26 September 2011

Ceritera Raya



Assalamualaikum, hai semua!


Hari ini 26 September 2011, bersamaan 27 Syawal 1432 Hijrah.

Menurut Kamus Orang Melayu, sekarang ini masih lagi bulan raya.


Jadi... kali ini saya mahu bongkar kod rahsia segala gambar beraya kami sejak 6 September hingga 24 September baru-baru ini. 'Segala' di atas ada bayangan kononnya kami pergi beraya sebanyak 10 hingga 1000 rumah rakan-rakan, bukan? ^____^

Sila hampa kerana tidak begitu pun.... Perlu ke nak hampa? T_T

Saya yang perlu hampa sebab tidak dapat hadiri banyak undangan rumah terbuka rerakan memandangkan kini bermastautin di JB. Kami ke KL pun semuanya atas urusan kerja, jadi tidak sempat mahu berhuha-huha kerana perlu bergegas ke JB semula. 

Inilah contoh orang kaya zaman sekarang. 

Bukan, bukan saya orang kaya. Tetapi syarikat minyak dan kerajaan kerana segala macam tol yang perlu dihadapi. Best tak meluahkan isi hati begini? Semoga kerajaan memberikan kami pujian dan cek bernilai RM100,000,000 kerana saya kata mereka kaya.

Daripada merepek, baik saya teruskan dengan cerita sebenar.


6 September 2011
(Cikpuan Azzah dan Kak Izanor)

Sangat teruja tau... sebab dua penulis terkemuka ini sudi bertandang ke Kajang demi beraya ke rumah keluarga kami. :') Oh~ umpama mimpi dalam mimpi. Hei, berani ek ada yang kata tidak kenal. Baiklah. Mari saya perkenalkan karya mereka dengan bantuan gambar dari Google dan page Cikpuan Azzah. 


Ini buku terkini daripada Cikpuan Azzah atau nama penanya, Izzat AR. Comel sangat kaver buku ini, kan? Buku ini belum terbit, jadi kena bersabar dulu ya. Ini page Cikpuan Azzah sekiranya mahu lihat karya-karya yang lain. Sudah banyak karya tau! =D

Ini pula buku tulisan Kak Izanor bersama Kak Ain Maisarah, yang diuruskan oleh saya semasa di PTS One dahulu. (^_^)v


Ini pula gambar muka teruja saya apabila diapit oleh mereka berdua... 
(=^____^=)

Cikpuan Azzah, Husna Adnan yang over excited, Kak Izanor.

Kami cuma dapat hidangkan sate dan air punch ala kadar kepada mereka kerana terlalu gelabah. Inilah pertama kali orang datang beraya ke rumah, saat ibuku di pejabat. Wahahaha! Nasib baik mereka pun sudah kenyang. :">

Kak Izanor sempat beli Misi 10A! Peeewit!

Sebelum pulang, kami bergambar, bergambar dan bergambar (yakni gambar di atas tadi). Kemudian Waida yang kurang sihat datang kerana mahu kirimkan barang kepada Cikpuan Azzah. Kemudian kami bersalaman dan melambai mereka semua pulang. Siapa Waida? Dia antara penulis buku ini bersama Cikpuan Azzah juga. =D


Terima kasih Cikpuan Azzah dan Kak Izanor! 
^___________^


24 September 2011

Ha... yang ini tidak perlu lagi diperkenalkan sebab sudah cukup terkenal. Sebenarnya, masa awal-awal Aman ajak ke rumah dia, kami sepatutnya berada di JB, jadi kami tidak dapat datang. Tetapi atas urusan kerja secara mengejut, kami berada di Kajang pula pada tarikh ini. Jadi sebelum bergerak balik ke JB, kami pun ambil masa singgah ke rumahnya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Ayah Aman, Ibu Aman, Kawan Aman, Kawan Aman, Aman Wan.
Gambar diambil oleh: Abang Aman

Keluarga Aman sangat peramah, macam Aman jugalah. Masa Encik Suami berborak dengan Aman, saya berborak dengan Ayah Aman, sementara Ibu Aman berada di dapur. Encik Suami kata, kami berborak macam kawan rapat yang lama tak jumpa. Haha! Gitewww. Punyalah peramah Ayah Aman hingga diri sendiri terus hilang segan-silu lantas berbual seperti rakan sebaya.

