30 August 2016

certot: Anti-hiburan??


Ada seseorang yang saya kenal... amat jarang mendengar lagu, hampir tidak menonton TV, dan sentiasa elak skrol media sosial.
.
Saya yang jenis hu-ha ini, rasa hairan.
.
Maka suatu hari saya bertanya, "Awak memang anti-hiburan ke?"
.
Balas dia, "Tidak."
.
Saya berkerut. "Tapi tak suka tengok TV, tak suka dengar lagu kan?"
.
Dia terdiam. "Bukan tak suka, tapi macam automatik rasa tak nak dengar, tak selera nak tengok."
.
😱 Terkesima. Lama kami berdiam diri, sebelum saya terus menyiasat. "Apa amalan yang awak tak pernah tinggal?"
.
Dia berkerut. "Emm... saya cuba tak tinggal solat, jaga aurat, jaga mata daripada melihat aurat orang lain. Dan hormat orang tua."
'Hmm... amalan yang hampir sama. Adalah sikit kesamaan itu. Tapi aku okey je hu-ha berjoget melalak dengar radio, tengok filem.' ðŸ˜· Hati berbisik.
.
Tiba-tiba dia menyambung, "Oh satu lagi. Tiap Jumaat, baca al-Kahfi."
.
Terkedu. Terus Google fadhilat surah al-Kahfi dan tunjuk kepada dia.
.
"Barangsiapa membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka dia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)
.
Dia mengangguk. "Mungkinlah. Hiburan lagha yang berleluasa sekarang ini, mungkin salah satu agenda Dajjal. Sebab itu saya tak berminat."
.
Tenang amat muka dia waktu berbicara.
.
Aku pula rasa nak menitis air mata terkenang dua hari lalu, sakan movie marathon sampai tengah malam, kemudian tertidur tak ingat donia hampir-hampir terlepas subuh. *tebako* ðŸ”¥ðŸ”¥ðŸ˜­ðŸ”¥ðŸ”¥
.
#diolahdarikisahbenar
#fadhilatsurahkahfi
#tebakotheseries

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...