Assalamualaikum... hai kawan-kawan!
Alhamdulillah, beberapa minit sebelum saya pulang ke kampung Rabu lepas, saya berjaya menghantar satu job editing kepada editor. Woohoo!!! ^______^ Sangat gigih siapkan, sebab sepanjang minggu lepas, saya dilanda lautan sibuk yang bergelora, ewah!
Maka berakhirlah job sebelum masuknya bulan Mac. Ini pun bulan Mac sudah ada dua job menunggu. Alhamdulillah... murah rezeki. Terima kasih kepada rakan editor yang memberikan kepercayaan... auwww. :">
Berikut adalah pelan perjalanan sepanjang 27 Jan hingga 4 Feb 2011:
Bukit Jalil - Gombak - Bangi - Kajang - Puchong - Bangi - Kajang - Putrajaya - Bangi - Kajang - Banting - Subang Jaya - Kajang - Shah Alam - Kelana Jaya - Kajang - Batu Pahat - Kota Tinggi - Desaru - Semenchu - Kajang.
Gila tak gila?!!! =O
Sangat ke hulu ke hilir, tetapi bukan berjalan-jalan makan angin ye. Ini dinamakan misi menjadi dewasa dan misi mengeratkan ukhuwah sesama kita. Gitu kan...
Walaupun agak penat, namun... SAYA SANGAT GEMBIRA!!! ^_____________^
"Yeahuuuuuu!!!"
Gembira macam patung beruang ini. Walaupun kakinya digigit hebat oleh Lalang, namun dia tetap tersenyum riang. (Wah, it's rhyme! Lalang... tersenyum riang. Nice~) Patung beruang ini pemberian PTS One semasa saya berhenti, dan Lalang paling suka gigit dia. Oh, mungkin kerana tiada patung lain, sebab patung lain sudah saya berikan kepada anak saudara di kampung. Perlu sangat cerita ini kan. T,T
Saya dan emak, pulang ke kampung demi menghadiri walimah sepupu saya, Yana di Kota Tinggi. Tetapi sebelum ke Kota Tinggi, kami bermalam di rumah mak cik di Batu Pahat, sebab kami akan berkonvoi ke sana dengan tiga buah kereta (mak cik dan pak cik, saya dan emak, serta kakak kedua dan abang ipar yang sampai jam 3 pagi).
Saya dan Yana sebaya, dan kebetulan, semasa diploma di UiTM Arau dulu, rumah kami bersebelahan. Hostel kami semasa semester satu bukan macam asrama, tetapi ala kuarters. =D
Inilah Yana, sepupu saya. Dulu semasa belajar, dia memang kurus. Kini semakin kurus pula. Mungkin sibuk bekerja. Saya pun sibuk bekerja, namun saya kian......... eh, cuba tengok di sana!!! .............. (-_______-')
Gambar di atas terpaksa saya edit bersungguh-sungguh sebab gambar gelap, malah saya juga berpakaian ala kadar. Hahaha! Jubah abaya ini memang saya selalu gantung di almari, dan akan saya sarung sahaja apabila ada kecemasan. Memang cemas waktu kemas beg balik kampung, sebab lagi 15 minit nak pukul 4 petang, saya masih belum mandi dan masih belum berkemas untuk tiga hari kerana sibuk siapkan editing!!! Emak saya pula seorang yang menepati masa, dia kata kalau pukul 4 saya belum siap, dia akan tinggalkan saya. T___________T Kejam, bukan?
Oh jubah abaya dan tudung awning, anda penyelamat!!!
Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tetapi macam agak bosan pula tulis entri yang tiada manfaat kepada masyarakat. Insya-Allah, entri selepas ini, saya mahu kongsikan bersama kalian berkenaan Dunia Buku, memandangkan itu adalah pilihan jawapan yang paling tinggi, yang diklik oleh puluhan pengundi. Terima kasih ya kepada semua yang sudi mengundi! Ayat nak macam selebriti ni, nak kena rotan ke?
Okeylah, jumpa lagi kamu, kamu dan kamu!
Sebelum berpisah....
Terima kasih si buah hati...
^________________^
~ la la la~
P/S: Kepada Encik Stalker, nampaknya... anda mencabar saya ya? Sudah remove saya dari FB, stalk blog saya pula. Friendster saya pun jadi mangsa. Peliknya ada manusia macam ini...
4 comments:
First!! hahaha... ^^v peacee~
Si Lalang tu tak habis2 dgn kecomelan dia. Huh! (ayat dengki tiba-tiba hahaha)
ko bila plak nk kawen sna? da lama sediakn 1 tangki kosong dlm perot ni utk majlis ko..hahaha
Tahniah Husna...Shila sudah 'terjumpa' sesuatu di facebooknya hehehe ada kaitannya dengan anda dan dia. Emm...tak sangka dalam diam ek. Hahahaha...anyway tahniah
Ombak Jahat,
Hahahaha!
Janganlah 1st itu!!!
Blog seperti ini tidak perlu rebut!!
Kah kah kah.
Lalang makin nakal. Suka cakar dan gigit. T_T
Rafi,
Amboooooooi.
Lama betul awak kosongkan ek.
Hahaha. Bertabahlah... :))
Resmanshah,
Hehe, dia ada mesej saya.
Malah dia bukan orang pertama yang mesej.
Terima kasih, terima kasih. :p
Kalian pun tahniah ya.
Abang Alif yang beritahu hari tu, hehehe.
Post a Comment