Ibu Aman pun sporting habis! Semua makanan yang terhidang di atas meja adalah air tangan Ibu Aman sendiri. Nasi lemak dan popia goreng sedap yalls! Air sirap limau... fuhhh! Gambar hidangan tiada, jadi mohon bayangkan sendiri.

Dalam video ini ada Ibu Aman yang cool! ^_______^

Terima kasih kepada Aman dan keluarga kerana melayan kami dengan baik walaupun kami datang sedikit terawal. Semoga Aman dan keluarga terus sukses dan happily ever after.

* * *

Okey, itu sahaja. 

Hahaha! Kemain kan tadi tulis 'sejak 6 September hingga 24 September', walhal memang ini dua sahaja. Kahkah! Tabahlah, Nab. Orang sibuk memang macam ini... :')

Baiklah, jumpa lagi!




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

23 September 2011

Malam... yang sepi pi pi....



Pernah tak kalian dengar cerita-cerita seram di asrama? Hantu pakai telekung, hantu bilik air, hantu bawah katil, segala macam hantu yang dikatakan wujud di atas muka bumi ini? 


Tak, tak. Pengundi hantu tidak dikira walaupun itu juga aneh.

Saya pernah dengar pelbagai cerita hantu yang diceritakan oleh kawan-kawan sejak zaman sekolah. Biasalah, budak asrama memang kasihan. Dari hantu budak, hinggalah ke taraf moyang. Kelas sangat ada umur macam kita hantu-hantu ini.


Saya pun pernah seperti 'dikacau'. Bunyi orang berlari di dapur sewaktu Encik Suami dan Afiq berada di tingkat atas, bunyi jiran sebelah main guli padahal dia tidak pernah ada guli pun, bunyi tingkap di hostel bergegar walhal tiada gempa bumi, bunyi jiran atas alihkan perabot tengah-tengah malam buta, bunyi jiran atas tumbuk lesung batu waktu orang lain sedang nyenyak tidur hingga rasa nak tumbuk jiran atas, dan macam-macam lagi. Meremang juga bulu kening, namun alhamdulillah... tidak pernah tengok dengan mata sendiri.


Ada juga cerita kawan-kawan yang pernah 'kena hempap'. Tahu apa itu 'kena hempap'? Macam waktu kita tidur, rasa dada sesak, nak bersuara tidak boleh, nak gerak pun tidak boleh. Rasa macam ada yang hempap kita. Ha... gitu dia punya penangan.


Cuba bayangkan keadaan roti paling bawah.
Itulah maksud kena hempap dalam dunia makanan.


Hendak dijadikan cerita... malam kelmarin, saya buat pertama kalinya, rasa dihempap waktu tidur. Tetapi bukan sebab hantu ke apa... sebab saya mimpi ada dua makhluk berwajah hodoh macam ala-ala syaitan gitu dan bergigi taring, terjerit-jerit di muka saya. Serius tidak boleh terima. Dekat sangat mereka melalak bukan-bukan dalam tidur saya nan indah itu.


Saya kan, kalau mimpi yang bukan-bukan, saya selalu kuatkan diri supaya bangun. Buatlah apa pun, asalkan fizikal dapat bangun daripada tidur. Hebat, tak? :')


Jadi... saya pun cuba mengucap. Cubaan pertama, gagal... sebab makhluk sebelah kanan hempap saya kuat-kuat. Baru mengucap separuh jalan, tersentak dan terkedu tengok makhluk sebelah kiri bukan main galak buka mulut nak tunjuk gigi taring dia. T_T


Kali kedua, saya kuatkan diri. Tidak peduli apa makhluk-makhluk itu hendak buat, saya terus mengucap dua kalimah syahadah dengan kuat, hinggalah saya terjaga.


T______________T Wowowo... 
Rasa lega sebab ianya memang mimpi seperti yang diharapkan.


