05 January 2012

Hari Yang Sibuk

Assalamualaikum.

Hari ini ke pejabat PTS, hantar pruf penulis yang selesai disemak. Selama ini semak novel orang, kali ini semak novel sendiri pula. Fuh~ memang mencabar. Banyak sungguh tanda merah, atas kelalaian sendiri semasa menulis. T___T Malah, makin rasa mencabar selepas menghadiri Bengkel Asas Menulis Novel selama dua hari anjuran Akademi Hero.

Yang tudung coklat liplapliplap dan pink itu, sayalah orangnya. :">

Pada saya, saya sangat berpuas hati dengan bengkel selama dua hari ini. Banyak ilmu baru berkenaan penulisan yang saya serap. Wah, serap kau. Kelas. Bertahun kerja PTS, buku cerita pendek pun sudah banyak terbit, sunting buku-buku orang, sekarang baru tahu macam-macam teknik yang lebih indah. Nasib baik join bengkel ini.
Mula-mula takut juga mahu daftar nama, sebab saya memang tidak gemar ditanya dan diminta menjawab di hadapan khalayak masyarakat. Rasa nebes yang melampau, seterusnya membuatkan suara menjadi menggeletar, tangan mula berair, dan jantung berdegup laju. Namun alhamdulillah, walaupun memang ada segala simptom itu pada peringkat awal, saya akhirnya mula rasa best dan yakin! Sebab semua yang ada di dalam kelas itu juga baik-baik dan peramah. Dapat ilmu baru, dapat kenalan baru. Ohsem! (^_^)v

Eh, macam dah lari sikit emosi pada perenggan pertama. Sambung.

Selesai semak pruf, saya semak sekali lagi. Tidak yakin punya fasal. Sanggup bersengkang mata sekali lagi, demi mengesan kesalahan yang terlepas pandang. Memang, Nab. Tiap kali kita semak, adeeeee ajeeeer yang tidak kena. Jadi, sudah bertekad, semak dua kali sahaja. Makin semak, makin semak. ('Semak' pertama = periksa. 'Semak' kedua = serabut.)


Inilah novel yang digembar-gemburkan itu. Insya-Allah, mungkin terbit Februari kot. Sekarang masih dalam proses penerbitan, dan belum hantar cetak. Nanti saya akan buat entri khas bagi mereka yang mahu membeli novel ini daripada saya. Eksklusif, you know. Tunggu ya! :D

Maka... selepas selesai urusan di pejabat PTS, kami pun mengundurkan kereta dan mencari destinasi membuat kajian bagi buku seterusnya. Melihatkan cuaca yang kemain panas, rasa macam mahu terus balik, namun tiba-tiba mata kami ternampak KLCC. Orait, ke KLCC kita!

Bayar tiket, pergi tandas (ini adalah rutin terbaru sekarang, kerana pada peringkat ini, pundi itu kian ditekan hebat - perlu kan cerita...), solat zuhur, dan terus menjamu mata di Candylicious.

Rambang mata tak? :')
Comel, cantik, gojes, marveles, beautiful.

Dulu kawan saya, Cik Mal, post berkenaan Candylicious di FB. Kagum, hokey. Warna-warni, malah dipenuhi gula-gula, coklat dan segala macam merchandise comel. Rasa nak gigit owner kedai ini sebab buat orang geram. Tapi gambar atas itu saya songlap dari FB Candylicious, lokasi kedainya di Dubai. Di KLCC, lebih kurang begini juga. Kembar seiras gitu. 

Saya tidak pasti status halal gula-gula dan coklat yang mereka jual, sebab kebanyakannya yang kita tidak pernah tengok. Pergh, Hershey saiz ayahanda pun ada. Harga hampir RM70. Makan satu kampung pun belum tentu habis. T_T Oleh kerana tidak pasti halal ataupun tidak, kami keluar bagai angin lalu.

Kemudian terus naik atas, pergi Kinokuniya. Lama tak singgah sini. Masuk-masuk, ternampak buku 'Cat vs Human'. Memang tergoda jiwa sebab nampak macam lawak comel-comel. Nampak 'macam', sebab berbalut kan. Kita yakin dalam hati sahaja. Letak dulu, nak tengok buku lain. Jalan, jalan, jalan, terberdiri ('ter', sebab tak perasan) depan rak buku-buku kucing. WAH!!! Terus rasa nak sawan, sebab semua COMEL!!! >_____________<

Terutamanya:


Buku 'i am maru'. Siapa Maru? Itu, kucing gemuk pada muka hadapan buku itu. Hobi dia memang banyak, salah satunya adalah masuk ke dalam kotak, tidak kisah kotak besar macam gajah, mahupun kotak kecil macam semut (ini perumpamaan yang over sikit). Dia tak peduli dia muat ataupun tak, yang penting masuk. Masuk misai saja pun settle

Dulu selalu tengok video Maru di Youtube, namun akibat mengejar cinta dan cita-cita, terus terlupa. Hinggalah seorang lagi kawan, yang juga pengasas Akademi Hero tadi, Cikpuan Azzah, kongsikan videonya di FB. Terus meroyan hakak. Tadi rasa nak gigit owner Candylicious, sekarang rasa nak gigit si gemuk ini!!! Warghhh!!!

