29 August 2010

♥ Hadiah Terbaik! ♥

Alhamdulillah....

Bukan kerana adanya gambar saya di situ, namun saya amat gembira dan bersyukur kerana kelima-lima buku yang tersenarai bagi kategori Remaja dan Kanak-kanak, adalah buku-buku yang diuruskan oleh saya, ataupun ada kena-mengena dengan saya.

T__________________Terharu....

Saya sangat terharu dan sebak, namun saya sangat gembira dan bahagia....

Ini hadiah terbaik sebelum saya benar-benar melangkah pergi dari PTS One.



Koleksi Siri 'Aku Mahu' Ain Maisarah ini diuruskan oleh Hidayah. Dia yang melakukan segala urusan re-layout kerana saiz dibesarkan daripada saiz asal, dia yang design bahagian dalam, dia yang berurusan dengan penulis bagi mendapatkan nilai tambah dalam buku ini supaya para peminat Ain Maisarah tetap membelinya walaupun sudah mempunyai tiga novel itu iaitu Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Popular dan Aku Mahu Teman Tapi Mesra. 

Saya pula menguruskan hal cover, membantu Hidayah. Kami bersama-sama ke pejabat POPULAR bagi 'berbincang' berkenaan cover. Pembikinan buku ini tersulam 1001 kenangan pahit manis, maka sudah tentu saya gembira apabila buku ini tersenarai. Tahniah kepada Hidayah dan penulis!



Siri kelima Sarah iaitu Sarah dan Duit Raya ini juga ada kisah di sebaliknya. Prosedur sangat menguji segala kesabaran dan kestabilan emosiku, namun penulisnya yang sangat baik iaitu Puan Ezee Rahmani, membuatkan segala kerja saya menjadi sangat mudah dan seronok. Semoga para pembaca di luar sana, yang membeli buku ini mendapat kebaikan dan gembira mendapat sampul duit raya percuma di dalamnya. Tahniah kepada penulis, juga Abang Jimi kerana membantu saya membuatkan sampul duit raya yang comel itu! =D

Hey, hey. Marilah gelakkan kekakuan saya semasa menemu bual Puan Ezee Rahmani di PTS.fm. Ha ha ha ha...
  


Alhamdulillah... tersenarai sebagai buku ketiga terlaris. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu adalah baby kedua, keluaran PTS One Kids. Juga harap para pembaca cilik yang comel-comel itu seronok membaca siri ini.

Tahniah kepada para penulis dan PTS One Kids. Terima kasih kepada para pembeli. (^_^)



Buku ini lagilah... T________________T Sesungguhnya ini adalah segala titik peluh saya, juga dibantu rakan tim yang lain. Sesungguhnya, inilah.......  

*sebak - tidak dapat meneruskan cerita* 

*tipu, kerana masih mahu menaip* 

Kepada semua yang menyertai Remaja@ptsone 2010 ini, saya ucapkan terima kasih. Segala kelewatan harap dimaafkan. Ketahuilah, saya sudah lakukan yang terbaik, dan semua yang berlaku ada sebabnya. Tahun lepas saya uruskan, tahun ini juga saya uruskan, namun tahun ini serius lebih mencabar. Tahun depan tidak lagi diuruskan oleh Cik Husna Adnan.

Oh yeah!!! :pompom:

Biar saya pula jadi penulis. Muahahahahaha!



Buku terakhir siri 'My' tulisan Aizam Aiman (mentor saya yang terbaik). Buku yang juga mempunyai kisah yang menyebabkan kami satu tim berkampung beramai-ramai di stor, namun nasib baik waktu itu bukan bulan puasa. Walaupun panas dan berhabuk, masih gembira melakukan proses itu dengan bertemankan lagu-lagu dari telefon bimbit Maryam, dan air 100 Plus sumbangan Kak Fiza. Kepada Kak Lia, tahniah dan selamat maju jaya. Semoga buku ini laris di pasaran. Jumpa lagi. (^_^)


Terima kasih, Ya Allah. ^____________^

Semua buku yang diuruskan oleh saya, juga baby saya, walaupun saya hanya ibu tumpang. Maka saya sayang semua buku yang saya uruskan. Semua itu adalah semangat saya, kesungguhan saya, titik peluh saya, air mata saya, senyum tawa saya, hidup saya.