Terus saya kejut Encik Suami yang nyenyak di sebelah. "Yang... yang... tadi mimpi kena hempap. T_T Takut sangat, sampai susah nak bernafas."


Kemudian Encik Suami yang prihatin, terus tidur rapat-rapat dengan saya yang ketakutan. Dan malam berlalu dengan tenang sahaja selepas itu....


Takut sangat, tau... rasa macam tidak mahu hadapi lagi. Walaupun ianya mimpi, tetapi agak ngeri. Hinggakan waktu memandu ke KL semalam, saya masih tidak dapat lupa. Jadi saya pun cerita lagi kepada Encik Suami berkenaan mimpi malam itu. 


Cerita punya cerita punya cerita, kami pun tukar topik lain....


Tiba-tiba Encik Suami bersuara, "Ayang nak tahu? Sebenarnya malam itu...."


Saya yang di sebelah, sudah gelabah. Adakah dia juga mimpi yang sama?! Adakah sebenarnya memang ada makhluk ghaib hempap saya dan dia tidak dapat berbuat apa-apa?


"Saya ada terjaga masa tidur, saya tengok belakang badan saya ada awak. Haha! Jadi saya pun alihkan badan. Tiba-tiba awak kejut kata mimpi kena hempap. Itulah... siapa suruh kecil sangat. Hahaha!"



Saya di sebelah....


.
.
.
.

Speechless.

Itulah yang badan saya mahu sampaikan kepada saya sebenarnya... hingga dia bekerjasama dengan mimpi bagi memberitahu betapa terseksanya dia.... 

:')

Sekian.



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

22 September 2011

Kamon, bebeh!




...


(Tiba-tiba feeling lagu 'Love You Like A Love Song' nyanyian Selena Gomez yang comel itu.)
(Tiba-tiba feeling cintan-cintun selepas berdiskusi bersama Encik Suami.)
(Tiba-tiba feeling rempit sebab guna 'cintan-cintun'. T_T)


Esok kami akan gunakan 'strength' dan 'courage' yang kami ada,
demi masa hadapan yang gemilang! (Insya-Allah....)


BERUSAHALAH HUSNAZRY!!!
Hiargh! \(^o^)/



Papai!




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

13 September 2011

Entri Imbas Kembali

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!


Kali ini entri menjawab pertanyaan daripada peminat. Ya, ayat pertama bagi perenggan ini adalah berbohong. Saya bukan Lisa Surihani pun, kan? Kalau saya tiba-tiba celik mata, terus terkejut melihat wajah sendiri pada cermin sebab sudah jadi Lisa Surihani, bolehlah teruskan ayat tadi tanpa bersifat pembohongan. 

Tapi... kalau jadi Lisa Surihani, kena kahwin dengan Yusri KRU pada tahun 2012. Saya masih cintakan Nazry KU. (Hahaha terus pitam baca ayat sendiri. Kamu semua bertabahlah.)

Baik, baik. Sebenarnya pertanyaan ini diajukan oleh seorang gadis yang manis dan sopan santun, malah berbudi bahasa orangnya. Ya, gadis yang dimaksudkan bukanlah diri saya sendiri, kerana adalah pelik sekiranya saya menjawab pertanyaan sendiri dengan membuat entri di blog sendiri. 


Gadis yang dimaksudkan adalah Nurul Izati Zainal Abidin, pemilik blog yang sedang ditutup ini (harap ditutup sementara, huhu).

Pertama kali jumpa Izati di PBAKL 2011.
Comel tak dia? (^^,)

Ini soalan yang diajukan Izati di mesej FB saya:

"Macam mana akak boleh terfikir nak ambil kos mass comm aek?" 


Ayuhlah kita imbas kembali beberapa tahun lalu, semasa saya berumur 18 tahun. Bling bling bling.... *bunyi mengimbas kembali*

Sebenarnya, terus terang, sewaktu saya mengisi borang UPU, saya tidak tahu apa itu Komunikasi Massa (nama Melayu bagi MassComm pada borang UPU itu). Memang tidak pernah terfikir. Hehehe. Jadi sebenarnya, ini sahaja jawapan yang dapat saya berikan kepada Izati, sebab saya pilih lebih kepada terasa. Rasa mahu ambil. Tidak pernah terfikir.

