Dengan ini...
Impianku Yang Pertama:
SUDAH TERCAPAI!!!
Wuuuuuuhuuuuuuuuuuuu!!!
BANGI OUTLET (Opening Soon) <--- ALREADY OPEN LA MACHA
Sesungguhnya, walaupun saya tidak mencari, Allah tetap menemukan kami.
Dan komen saya berkenaan Tutti Frutti Frozen Yogurt adalah:
SANGAT SEDAP!!!
T____________________T
(tangisan merah jambu bermaksud tangisan gembira)
Seriuslah sangat sedap. Saya terus terkedu selepas suapan pertama. Tak tahu nak cakap apa, memang sedap sangatlah. Kalau boleh, sambil makan, sambil memandu, sambil menangis berderu-deru. Tapi sebab takut nanti air mata jatuh ke dalam bekas comel berwarna oren yang diletakkan di atas pangkuan, simpan sahaja air mataku itu. Lagipun tak perlu dramatik sangat.
Detik Pertemuan:
Al-kisahnya, terjumpa semasa keluar dari simpang Seksyen 6 Bangi, selepas melawati beberapa butik Muslimah. Ecewah. Kemudian mahu ke sebuah lagi butik yang banner dia tersangatlah bapak besar!!! Semasa keluar dari simpang itulah, mata bertentang kedai impianku itu!!! Warrgggghhhh!!! Terus belok ke kiri, walhal kiri tidak ada simpang. T_T_T_T Kena jalan terus dulu baru ada simpang ke kiri. GELOJOH!!!
Masuk-masuk, tarik nafas dulu, sebab bukan main ramai orang ya, Nab. Malah mereka kelihatan begitu biasa dengan prosedur Tutti Frutti. Wajah saya terus bertukar menjadi wajah yang penuh keyakinan, SEOLAH-OLAH ITU KALI KE-1000 AKU BELI TUTTI FRUTTI!!! Hahaha! Muka nak tenang, beratur macam tahu apa nak kena buat, walhal mata dan telinga begitu fokus melihat gerak-geri orang di hadapan. T____________T
Ambil bekas paling kecil, yakni yang berwarna oren itu (itupun dah kira besar). Ikutkan hati, nak ambil yang paling besar, terus rendam diri sendiri di dalam itu bersama Tutti Frutti seolah-olah kami rakan sebilik, namun, kita perlu rasional dalam hal sebegini.
Bekas oren sudah di tangan. Namun masih beratur, kerana orang di hadapan kelihatan tidak tenteram. Kejap ke depan, kejap ke belakang, kerana semua perisa dia mahu cuba. Masa ini, wajah cool ala anak orang kaya muncul. Senyum sahaja, dengan reaksi, 'It's okay, take your time dear', walhal sebenarnya, 'Tolonglah... tolonglah kakak di hadapan... jangan sampai saya sendiri yang isi apa-apa perisa di dalam bekas akak dan hantar akak balik!'
Semasa kakak-kakak cergas di hadapan masih sibuk memilih, akhirnya ruang perisa pertama sudah ditinggalkan, yakni perisa original Tutti Frutti. Waktu ini, sempat jeling orang sebelah, macam mana kaedahnya nak keluarkan yogurt bertuah itu. Selepas dah jeling, oh, macam itu sahaja rupa-rupanya. Beres!!! Penuh setengah bekas.
Berganjak ke hadapan, sebab kakak di hadapan kembali ke belakang, mungkin mahu perisa Tutti Frutti juga. Kakak itu sangat riang dan cergas! Aku pun beria tulis dia itu kakak, kakak. Entah-entah budak UKM ke apa ke kan. Okey, teruskan penceritaan. Oleh kerana stesen perisa lain masih sibuk, saya terus memasukkan perisa nanas, dan terus ke kaunter pembayaran.
Di kaunter pembayaran, terdapat pelbagai topping beraneka warna. Rambang mata okey. Rambang mata. Akhirnya kaut strawberi, gummy bear dan jeli bentuk bintang. Pelanggan di hadapan, ada lebih kurang empat orang, masih belum berganjak. Lama betul abang cashier itu kira. Akhirnya tibalah giliranku.
