Assalamualaikum, hai semua....
Wah! Mula-mula, saya hendak mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Daripada hanya seorang Peminat Bukan Rahsia saya, sekarang sudah ada tujuh orang! Terima kasih banyak-banyak atas sokongan padu yang tidak pernah putus-putus diberikan. Juga kepada mereka yang meninggalkan komen, hatta yang sahaja-sahaja lalu di blog ini, terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
Fuuuh~ penat tu andai diucapkan depan-depan. Nasib baik ini alam maya... walaupun saya turut lelah ketika menulis kerana menahan nafas disebabkan begitu teruja.
(Dah kenapa kau siap tahan-tahan nafas....)
Sebenarnya kisah yang akan saya kongsi ini, diimbau kembali apabila saya berYM bersama rakan sekelas sekolah menengah saya. Sebenarnya kami pernah sekelas ketika darjah 6, malangnya saya ini lebih hina kewujudannya daripada pintu sekolah. Dia boleh tidak ingat yang saya pernah sekelas dengan dia. Oh... apalah yang saya mampu ucapkan ketika itu selain redha dan "dem u".
Tak adalah... saya ini bersopan orangnya. Saya katakan, "Bedebah la kau ni... aku sekelas dengan kau tau... dulu masa tadika pun penah sekelas... ada gambar lagi... gambar yang aku yakin kau akan mintak aku bakarkan demi kau. Hahahaha!"
Namun itu kisah lain.
Kisah ini ialah kisah sepanjang saya hidup bermastautin di Kajang.
Al-kisahnya, saya ini dilarang sama sekali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur selagi saya masih bersekolah. Malah, pekan Kajang yang entah apa yang hebat sangat itu pun saya tidak diizinkan berjalan-jalan. Sudahlah bersekolah di kawasan kampung, hendak ke bandar pun tidak boleh, makanya saya memang tidak terdedah dengan anasir-anasir luar. Apabila saya bersekolah menengah, saya rasakan peluang untuk saya melakukan onar di Kajang terbuka luas kerana sekolah menengah saya itu sudah separuh jalan ke pekan Kajang. Saya teruja.
Namun... hampa. Ibu bapa saya tetap tidak membenarkan saya menjejakkan kaki ke mana-mana selain sekolah dan rumah. Saya akan terus pulang ke rumah selepas waktu sekolah, mengayuh basikal yang mempunyai pertukaran gear yang anggun, melihat-lihat budak lelaki kacak yang sering berbasikal bersama namun tidak diketahui namanya sehingga kini, dan membuat kerja rumah selepas enak bersantaian. Saya tidak tahu apa itu lepak selepas habis waktu belajar ketika bersekolah dahulu. Memang saya akan terus balik.
Tetapi, saya ini manusia biasa. Yang apabila dikatakan "Jangan!", ya... inilah masanya membenarkan kemenangan syaitan. (Amaran: Jangan benarkan syaitan menang sebenarnya! Buruk padah yang menanti. Jangan!)
Walaupun syaitan itu dikatakan menang, saya tetap tidak melepakkan diri selepas habis waktu sekolah. Saya hanya berani menyetan ketika hari Sabtu. Mengapa Sabtu? Kerana pada hari Sabtu, saya dan rakan-rakan yang aktif memasuki badan beruniform akan mengadakan latihan kawat kaki. Ini memang aktiviti yang paling saya gemari sepanjang bersekolah. Sekiranya tidak berkawat pada setiap hujung minggu, rasa seperti memakan sarapan dengan gigi yang belum bergosok. Rasa... rasa yang tidak indah! Rasa tidak sepatutnya! Rasa tidak lengkap!
Dan petang Sabtulah waktu saya beraksi, saya beronggeng Rokiah. Saya akan menaiki bas ke pekan Kajang, tanpa arah tujuan. Saja. Saja mahu naik bas dan jejak pekan Kajang. Asyik naik basikal dan ke sekolah, bosanlah hidup saya. Saya lakukan ini begitu kerap sehingga saya rasa, bosanlah pekan Kajang itu.
Inilah ketikanya saya berpakat dengan rakan saya itu untuk.... MENJEJAKKAN KAKI KE KUALA LUMPUR SECARA HARAM!!! Hahahahahahahahahahahahahaha!
Kerana dia juga tidak dibenarkan ke Kuala Lumpur pada umur itu. Umur yang baharu sahaja mendapat lesen L motor.
Misi pertama: Pinjam motor sesiapa kerana kami tiada motor, namun kami sudah ada lesen.
Misi kedua: Sudah ada yang berani meminjamkan motornya kepada saya selepas jenuh saya dan rakan saya itu memujuk rayu, menggoda dan menghaluskan suara masing-masing. Misi mengisi minyak dan memikirkan mana nak cekau duit.
Misi ketiga: Mengenakan pakaian minah rempit yang paling sensasi; baju-T, seluar trek... selipar.
Misi keempat: Menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
Dan misi kami selesai dengan jayanya. Kami telah membina sejarah dan kenangan bersama kerana menjejakkan kaki di KLCC dengan seluar trek dan selipar. Kami kendong helmet di tangan, seperti membawa beg Louis Vuitton (saya siap kena Google dulu jenama ini sebab tak pernah pakai dan nyata ketika search tadi, ejaannya salah... thanks Google.)
Sangat keji.
