15 March 2012

Fullhouse Yawww!

Assalamualaikum.

Memang impian saya sejak bujang dahulu, mahu menjejakkan kaki ke Fullhouse.

Siapa baca blog saya, tahulah impian saya itu. Hehe.



Punyalah kemaruk, sampai tiap kali menghala ke tol Batu 9 Cheras, dah macam satu kewajipan untuk pandang ke kiri. Itu, itu Fullhouse yang paling hampir dengan rumah saya. Sejak Giant Cheras dibuka, sejak itulah kepala kian berjinak-jinak mengarah ke kiri. Malah kerana hobi baru itu, saya berjaya snap gambarnya sambil kereta bergerak laju. Hebat, bukan?

Alkisahnya, dengan hanya menelengkan kepala ke kiri, memang tidak tercapailah impian itu, hingga bakal pengantin ajak berjumpa buat kali terakhir, sebelum dia bergelar suri di hati Encik Helmi. Oh oh~ terus sebak tak memasal kan. :') Saya dan Encik Suami selalu rancang mahu ke sini, tapi ada sahaja aral melintang-pukang. Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki. Sebak sekali lagi. :') Perlu?

28 Februari 2012 - Bridal Shower Dayah

Inilah kami. Dayah, Nana, Ai, Ecah, dan Sna (sayalah itu).
Kumpulan kami digelar; The Gadises.
Wakaka! Mari pitam bersama-sama.

Nama-nama menu lain saya tak ingat, 
tapi yang saya pilih namanya Alfredo. Sedap!

Sama seperti di atas, saya hanya ingat nama minuman saya. Kuikui.
Namanya Ice Blended Peach. Serius sedap!

Sambil makan-makan, borak-borak, saya pun buat isyarat mata gitu, kepada salah seorang staf Fullhouse yang sangat berdedikasi. Tak tahulah apa nama dia, tapi saya gelarkan dia BFF (wah kelas nama), sebab dia sangat berdedikasi melayan kerenah kami. Minta ambil gambar, dia buat. Minta itu, dia buat. Minta ini, dia buat. Memang baguih staf Fullhouse ini. 

Isyarat mata itu adalah supaya mereka bawakan kek yang kami bawa awal tadi untuk bakal pengantin. Terima kasih kepada penaja kek yang namanya biarlah kami dan Allah sahaja yang tahu, kerana bakal pengantin akan baca entri ini, ekekeke. Nanti terbongkar rahsia. :))


Yang kelakarnya, semua staf Fullhouse datang ke meja kami... sambil salah seorang bawakan kek... sambil apa tau? Sambil menyanyi "Happy birthday to you... happy birthday to you...." Hari lahir siapakah??? Kek bersama lilin yang dipasang, parking baik punya depan bakal pengantin sampai dia sendiri terpinga-pinga. Hahaha! x))

Silap kami sebab lupa nak keluarkan lilin dari dalam kotak. Memanglah mereka sangka kami sedang sambut hari lahir siapa entah kan. Padahal kek saja-saja beli, makan reramai. Ekeke. 

Seronok dapat jumpa sekali lagi, walaupun sekejap. Nanti insya-Allah, seorang bakal jadi ibu, seorang bakal jadi isteri, seorang dah pindah menyewa jauh-jauh, seorang doktor yang supersibuk sejak pindah jabatan, seorang lagi memang dah sedia sibuk dengan kerja sampai mesej di FB pun tak buka-buka. Harap korang semua hidup bebaik ek. Ada masa kita lepak lagi. :')

6 Mac 2012 - Hari Lahir Felah

Oleh kerana begitu teruja dengan kenangan di Fullhouse, saya pun ajak keluarga ke sana, sekali lagi, demi menyambut hari lahir kakak kedua saya. Hohoho! Kayo Fullhouse dapat pelanggan macam hakak.


