan saya ada awak. Haha! Jadi saya pun alihkan badan. Tiba-tiba awak kejut kata mimpi kena hempap. Itulah... siapa suruh kecil sangat. Hahaha!"



Saya di sebelah....


.
.
.
.

Speechless.

Itulah yang badan saya mahu sampaikan kepada saya sebenarnya... hingga dia bekerjasama dengan mimpi bagi memberitahu betapa terseksanya dia.... 

:')

Sekian.



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

10 comments:

Unknown said...

alamak.klakarnye..alamak.klakarnye..

NARUMI ISOZAKI said...

lawak ar kak husna ni... aduyai... hahaha... :D

napeace said...

Terkezut melihat gambar yang terpapar di dashboard. Nasib baik tak pengsan. T____T


Haha kelakar perumpamaan burger tu. Tinggi sangat imaginasi Kak Husna.

Ainn Ngainon said...

Hoi! Husna, saya dah set dengan feeling-feeling seram tau!

Cis!
Cis lagi! Hahahaha.

nawariah :) said...

part yang akhir memang kelakar :)

a little less conversation said...

kah kah kah..lawak la encik somi ko ni sna..boleh plak die sambung tido blk pas ko kejutkn tu

dlm umh sewa ak kt psr gdg skang pn kdang2 rse seram sejuk (bkn sbb ujan tau tido x pkai baju smbil baring dpn kipas berkelajuan knot)

Shukri Mohd Ali said...

baru nak jadi ghostbuster dan ingin menawarkan khidmat percuma =__="

Husna Adnan said...

Hahaha! Bertabahlah kawan-kawan!:))
Terima kasih sebab sudi baca entri separa angker ini, hehehe.

Rafi: Uuuui... bahaya tu!

★A N E P★ said...

Hui buat suspend sahaja!

ben osman said...

ahahaha... kesiannya husnaaa
kelakar XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...