Semoga semuanya laris. Semoga semuanya memberikan kebaikan kepada pembaca. Semoga semuanya memberikan kesenangan kepada para penulis. Semoga semuanya....... baik-baik sahaja. 

P/S: Esok hari terakhir saya di PTS. Husna, good luck!

24 August 2010

Tajuk: Juadah Berbuka Saya

Assalamualaikum, kawan-kawan! =D

Hari ini sudah hari ke-14 kita berpuasa.

Sepanjang tempoh itu, saya pernah sekali berbuka dengan mi goreng, sekali dengan nasi kerabu, sekali dengan nasi tomato...

... dan sangat banyak kali dengan nasi beriyani bersama ayam masak merah.

T_________T Sudah seperti ketagihan pula.... 

Macam mana mahu kurus?! Orang lain semasa bulan puasa ini, ada yang kehilangan berat badan sebanyak 4 kilogram!

Saya?

Okey, itu bukan isunya. Isunya di sini adalah....

Buat pertama kalinya dalam bulan Ramadan, saya tidak pernah berbuka dengan nasi ayam yang dijual di bazar... keh keh keh.

Ini kerana...

(^_^)


(^_^)/


\(^_^)


\(^_^)/


\(^o^)/


Saya dengan bantuan emak memasak nasi ayam sendiri di rumah!!! Hahahahahahahaha!



Syabas, Inspektor Sahab!

Sebagai nasi ayam pertama saya, saya berikan diri sendiri 3/5 kerana nasi ayam ini boleh dimakan, dan ditambah dua kali oleh adik bongsu. Miahahaha!

*Sebagai gadis yang terlalu sibuk dengan kerjaya, dan baru kini punya sedikit masa bagi belajar memasak hidangan yang lebih sukar daripada nasi goreng, keterujaan sebegini dapatlah hendaknya tuan hamba maafkan sahaja....*

Mari saya kongsikan resepi membuat nasi ayam ala emak saya.

Mula-mula, sediakan bahan-bahan bagi memasak nasi ayam, sup, ayam madu/BBQ (ikut selera masing-masing) dan juga sos kicap serta sos cili (sekiranya habis malas sibuk, tidak perlu buat pun tidak mengapa).

Bagi memasak nasi ayam,

.....


.....................





T________________________T


Sudah seperti blog mak cik yang sangat gigih berkongsi resepi turun-temurun.

Ini tidak boleh dibiarkan.

Blog ini akan hilang arah tujuan sekali lagi!!! Warrrrrrgggghhhhhhh!!!

Baik, baik.

Mari berbincang berkenaan langsir raya.

....

....... T,T


Jumpa lagilah.

........................... *sob*



P/S: Apa menu kegemaran kawan-kawan semasa berbuka? Sesiapa yang jawab nasi beriyani juga, kita adalah geng. Mari berjabat tangan, namun kepada yang perempuan sahaja. Kepada geng lelaki, mari tunjukkan kesefahaman dengan menyanyikan lagu Justin Bieber.

12 August 2010

♥ Salam Ramadan! ♥

Salam penuh kasih sayang dan rendah diri malah berserta hati yang ikhlas, 
untuk semua pembaca blog ini. ^____________^

Sudah 3 Ramadan 1431H.

Masih belum bertegur sapa dengan rakan-rakan di sini.

Mari lakukannya.

* * * 

Selamat berpuasa dan beribadah 
sepanjang bulan Ramadan ini ya!  :love:


Isi Ramadan ini dengan pelbagai ibadah yang mampu dilakukan.

