Assalamualaikum, hai semua.
Pada hari Selasa yang indah ini, muncullah sesuatu yang mengganggu ketenangan mindaku yang tidak berapa tenang ini, namun cukup hingga saya mengambil sedikit masa menggali sedalam-dalamnya ruang minda yang berserabut ini.
Apabila difikirkan, saya ada begitu banyak impian yang belum tertunai, kerana sikap sambil lewa dalam mengejar impian, kekangan masa, ketidakstabilan ekonomi, mahupun kurangnya ilmu pengetahuan berkenaan tempat hiburan masa kini di Malaysia. Kau orang semua perlu rasa kagum kerana saya menaip semua ini tanpa melihat keyboard. Kah kah kah. Tetiba.
Baiklah.
Pernah dengar ataupun tidak berkenaan piramid keperluan ciptaan Maslow?
Atau dalam bahasa seriusnya adalah:
Kredit kepada Wikipedia.
Baca baik-baik ya. Sekiranya mahukan keterangan lanjut, boleh buat new tab pada perkataan Wikipedia di atas ini.
Sekarang, apabila melihat piramid di atas, saya dapati... tiada satu pun impian saya itu satu keperluan. T_T_T_T_T Maka jelaslah, ia hanyalah kemahuan.
Dan sebenarnya saya juga sudah sedia maklum, tetapi sengaja buat entri separa ilmiah ini supaya kelihatan genius sedikit, waka waka.
Impianku Yang Pertama:
Ya... sila ketawakan saya sekiranya kalian sudah ke tahap muak memakan ini, tetapi ini merupakan impian saya yang pertama. T_T
Sudah lama mengidam mahu rasa apakah itu Tutti Frutti Frozen Yogurt, lebih-lebih lagi apabila begitu ramai rakan meletakkan gambar mereka memakan ini dengan wajah penuh kenikmatan. Saya memang tak boleh dengar perkataan Frutti ni. Dulu pun asyik beli Slurpee perisa Tutti Fruiti.
Oh oh oh~
Fikiran saya yang cerdas ini pernah terfikir bahawa, Tutti Frutti Frozen Yogurt adalah makanan yang dicipta untuk mereka yang bergaya sahaja, sebab itu saya tidak pernah terjumpa. Mungkin peniaga Tutti Frutti Frozen Yogurt hanya akan memunculkan gerai mereka apabila melihat sekumpulan manusia bergaya, dan terus ghaib apabila saya muncul. T___________T deyem.
Namun sebenarnya... tidak pun. Hahaha. Tentulah tidak! Saya yang malas nak mencari, dan sekadar menanam impian di tepi bibir. Mana ada kaitan bergaya tak bergaya. Mari lihat senarai cawangan Tutti Frutti Frozen Yogurt di sini.
Saya terjumpa berhampiran McD USJ, namun selepas makan McD, saya terus pulang ke rumah tanpa terkenangkan itu. Kini, saya kembali terfikir, Tutti Frutti Frozen Yogurt memang hanya untuk manusia bergaya. *sedih....*
BANGI OUTLET (Opening Soon) <--- OPEN SEKARANG!!!
Impianku Yang Kedua:
Menurut blog yang saya baca tadi, Fullhouse Cafe ini diinspirasikan dari drama Korea, Full House, malah pemiliknya juga adalah orang Korea! Yang di Sunway Pyramid nampak lebih cantik! ^____________^
Emak mesti suka kalau dapat bawa dia ke sini. Masalahnya... emak saya seorang yang liat sikit kalau nak bawa makan luar dari Kajang. Tak apa... makan dengan si buah hati pun manis juga... auwww.... :"> (padahal ayat nak bawa emak tu ayat kudus pancing je tu, hahaha!) Makan dengan kawan ramai-ramai pun best ek.
Harap sangat satu hari nanti dapat makan di sini. MAHU!!!
Ini bukan sebarangan kek.
Kemain, bukan? T_T
Hari itu saya dapat kupon diskaun untuk beli kek ini, namun entah kenapa, tiap kali saya teringat nak beli demi menjamu diri sendiri dan ahli keluarga, keadaan perut saya waktu itu adalah penuh dan sukaria. Terus putus hajat. Harap nanti dapat belikan kek ini untuk sesiapa, yang mampu menjamu diri sendiri juga. Muahahahaha!
(P.S: Memandangkan ini kek aiskrim, melengahkan waktu memakannya hanya akan membuatkan kita terpaksa sedut kek ini dengan straw.)
Impianku Yang Keempat:
Pergi ke Mesir dan bergambar bersama piramid.
T_________________T
Gigih kan aku edit gambar asal, rotate horizontally dan letak gambar sendiri? Kah kah kah. Pakaian memang bergaya habis. Unta tengok pun rasa nak maki. T_T_T_T_T
Selepas 'dinasihati' oleh Ustaz Wanzu dan Ustaz Firdaus, saya perlu ke Mekah dulu demi menunaikan ibadah umrah dan haji, kemudian apabila ada rezeki lebih, barulah ke Mesir dan berjumpa piramid. *insaf* Harap-harap murah rezeki untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, dan bergambar dengan piramid. Amin...
* * *
Hmm... okeylah. Selesai sesi berangan. Ini antara top impian yang melanda minda BUAT MASA INI. Kalau dibiarkan, entri ini akan panjang mengatasi Sungai Nil. Top 3 adalah makanan. Adakah lapar? (Y____Y)
Ayuhlah kembali menulis artikel yang disuruh itu, Husna. Taip blog berjela lebih cergas pula kau ini. Jumpa lagi kawan-kawan!
Disclaimer: Semua gambar di atas kredit kepada Google dan link asalnya boleh klik pada gambar, kecuali gambar saya dengan piramid. Kuh kuh.
6 comments:
Ooo...rupanya husna buzy usha2 makanan ye sekarang ni...hehe ;p
p.s - gambar berwinter clothing kat pdg pasir tu mmg terbaik lah...hahaha :))
hahaha...jum pergi panjat piramid =)
Slam.Pertama kali nk beri komen di sini. Saya tidak nmpak pun impian cikpuan husna ingin berumah tangga woahla!
ps: bolehlah melawat blog saya juga ya
http://namikpasha.blogspot.com
hehe. Boleh tahan tinggi juga selera cik adik Husna ni :p
p/s: Tuti Fruti memang demi Allah sedap. Pernah makan sekali je. Sebab harga dia betul2 memang untuk mereka yang bergaya je. Agak menangis juga. Tsk~
empat impian.
tiga adalah MAKANAN.
woha!. nasib baik piramid tu bukan makanan.
K.A.A.,
Hahahaha!
Dah taip-taip, baru perasan top 3 adalah makanan, hehe.
Best kan gambar tu? :)) Wakaka.
Shukri,
JOM!!!
Tuan Hanif @ Namik,
Salam, wah, terima kasih sudi singgah dan komen! :D
Hahaha. Ini impian yang menjengah ruang minda pada waktu itu. Kalau dipanjangkan lagi, macam-macam nak taruk.
Okey, akan dijengah!
Cik Famia,
Kah kah kah!!
Kena menabung ya.
Semua ini lagha!! :p
Peh!! Betul!!!
MEMANG SANGAT SEDAP!!!
Harga... gulp sikit la, hehe.
Lagenda Pejuang Islam,
Hahahaha ya ya ya. :))
Post a Comment