Assalamualaikum. Hai, semua.
Boleh bayangkan tak, perasaan apabila kita terpaksa abaikan segala timbunan coklat yang sudah dibeli, kerana perut sudah penuh dengan piza, ataupun ayam KFC, namun tetap memandangkan coklat itu seolah-olah tarikh luputnya akan tiba dalam masa 10 minit?
Dapat bayangkan tak dilema yang melanda?
Perasaannya macam... kalaulah perut ada zip, haruslah zip itu dibuka, dan sumbat segala coklat yang lazat itu, dan minta sesiapa tolong pijakkan perut kita supaya zip dapat ditutup kembali dengan kemas.
Seriously, saya pernah terfikir situasi di atas.
Hakikatnya, kita memang tidak mampu nak menyumbat sebarang makanan, sekiranya perut sudah penuh. Bimbang kelak hanya mengundang tabiat Bulimia, yang amat merugikan itu. Sedih~ T_T Lega memang lega, tetapi tetap berasa sayang kerana akhirnya yang kenyang adalah....
... ini budak.
Cerita di atas adalah adalah sebuah analogi pedih yang saya sendiri pilih, demi kemaslahatan diri sendiri, dan masa hadapan.
Sepatutnya pada tarikh di atas, saya berada di situ, bersama Tuan Nazry Salam demi mempromosikan novel masing-masing. Namun tahun ini bukan rezeki saya, kerana saya terpaksa menolak, dan akibat daripada penolakan saya, Tuan Nazry Salam selaku Encik Suami juga menolak demi menjaga saya. So sweet tak kelakuan begini? Kuang kuang kuang. Jangan muntah... jangan. Ingat kerugian yang saya ceritakan di atas. =P
Walaupun Encik Suami tiada acara rasmi di PWTC kelak, dia tetap ada dua karya baru, yang akan terbit dalam masa terdekat, insya-Allah.
Kiri: Novel ringan oleh Nazry Salam. Komik dan ilustrasi oleh Afiq Salam.
Kanan: Komik oleh Nazry & Afiq (Feeqry)
Mari dapatkannya!
Mungkin pada hari-hari terakhir PBAKL,
kerana sekarang masih di pencetak.
"Jangan lupakan saya!"
'Kawanku Panda' juga sedang diulang cetak, jadi kepada yang mahu mendapatkannya, dipersilakan membeli di PBAKL. Kepada para pemenang pertandingan sebelum ini, tunggu ya. Saya akan cuba poskan secepat mungkin. Jadi tidak perlu membeli buku comel yang comel lagi comel itu di sana!
Saya harap kawan-kawan yang ke sana, dapat bergembira dan memborong buku dengan begitu hebat, sambil membuatkan saya cemburu melihat gambar-gambar kalian di Facebook, kerana ini peluang sekali dalam setahun. Malah, suasana yang sangat meriah itu adalah berbeda daripada mana-mana acara seumpamanya di Malaysia. JANGAN TIDAK PERGI!
Bermula 27 April 2012 (lusa!), hingga 6 Mei 2012.
Jumpa di sana!
Ya, saya ada di sana, dalam bentuk doa.
Bye. :')
8 comments:
entah la cik husna tapi saya seperti tiada semangat untuk pergi ke PBAKL tahun ni... rasa seperti tiada buku yang menarik untuk dicari
Mengapa begitu? Belum beli lagi 'Kawanku Panda' kan? Tak cukup menarik ke? Hahaha! :)) Tetapi tahun ini acara PTS agak banyak yang menarik. Pergilah! Pergilah! *paksa*
tk dpt g la kk husna..
Ye ke? Kenapa tak dapat pergi? Huhu.
Husna.. kita pun tak dapat pergi pesta buku. Tahun sebelum2 ni tak pernah miss... huhu, kecewa sungguh. knp lah pesta buku tak buat time cuti sekolah.. Waa..
Husna, dah berapa minggu preggy..?
Hana, alhamdulillah, tadi sempat juga jengah ke PWTC. Dari tengah hari sampailah ke petang. Balik pun sebab kaki dah bengkak, haha! Hana tak dapat pergi sebab kerja ke? Sekarang nak masuk 35 dah, huhu. Berdebor!
Ye husna.. hana kerja kat sarawak.. huhu. Tahun lepas sanggup cari tiket balik sbb nak pergi pesta buku.. Tapi tahun tak dapat balik, kesian kat baby dalam perut... asyik travel naik flight je.. hehe. sebenarnya, tiket flight mahal... hehe.
Husna, dah tak lama lagi nak deliver kan...? Hana doakan semuanya selamat ok.. ^_^
Wah, jauhnya! Sarawak ek. Hehe. Tak apa, insya-Allah tahun depan dapatlah pergi, dengan baby! :D
Hana, alhamdulillah, 13 Mei hari itu, saya selamat bersalin dah. Terawal sebulan, baby pramatang, tapi alhamdulillah berat dia okey. 2.7kg. Hehe. EDD Hana bila?
Post a Comment