Membaca sesuatu yang baik juga dikira ibadah.

Jadi, mari membeli buku-buku PTS dan buku berfaedah yang lain, 
sejajar dengan kempen

Baca@Ramadan



Ralat: Harga Remaja@ptsone 2010 adalah RM 16.00.
Terima kasih Kyrel kerana perasan akan hal ini. (^_^)

* * *

Jumpa lagi!

(^_^)v

24 July 2010

Hey, Ogos! Tunggu dulu!

Tinggal seminggu sahaja lagi, bulan Ogos akan menjelma.

Bulan yang mencabar disiplin dan kemampuan diri.

Bulan mulanya usaha demi masa hadapan yang lebih gemilang.


Bulan mulanya usaha bagi meningkatkan kemahiran hidup.

Bulan mulanya berbakti bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi demi masyarakat dan orang tersayang.


Bulan mulanya memperkemaskan amal ibadah, dan pastinya amat mengalu-alukan Ramadan yang dirindui.


Juga....


Bulan melakukan perubahan di dalam bilik ini yang sudah sangat bersepah.


T___________________________T


. . . .

Saya sudah agak berdebar. Ketibaan Ogos semakin hampir, dan bilik ini masih kelihatan ngeri. Baju belum ada masa dilipat, meja bersepah dengan anak-anak patung dan mesin jahit yang masih belum tahu bagaimana menggunakannya, langsir yang sama seperti bertahun-tahun lalu, perabot yang ada di situ namun apa fungsinya entah, cadar katil yang kerap perlu ditukar kerana onar para kucing hingga malas bercadar, tiada unsur comel di bilik ini, dan tidak wangi.

Mahu kawan-kawan faham apa yang berlaku di sini dengan menunjukkan gambarnya, namun saya amat berat hati. Itu bakal merosakkan reputasi saya sebagai penerima anugerah (kah kah kah gurau saja.)

Jadi oleh kerana hari ini hari Sabtu, yang agak bosan kerana hanya dihiasi dengan aktiviti makan, minum, tidur, tonton cerita di TV, FB, YM (namun ini indah, haha!) dan membaca pruf, saya merajinkan diri membebel di sini. Blog yang sudah lari tujuan utama, yang sudah hilang identiti, namun kalian tetap gigih singgah ke sini dan membacanya. Terima kasih sangat-sangat.

Love yuolls lah! Haha!

Maka Husna, mari senaraikan apa yang perlu dilakukan supaya bilik ini seronok diduduki.

1. Langsir yang lebih ceria dan comel, dan ceria serta comel.


Kah kah kah umur sudah berapa, kakak? T,T


2. Keluarkan perabot yang tiada fungsi dari bilik ini.


3. Ubah kedudukan perabot sedia ada, supaya lebih mesra pengguna. Hmm... ini perlu lukis atas kertas... mahu upah Eric Leong memang tidak mampulah kan.


"You tak ada duit, I pun tak boleh buat apalah."


4. Beli karpet supaya kaki tidak sejuk. Namun nanti hanya menjadi tempat tidur kucing.
T,T Mungkin nombor 4 ini dibatalkan kelak.


Kalau beli karpet dengan corak begini, adakah kucing tidak berani datang dekat?
Atau mereka lebih erat tidur beramai-ramai kerana
seperti tidur berhampiran ahli keluarga? T,T


5. Beri anak-anak patung yang tidak digunakan kepada saudara-mara yang masih kecil, supaya tidak berada di situ sebagai pengumpul habuk.


6. Masukkan kembali mesin jahit milik emak ke dalam kotak sebab tidak pandai guna... T__________________T Sudah berusaha namun benang selalu tersangkut. Hate chuuu!!!


7. Beli pewangi yang pandai sembur ikut 'timing' itu. Di rumah ini ada benda itu, namun isinya tiada. Maka perlu beli tin pewangi semburan <- main hentam saja beri istilah, haha.

