15 January 2011

Huru-hara. Hara-kiri. Kiri-man. Man-Kidal.

Assalamualaikum, 
hai kawan-kawan!!!
^_____________^

Saya agak sibuk. (-____-')v


Saya sibuk sejak tahun lepas (20 Disember 2010) hingga semalam (14 Januari 2011).

Saya sangat sibuk hingga tidur hanya beberapa jam, malah makan dan minum juga tidak teratur.

Namun alhamdulillah, semua kerja suntingan sudah saya hantar, semua kerja penulisan sudah saya siapkan. Blogshop juga sudah dibuka walaupun tidak semenggah.


Semalam saya ke pejabat PTS, demi mengambil pruf yang sudah ditandakan oleh editor, juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakan-rakan.

Saya ditegur kerana semakin kurus. (Terima kasih jubah hitam, anda sangat berjasa.)


Saya juga ada membeli beberapa buku di Bookcafe Sdn. Bhd., juga menerima buku secara percuma atas pemberian rakan, dan mengambil editor's copy.

Kini bilik saya dipenuhi buku-buku, juga majalah.

Almari buku yang kecil tidak lagi memenuhi keperluan supaya bilik tidak bersepah.

Ya, bilik saya kian bersepah. T________________T

Setiap barang terletak di tempat masing-masing, namun rasa tidak sedap mata memandang.

Bak kata Tuan Pengurus, SERABUT.

Ya, bilik saya kian serabut. Otak juga ikut serabut. Tajuk entri juga sama serabut.

Bilik ini dipenuhi perabot yang tiada fungsi.

Saya ada dua katil single bed, dua almari baju, dua meja belajar, dan dua meja kecil tanpa fungsi.

Separuhnya adalah peninggalan kakak yang sudah berkahwin dan meninggalkan rumah demi berhidup bersama suaminya.

Satu katil dijadikan tempat meletak anak patung, lebihan bantal, buku-buku sebagai rujukan, dan juga tempat kucing tidur. Satu lagi, tempat saya dan laptop bermastautin.

Satu almari dipenuhi beg-beg yang tidak selalu digunakan, baju-baju musim sejuk kerana ke Korea suatu ketika dahulu, beg, baju musim sejuk, beg dan baju musim sejuk. Satu lagi, adalah baju harian. Selebihnya, masih di dalam bakul kerana tiada masa melipat dan menggantung.

Satu meja belajar dipenuhi habuk, printer tanpa cartridge yang kasihan, Kamus Dewan, bunga palsu dan imej sibuk yang palsu. Di bawahnya pula, dipenuhi beg kertas, beg kertas dan beg kertas berisi saya-juga-tidak-ingat. Meja yang satu lagi, di atasnya hanya ada radio, di bawahnya alat tulis.

Dua meja kecil tanpa fungsi. Memang tiada, tetapi ia tetap di situ.

Bilik saya dipenuhi barangan seolah-olah ada dua manusia tinggal di sini, padahal hanya saya, Lalang (kucing saya), habuk dan bakteria.

Malah, barangan semasa di rumah sewa dahulu, memenuhi ruang di dalam bilik ini. Antaranya, papan seterika dan kipas duduk.

Ini merungsingkan.

Isnin dan Selasa, bilik ini akan dicat semula kerana dinding sudah sangat bercapuk.

Bilik saya akan dicat merah jambu. Eeeeyaaaahooo.

Persoalannya, bagaimana saya perlu ghaibkan segala benda itu?

Adakah perlu throw them into the dungeon? ... Tetapi rumah saya tiada bilik bawah tanah. Itu hanya meniru dialog filem lama.

Atau berikan kepada jiran sebelah, yang mungkin rumah mereka juga sudah sarat dengan perabot, namun tetap insist mahu beri sebagai hadiah maka mereka tidak dapat menolak?

Atau jual di Pasar Tani Shah Alam yang ala-ala garage sale itu?

Atau bagaimana?

Ini yang merunsingkan.

Okey, sudah ulang ayat 'merunsingkan' sebanyak dua kali. Memang merunsingkan! 

Sekarang saya perlu menyambung satu lagi kerja, dan mula melakukan kerja penulisan yang seterusnya. 

Dan mulai 15 Januari 2011 hingga selama nafas masih ada, segala senarai di atas akan berterusan. Tuhan, berikan aku kesihatan dan kesungguhan, dan rezeki melimpah-ruah, amin....

*pengsan bertubi-tubi secara rawak dan bangun menghadap laptop 
dan pengsan lagi*

Sekian.

Wassalam.

Yang benar,
Husna Adnan, 48 kg (perlu tulis ini, kerana ia akan bertahan beberapa jam sahaja.)

Awat?

6 comments:

Zera Ghazali said...

Alamak, sudah terlike! Hahaha (^_^)v

EEan said...

Panjangnye cerita pasal bilik.. hAha.
Kenape berat tak bertahan lame?? stress dan makan? Lol

Lagenda said...

salam alaik..
cadangan saya, kahwin. hahaha..insyaAllah berubah.

cadangan kedua, jual di pasar atau derma. bagi pada puan Ainon. mesti ramai orang asli di Janda Baik yang beliau kenal tuh..haha

Husna Adnan said...

Ombak Jahat,
Hahaha!
Terima kasih sudi like!
Tapi FB like tu salah cara la.. huhu.
Nak kena buat baru.

EEan,
Hahaha!
Saya memang biasa mengarut panjang-panjang. :))
Kenapa? Metabolisme saya rendah. :p

LP1,
Salam,
Ya, insya-Allah... doakanlah ya, hehe.
Terima kasih atas cadangan-cadangan. ^_________^

Shukri Mohd Ali said...

huru-hara sangat seronok! =)

Husna Adnan said...

Hehehe, suka pula ek awak dengan huru-hara. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...