Ceritanya begini.

Kepada yang pernah isi borang UPU, pasti ingat yang kita perlu tulis lapan pilihan mengikut turutan yang lebih menawan hati, hinggalah yang paling menawar hati. Oleh sebab terlalu banyak yang menawarkan hati berbanding yang menawan, saya dengan selamba, hanya mengisi empat pilihan. Hahaha! Yalah, keputusan SPM pun tidak berapa bergemerlapan, jadi hati pun rela isi empat sahaja.

Apa empat pilihan yang saya isi?

Yang saya ingat, saya isi Komunikasi Massa yang pertama dan rekaan kasut yang keempat. Yang lain, saya tidak pasti. Tetapi memang agak cacamarba, sebab waktu ini isi suka-suka. Lebih kepada, mahu letak jurusan yang tiada kaitan dengan matematik dan sains. Cari jurusan yang hanya perlukan keputusan BM, BI dan... ya, itu sahaja. Bukan memang mahu masuk universiti pun, sebab abah mahu saya sambung STPM. 

Maka ke tingkatan 6 lah saya... beli baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beli buku-buku teks baru, bayar yuran sekolah, berkawan-kawan serba sedikit dengan rakan sekelas, melihat beberapa rakan sekelas berhenti sekolah kerana masuk universiti... melambai mereka pergi dengan rasa sedih walhal tidak berapa kenal pun....

... hinggalah pada satu hari, saya terima surat daripada UiTM, yang mengatakan saya diterima menjadi pelajar Komunikasi Massa. Perlu mendaftar pada sekian-sekian tarikh, di... Arau. Wah!!! (@______@) Saya diterima pula! Bagaimana?? Padahal hari itu lebih kepada main-main, bergurau senda dengan borang UPU. 

HALAMAK!

Waktu itu saya terus kelam-kabut. Beritahu kakak, yang saya dapat UiTM. Tetapi saya kelam-kabut bukan sebab masuk UiTM, tetapi sebab Arau. Saya rasa cemas sebab saya sangka Arau itu di Sarawak. 

Best sangat aku ini. Sangat lemah geografi sampai jadi gelabah. Gelabah sebab perlu rentas lautan demi menuntut ilmu. Serius gelabah, bai. T____T 

Tapi kemudian apabila kakak kata Arau itu di Perlis, masih juga gelabah. Saya tidak pernah ke Perlis. Saya tidak pernah ke mana-mana pun selain Selangor. Memang budak kampung sejati. Kampung Sungai Sekamat.

Lebih best, saya bayangkan Perlis itu terapung, sebab Perlis kan Indera Kayangan. Kayangan... sudahlah saya ini gayat orangnya. :') Patutlah SPM kurang memberangsangkan.

Mahu beralih ke UiTM sedangkan sudah masuk tingkatan 6, bukan mudah. Banyak pancaroba yang perlu saya hadapi demi melangkah ke alam berdikari, hidup jauh dari keluarga. Namun saya kira, ia pengalaman berharga yang saya dapat sepanjang menghirup udara Tuhan. 

Ehem.

Sekiranya mahu diikutkan, saya sebenarnya memang mahu jadi editor sejak sekolah lagi. Sebab emak saya seorang editor. Hari-hari saya tengok dia bawa balik kerja ke rumah. Rasa seronok pula lihat dia cantas perkataan yang silap dieja dengan pen merah. Sangat bergaya.

Tup-tup, Komunikasi Massa memang jurusan yang tepat sekiranya saya mahu jadi editor. Itu pun saya perasan agak lewat. Entah minggu keberapa.


Setahun sahaja saya di Arau, sebab diploma MassComm dipindahkan ke Puncak Perdana selepas itu. Sekarang, diploma MassComm di Melaka pula. Ini kursus pindah-randah namanya.

