Tuan Pengurus suruh kurangkan blogging, kurangkan FB, kurangkan blogwalking ~ dan banyak lagi... kerana tahun 2011 sarat dengan perancangan masa hadapan yang penuh kedewasaan.
Aku mendabik dada, bukan? Sudah ada Tuan Pengurus. HAHAHAHAHA! *berangan itu percuma - selalu dengar ungkapan ini di FB rakan-rakan.*
Namun saya ambil sedikit masa, mencoret entri pertama pada tahun baru ini, kerana tarikh hari ini amat gorgeous. Adalah tidak senang di hati, tidak aman di jari sekiranya tiada entri pada SATU JANUARI DUA RIBU SEBELAS (1.1.11).
Malah sudah siap dua bab editing sebentar tadi, maka perlu reward diri sendiri dengan memunculkan diri di sini. Lagipun esok cuti, jangan berkira sangat...
(Y_Y)
Baiklah. Hai, assalamulaikum kawan-kawan. Bagaimana 2011 setakat ini? (Macam dah bulan Jun je cara aku tanya kan.)
Hari ini, alhamdulillah, atas dasar sistem barter secara paksa yang direlakan oleh kedua-duanya, saya berjaya menghadiri walimah rakan PTS di Kelana Jaya, bertemankan emak saya yang cantik; dengan balasan, saya juga perlu menemaninya ke Sungai Buloh demi menghadiri satu lagi walimah.
Kak Shaza + En. Zain = suami isteri
Oleh kerana berjaya menghadiri dua walimah pada satu hari, dan perjalanan dari Kajang - Kelana Jaya - Sungai Buloh - Kajang yang meruntun masa dan tenaga, saya dilanda kekeyangan yang melahirkan perasaan penat tiada tolok bandingan, walaupun emak yang memandu.
Makanan lazat yang penuh kolesterol memang tidak dapat dipisahkan dengan kenduri kahwin orang kita. Namun saya tetap penggila nasi minyak, nasi beriyani dan nasi lemak. Ada aku kesah letak nasi lemak sebagai hidangan kenduri kahwin di situ? Ada orang buat kan? Ada tak??!!!
Walau bagaimanapun... atas azam demi mendapatkan badan langsing seperti Nasha Aziz, segala kepenatan itu kutepis ke tepi!!!
Lalu mengenakan baju bersesuai, memasang earphone ke telinga, membuka lagu-lagu penaik semangat, melilit tuala di leher.........
dan selepas 35 minit dan 25 saat.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya berjaya membakar 90 kalori (menurut mesin itu)... T____________T
SYABAS HUSNA ADNAN!!! Wooooot wooooooooot!!!
Rasa nak pitam paksa diri lari di atas threadmill selama 35 minit dan 25 saat. Akhirnya semua sudah berakhir, bagi hari ini. Syukurlah...............
Esok, lusa, tulat dan selama-lamanya perlu buat lagi, demi badan seperti Nasha Aziz dan kesihatan diri. Oh! Oh~ oh.... (T_T)v
Namun selepas melawat ke web ini, terus tak jadi pitam, tetapi seakan-akan hampir koma.
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Itu belum campur ayam masak merah, rendang daging, ayam goreng, dan pecal.
TIDAK!!!
4 comments:
salam.
selamat tahun baru.
selamat mencapai azam.
lalalala~
Salam,
Selamat tahun baru, Shukri!
Hahaha terima kasih!
Semoga semua azam awak juga tercapai.
HAHAHA tak dapat tahan untuk tidak memberi komen selepas melihat penguin tu.
*sambil membayangkan kak Husna sebegitu rupa
Oh ya,semoga impian untuk menjadi kurus tercapai.
\(^o^)/
Napeace,
Hahahahaha!
Boleh tukar muka penguin tu dengan muka saya.
Memang mendukacitakan sungguh!
Hahaha terima kasih ya!! (^o^)v
Post a Comment