Siapa belum kenal Maru, mari tengok video ini.
Kalau geram, sediakan bantal secukup rasa.
Dan tumbuk bantal tersebut kuat-kuat.
Terima kasih.


Memandangkan harga 'i am maru' adalah RM57.01 (ya... satu sen di belakang itu benar-benar wujud), terus rasa berbelah bahagi. Adakah berbaloi membayar harga sebegini, sekiranya dalamnya hanya penuh dengan muka gemuk Maru? Adakah berbaloi??? Sekali lagi terpaksa berimaginasi dengan hati, sebab buku itu berbalut. Tak bagi can langsung untuk orang seperti saya, menatap sehelai demi sehelai buku comel ini, sebelum meletak kembali. 

Encik Suami dah cocok-cocok, suruh beli sahaja. Dia kata, "Jangan sayang sangat duit." Dan mengulangi ayat itu berkali-kali. Entahlah. Hati begitu hendak, tetapi otak menolak-nolak. Tup-tup, Galaxy Tab berbunyi. Ada e-mel masuk, memberitahu ada duit sudah masuk, payment job tahun lepas. Alhamdulillah... yahuuu! Terus rasa nak melompat-lompat! :D :D :D

Namooon... tetap rasa berat hati nak beli buku Maru. T____Tak fahamlah aku dengan diri aku ini. Padahal memang... tak adalah mahal sangat. Tapi mahal juga kalau setakat gambar Maru dari muka surat satu sampai habis. Setakat gambar Maru, Google pun banyak.

Letak. Lambai. Menangis dalam hati. :')

Duduk termenung di tepi tingkap, sambil merehatkan kaki yang sudah sakit. Menung, merenung, menung, merenung, akhirnya Encik Suami berbisik lagi, "At least, beli satu buku. Jangan sayang sangat duit." Hmmm.... Kali ini macam ada rasa terpengaruh sikit.

Lantas:


MUAHAHAHA! Beli juga cinta pandang pertama tadi.
Cat vs Human.
Puas hati.

Sebenarnya, bukan kedekut bab-bab keluar duit demi buku. Hei, resit beli buku boleh digunakan bagi mengurangkan bayaran cukai. Nothing to lose, man... Cuma, saya memang jenis tidak beli buku yang tidak mendatangkan pulangan (terutama yang mahal-mahal dan berbahasa Inggeris T_T). Buku yang banyak ilustrasi pun sekadar suka belek di kedai sahaja. Beli, nan hado. Antara sebab lain adalah, rak buku saya sudah penuh. Nak tambah rak, ruang pula tiada. Jadi kena berpada-pada sikit. (Terkecuali untuk buku-buku PTS, auwww.)

Harga 'Cat vs Human', RM36.25. Pun tidak begitu menggoda, hinggalah terpandang pelekat diskaun 20% pada balutan hadapan. Yaaaa... ini yang kita mahu!!! Eh, ada ayat kecil-kecil di bawah 20% itu. Oh... dapat diskaun 20% sekiranya beli mana-mana item lain. Tiada masalah. Terus cari barang paling murah di Kinokuniya, dan bertemu pen berharga 80 sen. Bagus. Terus harga menjadi lebih menggoda, yakni RM29.80. 

Sekarang, sedang berfikir. Kena. Perlu. Wajib! Wajib tulis buku berkenaan kucing pula. :') Hahaha macam seronok, tetapi macam bimbang juga. Sudah banyak buku berkenaan kucing di muka bumi ini, jadi... kena fikir dengan teliti dulu. Baiklah. RM29.80, aku akan dapatkan kembali dengan gandaan beratus-ratus supaya menjadi lebih berbaloi!!!

...

Tetapi bab makan, harga letak tepi. Hahaha!

Keluar sahaja dari Kinokuniya, 
terus turun dan singgah kedai cupcakes yang comel ini.


Beli dua cupcakes yang agak besar, dan biskut yang juga besar. Biskut besar itu terpengaruh dengan adik-adik yang bekerja di kedai itu. Saya cuma tunjuk-tunjuk biskut ini yang berada di dalam balang, terus adik-adik di kedai itu cakap secara serentak tanpa dirancang, "SEDAP!" Tanpa dirancang sebab mereka sama-sama tergelak. Natural gitu. Comel perbuatan itu, kan? Hahaha! Terima kasih, adik-adik manis. Memang sedap! ^________^ Weolls suka!

Dah beli cupcakes, pergi food court pula, kerana perut sudah berKeroncong Ana. Beli Kyros' Kebab, dan makan dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mata ada ternampak makanan yang lebih menarik hati, entah kenapa terbeli kebab. Belasah sajalah, Labuuuu.