Cut the story short (wah... cakap omputeh yuolls....), keputusan saya bagi menyambung pelajaran di UiTM dan menjadi pelajar MassComm, adalah antara keputusan yang saya gembira memutuskannya. Memang ada baik buruk, namun kita ambil yang jernih. Yang keruh, terus buang dengan pengeruhnya sekali. Wahaha! Don't look back, sebab kaki kita pun melangkah ke hadapan. Begitu juga dengan masa. Rugi sekiranya asyik melihat ke belakang, dan berkata, "Kalaulah... kalaulah... kalaulah...."


Kerana MassComm, saya sedikit berani untuk berbual dengan orang. Saya ini sangat rendah keyakinan diri, jadi saya sangat malu dan segan apabila berhadapan dengan manusia lain. Dengan kucing sahaja saya berani. Kucing tidak hakimi diri saya yang serba kekurangan. Sebab itu saya suka kucing. Dan arnab juga. Panda pun saya suka.

Kerana MassComm, saya bertemu dengan ramai manusia yang bergelar sahabat. Saya sangat sayang semua rakan serumah saya sejak diploma hingga ijazah. Memang sangat sayang. Semua sangat kepoh dan bermulut laharun, namun hingga kini masih berkawan. Kawan sekelas pun bagus belaka. Yang tidak bagus, abaikan sahaja. :p

Kerana MassComm, saya belajar pelbagai perisian yang menarik. Adobe InDesign, Adobe Photoshop, Adobe Ilustrator, Sony Vegas, dan macam-macam lagi. 

Kerana MassComm juga, saya memasuki bidang penerbitan dan bekerja sebagai editor. Bertemu jodoh dengan PTS One, dan hingga kini masih berkhidmat dengan PTS One walaupun secara maya, dan sebuah lagi syarikat yang baru melamar saya pada bulan Ramadan yang lalu. Juga bagi menjawat jawatan editor. Alhamdulillah....

Kerana MassComm, saya menjadi siapa saya pada hari ini. Dan saya berjumpa kamu dan kamu, yang saya jadikan inspirasi setiap hari.


Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan yang membantu, dan para pensyarah yang berusaha keras mendidik saya sepanjang lima tahun di UiTM. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. 

Eh memang selalu macam ini kan? Tiba-tiba jadi syahdu dan meletakkan ucapan ala-ala menang anugerah secara bertubi-tubi. :"> Auwww sudah malu kini....

Oh ya, terlupa pula. Majoring degree MassComm ada lima, pada zaman saya di UiTM Shah Alam dahulu. Penyiaran (Broadcasting), Kewartawanan (Journalism), Penerbitan (Publishing), Perhubungan Awam (Public Relation) dan Pengiklanan (Advertising). Sekarang rasanya ada lagi. Maklumlah, sudah lama meninggalkan zaman U. Kedut pun sudah bertambah. :')

Dan... bagi sesiapa yang mahu menjadi editor di PTS, tidak perlu lulusan MassComm pun. Apa-apa jurusan pun boleh, asalkan ada minat dan kelayakan lain. Ada saja editor di PTS dari lulusan Perhutanan. Tidak percaya? Percayalah, kerana ia adalah benar... hehe.

Okeylah, itu sahaja buat kali ini. Jumpa lagi! ^________^


Kredit gambar: Google

Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

09 September 2011

::: Transformasi : Salju Ungu :::



Gadis comel molek pekerti,
Cantik wajah idaman kalbu,
Datang membawa hajat dihati,
Diberinya busana putih bak salju.


Bertanya apa hajatnya tuan hamba,
Persalinan putih yang dibawa,
Untuk majlis pertunangan yang bakal tiba,
Mahu diubah sedikit warnanya.


"Terlalu putih" adu si comel yang sopan,
Mahu ditambah ungu yang bersesuaian,
Matanya bulat comel nampak kasihan,
Baiklah hajat itu hamba turutkan.


Busana putih bertukar tangan,
Manik putih telah sedia disulamkan,
Dicari dikaji warna ungu pilihan,
Untuk diubah warna bak kata si comel menawan.


Butir-butir manik ungu warnanya,
Rekaan disusun disulam, dijahit pada busana,
Dicelah-celah corak yang sedia ada,
Hati runsing jika si comel tidak suka.