Kali ini saya punya yang atas kanan; burger apa entah nama dia.
Sedap, dan besar. Sama macam kedatangan sebelum ini, tak habis. :')
Siap order pemanis mulut, pakej tiga RM29.90. Paling sedap, yang tengah itu.


Kali ini saya order Ice Blended Vanilla Strawberry and Dragon Fruit.
Nama sebenar dia saya tak ingat, tapi itulah campurannya, hoho.
Bagi saya, air ini pun sedap. Tapi Encik Suami kata tawar. Aik?
Teh itu kakak saya order. Ya, itu barulah definisi tawar yang sebenarnya. Haha!

Ruang ini boleh cuba dan bergambar ikut suka. Nak beli pun boleh.


Terima kasih emak kerana membelanja kami semua. 
Sayang mak kuat-kuat! (^__________^)

Kami di Fullhouse pada hari berbeza. Awww~

Terima kasih Encik Suami kerana membenarkan saya lepak bersama kawan-kawan gadis. Dia selalu lepak di tempat lain supaya kami dapat luangkan masa bersama. Jenuhlah ajak duduk sekali, namun dia tetap enggan. Mungkin itu yang terbaik, ekeke. Kang semua tetiba jadi ayu-mayu, cakap semua cover. PADAHAL................

Pada pendapat saya, Fullhouse memang cantik. Sesuai dijadikan tempat menyambut apa-apa hari istimewa, sebab dia ada kawasan khas yang kita boleh booking. Makanan dia, setakat yang saya pernah rasa, semuanya sedap. Air, dua-dua yang saya order, pun sedap. Portion agak besar bagi saya, tetapi bagi adik saya, tiga menu hokey. Tiga. Harga pun standard makanan barat. Tak murah sangat, tak mahal sangat. Tetapi menu tak banyak. 


Oh ya, pada bridal shower Dayah hari itu, dua impian saya tercapai sekali gus. Masih ingat entri ini? Hehehe. Tinggal satu lagi impian yang insya-Allah mampu tercapai pada akhir tahun ini, sekiranya saya ada RM10,000. Ha ha ha ha ha. :')

Jumpa lagi!

5 comments:

aku-H said...

hahaha..thanks for the entry dear..gegeh ke fullhouse 2x kan..bab nyanyian happy birthday tu adalah kelakar!!jht tau rahsiakan perderma kek!~pitam~~~

sediiiiiiiihhhhhh jugak!harapan agar si suami nnt mcm suami kamu, mengizinkan gadises lepaking2 lagi..huhu..nnt sume pn lepak dgn baby pulak..wah, berangan ni nab!!

Ismail Fitry said...

Fullhouse ni kedai makan ke? Sorry aku jahil sikit, dah 3 tahun tak balik Malaysia...

Husna Adnan said...

Dayah:
Hahaha! Harus gegeh. Kite cerita pumpangpumpang dekat keluarga, semua macam buat muka toya. Maka kite bawakan ke FH sekali lagi, supaya kegembiraan dapat dikongsi bersama. Ekeke. Part menyanyi tu memang legend la. Aku takkan lupa weh, kahkah! Beb, aku doakan kau okey eh. Insya-Allah lepas kahwin, dapat lepaking lagi. :'D

Tuan Ismail:
Ya! Restoran ala Korea. Hiasan dia sangat cantik, putih gitu. Hehe. Marilah pulang ke tanah air.

Izanor said...

Jealous kuasa lapan!

Hehehe, seronoknya impian Husna makan-makan di Full House tercapai! Bukanlah mahu cakap atau berdrama, impianmu impianku jua, tapi...

Memang sejak kali pertama tengok dan tahu kewujudan Full House yang berwarna warni, selesa dan cool.. betuk-betul rasa ingin terbang ke sana! :D

Doakan impianku tercapai dan berkali-kali seperti dirimu juga!

Husna Adnan said...

Moga Kak Izanor dapat juga makan di FH selepas ini! Amin...
Sila order air peach atau vanila. Sedap!!! Hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...