Sambung jalan-jalan, pergi Toy R' Us. Namun saya sudah ke tandas terlebih dahulu, maka Encik Suami masuk ke situ secara solo. Selepas segala urusan selesai, saya tercari-cari kelibat jejaka itu. Wah... begitu fokus rupanya.

Fokus susun huruf bermagnet. Haha. Itu jari dia.
Nak susun jadi 'baby', tapi huruf 'b' sudah habis.
Jadi kita kembali ke akar umbi, jadilah 'bayi'.
Owww... cho chweeet.

Dalam Toy R' Us, rasa macam nak beli semua! Fuh fuh fuh~ permainan budak zaman sekarang, bukan calang-calang hokey. Dulu kita main korek pasir guna sudu, buat istana, feeling tepi pantai. Sekarang, tak modenlah main pasir. Bebudak sekarang main laptop beralunan muzik, patung paras pinggang hakak, dan yang sewaktu dengannya. Nak tulis pun tak berapa reti. Untunglah....

Dah selesai jamu mata, kaki pula rasa macam nak terhakis, eloklah sekali lagi mengundurkan kereta dan pulang ke rumah. Tetiba teringat pada makanan yang menggoda mata di food court tadi. Terus menghala ke food court sekali lagi, dan bungkus ini:

Popilla nama dia. Terus mengalir darah Mexico yang bersembunyi dalam badan.
Mampu?

Alkisahnya, tak dapatlah hakak nak komen lebih-lebih, sebab menu yang hakak pilih, kurang friendly dengan lidah hakak. Tapi Encik Suami kata sedap. Terus rasa nak merajuk dengan Popilla. T_T

But deep down inside (ha kau, speaking!), memang nak cuba lagi. Miahihi! Pada waktu itu, akan pilih dengan lebih berhati-hati. Akan tanya kakak yang jual itu, apa perasa yang dimasukkan, bagaimana proses membuat, berapa kilogram tepung yang digunakan, dan sebagainya. Orang belakang yang beratur, pasti rasa nak rejam ioulsss. Tetapi, ioulsss tidak mahu kecundang lagi! Jadi... terpaksalah mendiva!

Oleh kerana Popilla dah mengecewakan perutku pada malam ini, tadi sudah order nasi goreng USA daripada adik. Sudah hampir pukul 12, masih belum jamah sebab sibuk nak update blog. Boleh? Ternyata, hari ini memang hari yang sibuk. Jadi... bersurailah kita sekarang. 

Panjang tak entri pertama bagi 2012 saya?

Bye. Nak makan sambil layan 'Cat vs Human'. Yahuuuu!

P/S: Chatbox sudah tiada, sebab ShoutMix sekarang berbayar. Macam aman juga tanpa chatbox. :))

Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

5 comments:

Crystal Linda Casianus aka Kiiru said...

Haiiii. Kiiru sini! :D Yeehaaa bestnya dapat tulis untuk novel.dlu waktu sekolah suka sangat saya tulis cerita tapi takde bakat kot? hanya ble lukis la.
Anyway, good luccckkkk~

o_o said...

Husna...nanti beli aje buku Maru tu,walaupun cuma gambar je,tapi ko boleh belek-belek buku tu utk menggembirakan hati bila bosan atau berdukalara kan?hehe..anyway,buku Kawanku Panda tu keluar bila?teringin pulak nak baca. Harap 2012 tahun yg baik utk kita semua, kan? All the best :D

xxlonelygirl said...

first, candylicious ade kat OU jugakk! second Bisou cuppies mmg super! kawan aku si emmy bertunang souvenir dia ialah red velvet cuppies frm Bisou! aku rasa nak curi banyak2 je mase tu wehh! hahah :p third, Popilla mmg besstttt! LOVES BURRITO! rase mmg btol2 mcm Dr Callie Torres (dia mexico kan) haha. Ko tak tapau ke air pilada ape nth nama dia. pun sodappp!

Husna Adnan said...

Kiiru:
Hai!!! Wah ada blog rupanya!
Best juga, tapi lagi best pandai lukis.
Tak perlu pening kepala nak pilih perkataan.
Conteng pun dah cantik, hehe.
Thanks ek! Good luck to you too!!!
(^______________^)v

Ai:
Wah... kau ada masa komen blog aku!
Tu la... nanti ada rezeki nak beli jugalah. Terkenang sampai sekarang. Hehehe.
Keluar bulan depan kot. Thanks Ai!
All the best to you too! :D

Airien:
OU pun ada juga ek? Wawawa.
Bisou memang sedap weh!
Nak cuba yang lain pula. Best!
Burrito ek yang best? Nak cuba!!!
Hari itu aku pilih apa entah, tak sedap pooooooon. Wowowo.

Husna Adnan said...

Eh, sangka tadi o_o tu kawan saya nama Aireena! T_____T Alamak, tersilap orang. Nama akaun Blogger sama pula. Huhuhu. Maaf!!! Terima kasih ek sudi nak beli buku itu. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...