Berbekalkan masa yang telah dibekalkan,
Hati gigih untuk menyiapkan,
Demi majlis pertunangan yang dikhabarkan,
Walau jadual padat bukan main kan.


Masa berlari pantas tak terkejar,
Menyiapkan persalinan putih yang diungukan,
Hati risau runsing dan gusar,
Di benak hati "sempatkah disiapkan?"


Bunga ungu di dalam salju,
Kembang mekar indah berseri,
Pagi pertunangan diserahkan baju,
Selamat disiapkan di pagi hari.
 

Kisah ini kisah tahun sudah,
Maaf baru sekarang gambarnya dipersembahkan,
Si manis telah selamat bertunang dan bernikah,
Selamat pengantin baru, Puan Husna Adnan. :)


* * * Garapan ayat dan gambar oleh: Art by Azah Azrina * * *


Wah, terima kasih Kak Azah yang baik budi malah cantik berseri kerana mengarang puisi indah ini bersama gambar-gambar baju yang siap dijahit manik. Sangat nostalgia.... :')

Masih ingat entri ini?



Jalan cerita puisi itu adalah kisah benar, cuma harap para pembaca blog ini tidak pitam membaca bahagian 'molek', 'comel', 'manis', dan yang sewaktu dengannya itu. Hahaha! Kak Azah yang tulis begitu, saya tidak cakap. Haaa.... Ololo manisnya ayat merendah diri ini. Comel sangat. Terasa bagai mahu melempang diri sendiri. ^__^'

Sekali lagi, kepada Kak Azah: Terima kasih atas budi yang dicurahkan... saya hanya dapat doakan semoga perjalanan hidup akak dipermudahkan dan kerjaya akak semakin mencambah maju. Hanya Allah dapat membalas segala usaha dan masa yang dicurahkan demi menyiapkan baju tunang saya dulu. :')

Oleh itu, sebagai penamat entri, marilah kita mengimbau kenangan dengan gambar kontroversi suatu ketika dahulu. Wah, artis sangat! Tak kuasa, Nab.

 

20 November 2010
Ya, kami tunang pada tarikh itu.
20 Mei 2011 kami nikah, alhamdulillah.... 
(=^____^=)

Doakan semoga kami berdua terus cekal menghadapi pelbagai dugaan, amin...
Eh, tiba-tiba ayat macam touching. Hahaha! 

Babailah.




Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

05 September 2011

Syurga Dunia: Kajang

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Salam Syawal yang mulia.


Tahun ini tiada entri raya ek? Selalu, sekurang-kurangnya, satu entri tempek gambar bajet ayu dengan ucapan hari raya. Tetapi saya sudah letak di FB, jadi cukuplah kot. Sudah tiada mood raya, jadi mahu qada' entri raya pun rasa tiada selera. Tidak berapa best pun. :p


Maka ayuhlah saya teruskan dengan hidup dan entri yang lain, sebelum blog ini kembali bersawang seperti suatu ketika dahulu.


Kami berada di Kajang pada raya kedua. Ada emak, ada adik-beradik yang baik belaka di sini, serta kucing-kucing yang peramah. Emak masak sedap-sedap, di sini sangat best dan tenang malah memang inilah syurga dunia saya... yakni di Kajang. Boleh begini?


Kita imbas kembali kehidupan indah pada 2 September, yakni hari Jumaat. 



Kami bersiap sedia dengan riang...


... kerana mahu ke Tutti Frutti di Bangi. ^________^



Seperti biasa, perisa buah-buahan adalah kesukaan saya.

Kemudian pada hari Sabtu (3 September 2011), hari yang amat gembira juga kerana rakan sejak tadika akan bertunang. (Sekarang sudah bergelar tunangan orang gitewww.)


Sementara menunggu rakan yang kononnya mahu tiba di rumah pada jam 9.30 pagi namun ditewaskan oleh matanya yang mengantuk hingga masih belum tiba pada jam 10.00 pagi, saya sudah memenuhkan kamera dengan wajah sendiri... dan Bubu. Bubu tidak peduli langsung.


Ini Shazana @ Nana dan Ayeshah @ Ecah.
Masih menikmati zaman bujang nan indah.


