27 August 2016

#dearhakak | GAJI vs PENGALAMAN



.
2008, selepas tiga bulan menganggur sejurus grad, hakak bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Kota Damansara.
.
Tiga bulan menganggur ye hadek. Kawan-kawan lain dah dua tiga kali party dengan gaji mereka. :')
.
Hakak tidak berputus asa. Tiap hari buka web sana sini lantas teruja apabila melihat satu iklan kerja kosong.
.
Dapat tawaran hari Khamis, kena lapor diri hari Isnin. Jumaat terus cari rumah sewa, Sabtu dah berangkut bawa barang pindah, Ahad siap-siap nak kerja.
.
Memula okey kerjanya. Setakat edit buku kerja bahasa Malaysia. Kemudian katanya nak latih skil hakak, diberi bahasa Inggeris.
.
Demi nak tajamkan lagi skil hakak, diberinya Sejarah, Geografi, Matematik, Sains, Agama, Kemahiran Hidup. Pakkal tak ada subjek Urdu.
.
Apabila bos tahu hakak boleh buat layout guna Indesign sikit-sikit, naaaah... hakak pun jadilah tukang layout buku di samping edit buku-buku kerja sekolah.
.
Edit & layout komik pun aku jugek. ðŸ˜’
.
(Skil Indesign skil rebutan. Buat duit oi! Jangan tak join Bengkel Indesign 22 Nov nanti. PM emel awak nanti hakak kasi detail *kaka siap promote*)
.
Gaji waktu itu RM1200. Tolak EPF Socso SosJalin segala, tinggal RM900. Sewa rumah, bil api air, topup, tinggallah lebih kurang RM400.
.
Nak isi motor dengan apa kan kalau bukan minyak yang dibeli menggunakan duit. Ha tolak lagi kos minyak.
.
Rasanya tiap bulan ada dalam RM300 - RM200 saja nak hidup dan menyimpan.
.
Tiap pagi, sarapan cuma Nestum 3in1. Lunch, tak keluar. Balik rumah baru singgah gerai bawah flat, beli bihun.
.
Sampai sekarang hakak terhutang budi dengan makcik bihun. Bihun makcik itu, 50sen dah dapat segunung Kinabalu.
.
Acik!! Acik takkan tahu betapa saya makan dengan lahap, acik! Alhamdulillah kenyang dan sedap. Walau tiap hari makan bihun acik, saya tetap berselera. Pernahlah suap sambil berair mata. T_T
.
Tetapi oleh kerana terasa bekerja bagai hamba abdi, malah ada gangguan seksual yang menggelikan (tetiba rasa macam nak menyirap balik haha), hakak berhenti kerja.
.
Tanpa sebarang kerja ganti.
.
Masa hantar surat resign, bos hakak yang aaah malas nak describe, kata dengan angkuh kepada hakak, "Kenapa you berhenti? You terus kerja dengan I, sebab tiada siapa nak ambil you kerja."
.
Wah wah wah enak beliau berbicara.
.
Tapi hakak terus mengekalkan imej cool dan menawan, hakak kata, "Tak apa, bos. Saya yakin ada rezeki di mana-mana."
.
Sebelum keluar, bos cakap lagi. "Ingat aaaa. Tiada siapa mahu ambil you kerja."
.
Kahkah tak sampai seminggu hakak dapat kerja PTS. Terima kasihAlif Firdaus Aziss kerana beritahu ada kekosongan waktu itu.
.
Syukur. Semua ini pengalaman yang saya bawa hingga ke hari ini. Tiap keperitan, mendewasakan.
.
Kalau dapat putar masa, takkan ubah apa-apa. Ubah satu, mungkin ubah semua. Oh mungkin nak belasah mamat miang yang mengganggu ketenteraman hakak itu guna upih pinang.
.
Pada adik-adik yang baru grad, atau sesiapa sahaja yang baru bermula, cubalah apa kerja sekalipun.
.
Angka gaji itu kemudian. Workloads lebih penting. Belajarlah macam-macam masa berkuli. Jangan suka sangat kalau dapat kerja yang senang-lenang, tak beri kemahiran, tak mencabar minda.
.
Hidup kita bukan dengan majikan. Kita hidup sendiri-sendiri. Sendiri ada kemahiran, tak kira kemahiran berfikir atau berbuat, baru mudah nak JV dengan orang. Kena tendang pun, boleh hidup.
.
Bila rasa melebih pulak majikan tu, pepandailah ubah nasib.
.
Yang penting, kuat semangat.
.
Agi idup, agi ngelaban. ðŸ’ªðŸ”¥ðŸ’ª
.
.
.
Husna Adnan,
Pernah jual klip kertas, buat khidmat printing, ambil upah lipat baju, dapat upah urut betis housemate, kerja data entry, penjual asam 15 minit, editor, tukang layout, buat komik, jual brooch, tudung, baju, stoking, buku, Ephyra, dan COO Skuad Misi PLT. Orang Kajang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...