Buat apa tu? Dah makan? Sihat tak? Aku kemain peramah macam tak ada kerja lain ek.
Tak ada apa pun nak tulis. Cuma nak beritahu, saya sibuk.
Bosan ke asyik baca ayat 'saya sibuk' tu?
Kau tak fikir aku pun bosan?
Kadang-kadang teringin nak tulis, 'Saya lapang. Tiada kerja. Semua sudah siap. Dan saya masih boleh makan Domino's sebagai sarapan, Subway sebagai makanan tengah hari, dan makan di Delicious Cafe sebagai makan malam, setiap hari. Malah baru sahaja beli Honda CR-V secara tunai. Oh ya, tadi beli beg LV, dan kasut Prada. Esok kalau bosan, nak pergi Paris. Sebelum maghrib, balik semula ke Malaysia, nak tengok Tiramisu. Tiga bulan lagi, kalau bosan, baru tanya editor, ada ataupun tidak job baru. Kalau tak ada job, bolehlah pergi China pula.'
Namun tidak mungkin saya mampu menulis semua di atas. Pertama, makan makanan segera adalah tidak bagus untuk kesihatan. Kedua, mahu tulis gaya mewah pun tak reti sebab memang tidak menjalani kehidupan manusia mewah. Ketiga, membazir itu amalan syaitan. Keempat, saya tidak tengok pun cerita Tiramisu itu. Gandingan pelakon wanita dan lelaki yang kurang comel di mataku. Kepada peminat cerita Tiramisu, tak perlu nak putus kawan. Kelima, gaji freelancing tidak akan semantap di atas kalau duit dah habis pergi Korea.
Bulan Februari diisytiharkan sebagai bulan tanpa freelance job, kerana mahu siapkan tugas penulisan. Terpaksa tolak banyak manuskrip best demi tugasan ini. Oh... BERUSAHALAH HUSNA ADNAN!!! Harap emak tidak kisah bekalan mi segera akan lebih cepat surut daripada biasa. Mampuih bai! Sebulan tak ada payment. Masa hadapan punya pasal.
Mulai hari ini, esok, lusa, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, dan Ahad hadapan adalah hari menjelajah. Minyak kereta akan kerap diisi, kesesatan akan kerap berlaku. Banyak daerah dan negeri bakal diterjah. Terjah negeri itu tidak jadi masalah sebab minyak dan tol adalah duit emak. Namun, kerja yang perlu disiapkan, PERLU DISIAPKAN!!!
Maka, blog ini akan dibiarkan bersawang. Namun jangan bimbang. Saya akan kembali. Bak tajuk lagu Korea di bawah ini.
I'll Be Back!
Pembaca: Kami tak bimbang pun. Pergi sajalah. Bising saja. (-_________-')
5 comments:
First!!!
second!!! =D
Tugas penulisan? Dah tulis novel ke? Cuti CNY pun sibuk juga?
i'll be back...
(sambil menghala ibu jari ke langit)
berus...sahalah Husna Adnan.
Husna jjang! :)
sabo je la, jauh nak digapai, tapi tak mustahil..hehehhe
En. Ismail,
Tidak perlulah begitu...
T_____________T
Blog picisan seperti saya, tiada siapa pun yang mahu berebut tulis komen... huhuhu.
Namun terima kasih ya kerana sudi tulis komen yang pertama.
Jasamu kukenang, hahaha!
Ombak Jahat,
Huhuhu... T_____________T
Terima kasih kerana sudi menjadi pemberi komen yang kedua...
Ya, tugas penulisan...
Entah, tak tahu mahu kategorikan sebagai apa buat masa ini... huhu.
Ya, cuti-cuti pun sibuk.
Sibuk berjalan, dah balik, sibuk bekerja semula. T_T
Cik Famia,
Yeah!! (walaupun tak tahu apa motif mereka buat begitu, haha!)
Baik!!! Saya akan berus!!!Aha!!
Hehe, terima kasih ya!
Cik Vee!!
Wah, dikau sudah menulis komen di sini!
Terima kasih ya sahabat, hehe.
Ya, tak mustahil... kena kerja keras!
Post a Comment