Ini Ecah dan Husna.
Masih menikmati... err... zaman persahabatan nan indah. :')


Ini Nana dan Husna.
Masih menikmati... err... zaman persahabatan nan indah juga. :')
Apa masalah aku sampai gambar kali ini extra gemuk empat kali ganda? T_T


Ini Nana, Ecah dan Husna.


Ini Ecah, Husna dan Nana.
Kiri dan kanan masih menikmati zaman bujang nan indah.
Yang tengah sedang menikmati zaman bersama kekasih halal nan indah. Auwww.

Polaroid canggih dari Jepun milik adik kepada tunangan orang tersebut.

Gambar bersama tunangan orang tidak dapat disiarkan demi menjaga nama-nama baik yang berkenaan. Kita doakan semoga mereka dipanjang jodoh dan dimurahkan rezeki bagi mendirikan masjid pada tahun hadapan ya! (^_^)

Petang itu pula, OP majlis nikah dan sanding kami dari Clicks The Moment, Abang Shah dan isterinya, Kak Siti, datang beraya ke rumah kami, sekali gus menghantar album kahwin. Wah, cantik sangat yuolls!


"Mereka ini orang baik-baik." =D

 Jeng jeng... inilah hasilnya. Memang puas hati sangat.
Nak tengok, meh datang rumah. Hehe.

Pada hari Ahad pula yakni semalam, kami dengan gigih menuju ke Kuala Lumpur Convention Centre, sebab ada BookFest@Malaysia 2011 anjuran POPULAR.


Jumpa penulis Malina J. di sana. 
Baju macam pakat-pakat mahu pakai warna sama, hehe.

Encik-Berpakaian-Ala-Detektif ini paling aktif membelek buku.
Kaki saya tiba-tiba melecet padahal baru rentas KLCC sedikit. 
Jadi... fokus pada buku sudah lari. :')

Maka sejurus keluar dari KLCC, terus minta berehat di tepian.
Wah, terasa macam pelancong sebab rakyat Malaysia boleh dikira dengan jari.
Sangat ramai 'pelancong asing' berlegar sambil mengambil gambar KLCC dari pelbagai sudut.


Encik Suami pula memeriksa kewangan. Hahaha!
Padahal beli tidak sampai RM50 pun.

Ini hasil tangkapan.
Sila teka mana satu saya punya.
Ya, saya yakin anda menjawab dengan betul.

Sebelum pulang, solat dan berehat lagi.
Kasut yang dipakai gagal membuatkan saya selesa.
Maka asyik berehat dan berehat kerana tapak kaki sudah semakin terhakis.

Kami singgah JJ Cheras Selatan sebelum pulang ke rumah, sebab malam itu Hidayah dan Rushdi, rakan sekolah saya, datang beraya sambil melihat album kahwin dan makan-makan. Nasib baik Nab... hakak hampir-hampir sambar laptop Vaio yang supercomel di JJ tadi sebab ada promosi baik punyaaa. Tapi apabila mengenangkan bateri dia kurang bertahan, maka kita abaikan dia. :')


Sebab laptop sekarang ini sudah nazak.




Nampak laptop di atas itu? Keyboard sudah rongak, malah skrin sudah longlai hingga kadangkala perlu letakkan sesuatu di belakang bagi menampung dirinya. Sadis sangat. Royalti yang sudah dapat separuh ini, akan kugunakan ke jalan yang benar!!! Sila cadangkan laptop apa yang bagus sebab ACER agak hebat tetapi reka bentuknya kurang comel.


Oh ya, kepada yang belum kenal, kucing kecil itu adalah Duyuk. Kucing yang kami jumpa terbaring di tengah jalan dalam keadaan cedera dan tidak dapat berjalan di JB. Duyuk sudah semakin sihat dan sudah boleh berjalan. ^__^ Alhamdulillah... berkat doa rerakan juga!




Sekarang Duyuk akan tinggal di Kajang sebab di Kajang ada lebih ramai keluarga kucing. 


Esok sudah kembali ke JB. 


Jumpa lagi....



Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...