Assalamualaikum. Hai!
Tadi (yakni semalam), saya dan rakan-rakan, ditemani Encik Suami, sudah menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Snogurt, demi bertemu dan beramah mesra setelah sekian lama tidak berjumpa. Amboi, tiga baris ayat, satu noktah. Keterujaan jenis apakah ini?
Inilah Snogurt yang dimaksudkan. Comel tak?!
Snogurt baru ada dua cawangan, setahu saya. Satu di Subang Jaya, satu lagi di Metro Point, Kajang, tempat yang saya pergi semalam. Memang comel sangat premis dia, dengan gabungan pink, putih, dan hijau epal. Wah... terus komen ala-ala mentee Eric Leong.
Dalam dia, memang saling tak tumpah macam Tutti Frutti (TF). Pilihan perisa yang disediakan pun lebih kurang. Malah, rasa dia pun lebih kurang dengan TF. Hehe. Cuma tekstur dia sedikit lembik berbanding TF. Yang itu mungkin silap pada setting suhu kot. Hakak pun tak tahulah. Tapi tetap sedap!
Ruang kaunter ambil topping. Cun sangat warna kedai ini.
Ini bekas ambil froyo yang disediakan. Tiada pilihan saiz macam TF,
jadi awaslah semasa memenuhkan ruang ye.
Memandangkan kecintaan kepada froyo kian terhakis akibat perubahan hormon kot, maka hakak ambil berpada-pada sahaja. Sangat menjaga tataterbit. Maka harga pun murah. RM11.52. Sangat berbeza dengan harga waktu pertama kali makan TF dahulu. Oh, malu....
Tapi Encik Suami masih 'hantu' froyo, jadi dia tidak berpada-pada pun! Harga dia tidak jauh beza dengan saya. Dia punya RM11.76.
Kesimpulannya: Snogurt lebih murah!!!
Wow wow wow!
Terima kasih para gadises kerana mengajak ke mari.
Sudah lama menyimpan rasa, akhirnya kaki terjejak jua.
Perlu ke berpantun atas sebab ini?
Pantun ke??
Hidayah (kiri), bakal mendirikan rumah tangga.
Aireena (kanan), doktor humble yang masih solo. Berminat? :">
Husna (kiri), sudah mendirikan rumah tangga.
Hidayah (kanan), kawan kepada doktor humble yang masih solo tadi.
Saya dan para peminat.
Hahaha! Sebenarnya, itulah pemilik Snogurt cawangan Kajang, pelakon sensasi yang popular itu, Raja Farah. Best sangat dapat layanan mesra daripada dia, walaupun saya sudah berkelakuan aneh sejurus masuk.
Mata: *Terpandang sesosok tubuh yang dikenali.*
Hati: Eh, Raja Farah! Dia jaga kaunter rupa-rupanya.
Mulut: "Hai! Cantiknya...."
Gigi: *Tersengih.*
Jari: *Tertunjuk secara spontan ke arah dia.*
Reaksi Raja Farah: *Terkejut dan tersenyum.*
Otak: Bagus, kau sudah menunjukkan sikap memalukan. T_T
Saya yang masih terpegun, pergi salam Raja Farah yang gojes itu. Dah macam datang beraya... serius tak sangka dia yang jaga kaunter. Haha! Oh, pertama kali jumpa artis yang tidak dikerumuni para peminat, rasa janggal pula. Walaupun saya bukan peminat Raja Farah, tetapi saya suka tengok dia sejak dia mula bertudung. (=^___^=) Manis!
Jadi kepada yang minat Raja Farah, bolehlah datang dan mencuba nasib. Mana tahu memang dia jaga setiap hari ke kan. Untung-untung, dapat masuk majalah dengan dia, segmen Peminat Hari Ini. Lah, tak memasal. Okey, babailah!
*Ini bukan entri berbayar sebab saya bukan blogger terkenal, buang duit sahaja suruh saya promo. Panjangnya bebel. Motif? Kata tadi dah 'babai'? Okey, fine. Bye.*
Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
7 comments:
Sedapnya.
Ehe... ^^ berapa ringgit 100 gram? Huhu. Nak banding dengan TF. Manalah tahu...
Emm! Sedap juga!
Ha... bab gram yang saya tak pasti. Dia tak tampal macam di TF. Jadi sudah membuat kesimpulan sendiri, hehehe.
hehe...comel je tag gambar tu, "saya dan peminat"... ;p
best la ada tempat chill baru...nanti jom kita pegi lagi
"Hai! Cantiknya..." Hahaha boleh pulak itu yang terkeluar dari mulut.
Raja Farah semakin cantik bertudung. :D
Lepas ni kawan saya Izati nak ajak kawan-kawan dia makan, sbb terbaca kt blog akak ni hehehehe
o_o:
Haha! Perasan artis jap. :))
Yeah! Jom pegi lagi!!!
Napeace:
Hehehehe kan... jujur pula mulutku.
Memang cantik!
Azham Vosovic:
Wah! Ye ke?? Hahaha!
Semoga mereka gembira menikmati Snogurt. :))
100 gram RM4.90
ada satu baru buka di Kota Damansara !!! mmg sedap la..
ooo kak Lembik bukan sbb suhu dia mmg mcm itu.. it is called "Gelato" (katanya lah, sbb dia kata italian froyo, italians ni jenis suka ice cream lembik atau Gelato)
so far Snogurt dan adik-beradiknya terbaik la !! (i rasa kak dia ada adik nama lain tau.. sbb rasa hampir sama dgn warna dan tagline syarikat)
Post a Comment