Kami sangka kami sudah up-to-date dari segi fesyen, rupanya kami merupakan manusia paling 'hina' kerana pemakaian kami, ditambahkan sengihan anak hutan yang sangat kagum melihat kedai berkaca dan patung-patung angkuh berkaca mata hitam.
Alangkah indahnya sekiranya saya ikut cakap mak saya supaya tidak menjejakkan kaki di Kuala Lumpur ketika zaman sekolah. Sekiranya selepas zaman sekolah dan saya sudah pandai berdandan sedikit, pasti kenangan KL saya lebih manis dan indah.
Dan saya rasa melanggar cakap ibu bapa itu sesuatu yang sangat musibah.
Kerana kami balik dengan tayar motor yang pancit dan kami terpaksa menolak motor yang pancit itu di tengah-tengah bandar KL yang panas terik dengan duit RM10 di dalam poket.
"Hai, tolak motor ke?" seorang abang posmen menyapa.
Sekiranya iman tiada di dada, sudah lama saya kasi flying-kick di belakang abang posmen itu.
Kami balik dengan keletihan tahap melampau dan bertekad untuk tidak melanggari perintah ibu bapa lagi.
Namun...
Ya, ada namun.
Namun... kami ini berdarah muda yang panas.
Kami tetap mahu ke mana-mana tanpa keizinan.
Tetapi dek kerana pengalaman pahit di Kuala Lumpur, kami tertekad untuk sama-sama ke Kajang dengan menaiki bas kerana... kerana KRU membuat persembahan di Metro Kajang. KRU WEH DI METRO KAJANG! INI UMPAMA DAVID BECKHAM DAN VICTORIA BECKHAM BERSHOPPING DI MYDIN!
Waktu itulah....
Tak kenal siapa KRU? Tonton videoklip di sini.
Kami menunggu-nunggu kedatangan KRU dengan penuh kesabaran dan harapan. Dalam hati saya, saya begitu mengharap dapat menatap wajah Yusri secara langsung! Itulah jejaka idaman saya ketika zaman sekolah.
Dan muncullah mereka! Semuanya ada; Norman, Yusri dan Edry. Trio adik-beradik yang sangat popular itu muncul di Kajang! Pekan Kajang yang sangat ceruk itu mereka terokai! Sangat bergaya.
Rakan saya siap dapat bersalaman dengan Azza Elite. ELITE TU WOI!
Tetapi saya rasa... antara sebab mengapa KRU tidak lagi muncul di pekan Kajang ialah:
"Put your hands in the air!" jerit Norman KRU.
...
....
Kriikk... krikkk... krikkk... (bunyi cengkerik).
Tiada seorang pun warga Kajang yang menghayunkan tangan ke udara seperti yang Norman KRU sarankan. Perbuatan menghayunkan tangan ke udara itu kelihatan amat jelik sekali pada kami.
Sesungguhnya, saya tetap mengklasifikasikan warga Kajang ialah warga kampung. Namun saya bahagia menjadi gadis kampung kerana di sinilah saya membesar. Pahit manis saya di sini. Tawa dan tangisan saya di sini.
Tetapi sekiranya ada yang ajak saya pindah Shah Alam, sayalah yang akan packing barang dulu.
7 comments:
wah...kenangan yg menarik!!! so daring la u! hehehe
btw, which one is u kat pic tu?
sume comel2 smpai x leh nak detect dah...hahaha [but u must be the cutest..confirm!;)]
hoho amazing story.. lg hebat cerita zaman sekolah aku dolu2.. xP~
wow.. nice picture.. i c u overthere xP~ hehe
hahahahahaha!
nicely written. aku seronok baca. :D
dlm gmbr,x dpt dikesan. =,=
aduih,sangat lawak part KRU tu!
diorang x dpt respon!hahahaha...
by the way,rakan tadika kau tu = anak S kah? heheheh... :>
kelam & itam gile zmn rmaja ko!!
haha..tdkkkk..aku jua mngalaminye!!knp zmn rmaja aku besame ko!!haha..papepn 2la zmn rmaja yg plg indh!!aku la si bedebah 2(celake aku diklasifikasikn sbg bedebah)..haha..byk je kisah remaja durjana yg mghiburkn..wei!!fom 1 da kne bediri lua kelas wei!!LAHANAT!!aku jua snggup pnjat pgr umh ko smate2 nk lepak mkn kopok!!gile hine tmpat & care melepak!!syial!!haha..thanks blogger sbb de letak kisah bes ne..meleleh air mate aku gelak..hahaha..
p/s:knp ko makin bersopan..SAYA??!!
leonhart,
hahaha menarik sgt.. hihi..
ya, saya la yg plg cute tu..
betul2.. hehehe..
aKu NaKaL,
hehe amazing? ini br sikit..
hanakirana,
hehehe thanks sbb melawat ke sini.
saya juga suka baca tulisan kamu!
i-ta-chi,
hehe semuanya kecil-kecil semut.
blurry-eye,
hahaha, mmg diabaikan je weh Norman tu..
ya, dialah orgnya.. hahaha!
dan orgnya telah memunculkan diri..
aku-H,
hahaha kenapa 'saya'? kerana saya kini sudah serius.. namun masih mengekalkan ciri-ciri Melayu moden.. ya saya tahu, jawapan saya seperti tiada kena mengena. Hahaha! wey, xyah la tulis byk sgt kes2 zaman muda yg kelam tu.. tak kejutan la.. diam2 sudah.. hahaha!
Post a Comment