Assalamualaikum, hai kawan-kawan!
Hari ini saya mahu membuat entri berkenaan gadis-gadis berbakat yang sangat saya kagumi semenjak mengenali salah seorang daripadanya.
Mereka juga adalah adik-beradik!!!
Apa??? =O
Baiklah. Mari saya perkenalkan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
♥
Taaaadaaaaa!!!
Azah dan AzreenChan!!! Woohooo!!!
^__________________^
Siapa mereka?
Ha... kepada yang pernah baca kedua-dua entri di atas, inilah Cik Azreen yang digembar-gemburkan! Kali ini, dalam majalah Yezz! Januari 2011, AzreenChan dan kakaknya, Azah, bersama rakan mereka, Zami @ Zamzammee membuat kemunculan sulung! (Suka-suki aku kata sulung. Padahal mungkin dah banyak kali keluar majalah, hahaha!)
Hebat, bukan?? Sangat-hebatlah-apa-lagi-yang-hendak-dikatakan!!!
Kisah saya mengenali Azreenchan sudah saya ceritakan pada entri sebelum ini. Kali ini saya ceritakan berkenaan kakaknya, iaitu Azah, atau saya panggil Kak Azah, hehe.
Saya mengenali Kak Azah melalui FB Azreenchan juga, kerana mereka selalu membuat pameran bersama-sama. Maka saya pun like FB Art by Azah, dan melihat-lihat album dia. Wah... juga sangat berbakat seperti Azreenchan!!! Saya terus kagum dengan mereka berdua!
Hendak dijadikan cerita, saya pernah membeli sehelai jubah berwarna putih secara online. Tetapi selepas jubah itu sampai ke tangan saya, saya terkejut kerana jubah itu berwarna sangat putih, walhal saya sangka ia seakan-akan krim. Hahahahaha sangat tak baguslah sangkaan mataku yang kudus ini.
Masa itu, saya rasa jubah itu boleh diselamatkan. Ia sudah sedia ada manik putih, tetapi saya terfikir, masih boleh ditambah manik warna lain. Maka saya terus berhubung dengan Kak Azah melalui e-mel dan FB. Waktu ini barulah saya tahu, yang Kak Azah dan Azreenchan adalah adik-beradik!!! Patutlah dua-dua lawa!!! Saya pun tak menaruh syak-wasangka terhadap kecantikan mereka berdua. Perlu ke nak syak-wasangka bila tengok banyak orang cantik? T_T
Kami berjumpa pertama kali di Putrajaya, event Lorong Seni. Selepas itu kami hanya berhubung melalui e-mel dan FB, hingga baju itu siap.
Tetapi kepercayaan dan keyakinan saya terhadap bakat dan kekemasan hasil tangan Kak Azah tidak salah walau dari sudut mana sekalipun.
Lihatlah di bawah ini.
Manik yang dijahit oleh Kak Azah.
Memang cantik beb. Rasa macam nak terus sujud syukur apabila melihat jubah putih yang kusangkakan berakhir dengan tergantung sepi di dalam almari yang kelam selepas membelinya dengan harga yang suam-suam mahal, tiba-tiba menjadi bertambah cantik selepas mendapat sentuhan jemari Kak Azah.
Semasa baju dihantar kepada saya, saya sangat-sangat suka!!! ^_______^ Memang sangat sama seperti yang saya harapkan, tetapi lebih cantik atas idea dan kreativiti Kak Azah. Terima kasih banyak-banyak Kak Azah kerana sudi mencantikkan jubah ini. Boleh diperagakan banyak-banyak kali memandangkan sekarang banyak kenduri kahwin, dan ia amat cantik. Biar aku nampak over sikit, mengalahkan pengantin. Siapa suruh pengantin tak minta Kak Azah jahitkan manik. Kan dah menyesal.... (hahahaha tak masal la aku ni....)
Semasa baju dihantar kepada saya, saya sangat-sangat suka!!! ^_______^ Memang sangat sama seperti yang saya harapkan, tetapi lebih cantik atas idea dan kreativiti Kak Azah. Terima kasih banyak-banyak Kak Azah kerana sudi mencantikkan jubah ini. Boleh diperagakan banyak-banyak kali memandangkan sekarang banyak kenduri kahwin, dan ia amat cantik. Biar aku nampak over sikit, mengalahkan pengantin. Siapa suruh pengantin tak minta Kak Azah jahitkan manik. Kan dah menyesal.... (hahahaha tak masal la aku ni....)
Okeylah, kepada yang mahu mengenali mereka dengan lebih lanjut dan melihat hasil karya mereka, bolehlah jengah-jengah ke:
Facebook: Azreenchan, Azah, Zami
Blog: Azreenchan, Zami
Sesiapa yang mahukan khidmat jahitan manik daripada Kak Azah, hubungi dia terlebih dahulu ya. Bimbang dia sibuk dengan kerja harian, memandangkan Kak Azah juga bekerja di pejabat. =D
Zami @ Zamzammee pula, masih belum ada apa-apa kenangan antara kami. Mungkin tiada jodoh. Wakakaka ayat macam minta kena ceramah oleh si dia sebentar lagi.
Baik, baik.
Sempena ketibaan 2011 dalam beberapa jam sahaja lagi, saya mahu mendoakan supaya mereka semua lebih berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan, dan semoga semakin ramai mengenali bakat mereka ini. Good luck!!!
Kalau mahu lihat dan beli barangan mereka secara live gitu, datanglah ke Lorong Seni, Putrajaya pada Sabtu dan Ahad ini. Like page Lorong Seni bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Tak, tak, saya bukan dibayar untuk promosikan semua ini. Saya cuma benar-benar kagum dan seakan-akan terhutang budi dengan dua beradik ini. Itu sahaja... :)
Saya memang suka meraikan bakat, terutama bakat yang saya tiada, iaitu kreativiti dan seni melukis. Sejak tinggi paras baldi sampai tinggi sikit daripada baldi itu, saya hanya pandai lukis pokok, awan, epal, dan orang lidi. Hahahaha!
Orait. Jumpa lagi bebeh! Entri seterusnya bakal menyusul. Entri terakhir dalam tahun 2010. Yeaaaahhhhoooooooooo!!!
4 comments:
Kan kan kan? Mereka sangat berbakat besar :'D
Dulu first time tahu Azreenchan pun dari blog ni.
SANGAT!!! ^____________^
Oh ye ke? Hahaha!
Saya memang sangat kagum dengan mereka!
Hehe, terima kasih cik husna yang comel :D
Sama-sama Cik Azreen yang cantik!! :D
Post a Comment