RM16.15.
Muka masih tenang. Kali ini memang tenang tak tipu punya, sebab sudah bersedia mental dan fizikal (?) berkenaan harga Tutti Fruitti. Makin berat, makin mahal sebab dia ikut timbang gitu.
Tetapi... alamak! Tidak ada 10 sen pula! Cuma ada 5 sen. Kira okeylah.
Saya pun hulur dua not RM10, dan syiling 5 sen tersebut.
Maka cashier itu memandang saya dengan wajah berkerut dan serba salah.
Saya pun dah cuaklah kan!! T____________T Apa? Apa sudah berlaku? Adakah salah pandang? Adakah RM160.15? *risau risau risau*
"Ermm... ada 10 sen tak?" ujar cashier itu.
"Tak ada, saya ada 5 sen itu saja," ujar diriku pula.
"Tapi ini 15 sen," katanya sambil memandang mesin kira. Muka dia serba salah.
"Ya, saya dah beri 20 ringgit dan 5 sen tadi." Muka saya serba pelik.
"Emmm.... tak apalah. Lagi 10 sen saya bayarkan."
Dan wajah saya. (-____________-')
'Apakah ini? Kenapa nak bayarkan lagi 10 sen? Pulangkan sahajalah RM3.90.'
Namun cashier itu tetap pulangkan 4 ringgit. Dia belanja 10 sen.
Tadi terfikir, adakah dia cemas hingga tidak dapat mengira dengan betul? Adakah dia lemah matematik?
Tetapi saya terus juga terfikir, adakah tadi hari pertama mereka beroperasi, maka tiada duit pecah? Dan itu menceritakan mengapa kakak-kakak di hadapan tadi begitu cergas dan ligat di dalam kedai, sepertimana ligatnya degupan jantung saya? ADAKAH TAKDIR SAYA SEBEGITU MANIS HINGGA SAYA MENJUMPAI TUTTI FRUTTI SEMASA HARI PERTAMA IA BEROPERASI DI BANGI???
Apa pun, saya sudah dibelanja. Diam-diam sudah. Bising ek aku. Hahahaha!
Gabungan perisa yang saya ambil tadi memang sedap! Kalau ada rezeki, mahu rasa perisa lain pula. Masa itu, pasti tidak kekok lagi. Pasti boleh berwajah yakin secara jujur. Pasti kelihatan lebih bergaya!!!
Harap kita akan berjumpa lagi... ^___________^
P/S: Maaf ek entri panjang lebar. Teruja beb!! Hahaha!
8 comments:
sangat terliur.... T______T
ehem, 'budak' ukm ya? hehe...saya pun 'budak' ukm juga =P
Saya sampai tak buang bekas tu. Basuh dan sedang keringkan, supaya ingat kenangan antara kami. Hahaha!
Yaaaaaa... hai 'budak' UKM. Saya budak UiTM dulu. Kikikiki. :P
Akhirnya...~
Baiklah, nanti tunggu giliran saya pula mendapatkannya. Teruja... teruja.
wah nampak sungguh lazat. saya mahu mencuba juga. lepas ni tempat kerja baru akan berhampiran sana.bolehlah merasa apa itu tutti fruit(macam minyak tutti motor pula bunyinya)
hai salam kenal :)
saya pun peminat setia tuti frutti. nyum-nyum!
makan sekali mesti nak lagi, nak lagi!
Hahaha entry ini sangat kelakar ! Sangat terperinci & rasa macam ikut sekali pergi beli Tutti Fruti tu.
Oh ya, tahniah kerana impian sudah tercapai. :p
Cik Famia,
Ya... akhirnya... wuhu...
Ambil gambar ya nanti!!
Tuan Hanif,
Hahahaha! Itu 2T... haha.
Nanti cubalah. ;D
IDAZS,
Hai, salam kenal!
Wah!! Kita sama!!
Ya... addictive sangat!
Napeace,
Hahaha! Saya kalau bercerita, nak terperinci habis. Hehehe.
Terima kasih ya!!
Ini soalan serius. Bila mahu belanja Aqif Azizan Tutti Fruti?
He he. Nampak sedap banget! ^__^
Post a Comment