8. Kemas bilik air dan beli penyangkut plastik yang boleh menempatkan segala botol. Malah perlu beli apa-apa lagi barang hiasan supaya bilik air itu nampak comel dan welcoming. Maka tiada isu malas mandi pagi, kerana hari-hari mahu lihat kecomelan itu, hahaha!


Gila berangan, walhal bilik air sendiri tidak sebesar ini ya. T,T


9. Segala alat senaman perlu dijadikan kawan baik. Hmm... perlu beri ruang untuk aktiviti bersenam!!! (T_________T kah kah kah)


(-___-') Baik... tidak boleh kalah!


10. Perlu periksa semula segala pakaian yang ada di dalam almari, dan di dalam bakul. Mana yang sudah tidak muat
(T_________T kah kah kah lagi) dan yang sudah tidak mahu pakai, perlu disingkirkan supaya tidak menyemak. Kalau jual, ada ke yang mahu beli? T,T Sudahlah tidak berjenama.


11. Beli penghadang. Haaa... ini saya baru terfikir tadi. Memang perlu beli ini supaya memisahkan pandangan. Menghalang mata dari melihat katil. T,T


Ya... sila hadang saya dari melihat keempukan....
Atau... adakah kamu akan menghadang saya dari melihat meja kerja? T,T


12. Beli lampu meja supaya... errmm... supaya... err... mungkin ini adalah mengada sahaja.


Weeeeeyyyyyyyyyy... T____________________T


13. Beli alatan tulis seperti fail, kertas A4, pen, pensel, soletip, stapler, gam, gunting, catridge, dan segala-galanyalah!


14. Beli bingkai gambar dengan banyak dan memilih gambar-gambar kenalan serta si dia (auuwwww) supaya memberi semangat!! ^__________________^ Hehehe....


Digital frame keluaran Sony memang anggun ya. Pehhhh.


* * *

Ada... kalau perompak yang curi wang dari bank tersadung semasa melarikan diri di atas bumbung lalu karung guni berisi duit itu terjatuh ke bawah, harap kamu berada di bawah itu kelak.


HUSNA, BERUSAHA!!!

\(^o^)/

22 July 2010

Saya sangat terharu...


... kerana hari ini saya terima sejambak bunga mawar merah jambu
semasa di pejabat...

... di kala saya sangat stres dengan segala masalah....



Terima kasih kepada pengirim yang sangat baik hati.



Juga terima kasih kepada semua rakan yang mendengar luahan saya,
memahami situasi saya dan menyayangi saya. Terima kasih....


Semoga Allah memberikan kelapangan hidup kepada kamu semua.


^____________________^

26 June 2010

Apabila emo, kita tulis di blog sahajalah senang cerita!


Tidak, tidak. Saya tidak emo kepada sesiapa yang berkenaan dalam hidup saya. Saya sedang bertabah. Ini kisah....

Saya jarang tengok TV.

Namun sekiranya ada adik-beradik yang menonton sesuatu, saya akan singgah sebentar di ruang tamu dan duduk sebentar dan bertanyakan tajuk filem yang mereka tonton. Selalunya yang menjadi penonton setia di rumah ini adalah adik-adik lelaki saya, juga emak saya yang sudah mula ikut jalan cerita drama Indonesia.


Tetapi kebelakangan ini, ada beberapa perkara kecil yang menyebabkan saya bangun semula dan lebih rela duduk di dalam bilik dan buat kerja, daripada tengok TV.


Kisah saya dan filem Barat.


Semasa sedang makan malam, adik saya (mari namakan dia Hassan) sedang khusyuk menonton TV. Saya lupa apa tajuk filem itu, namun berkenaan seorang lelaki berkulit hitam yang tidak menyukai seorang lelaki berkulit putih yang berkahwin dengan seorang wanita berkulit hitam. Ini kerana isterinya (yang juga berkulit hitam) lari dengan lelaki lain, yang berkulit putih. Bukan lari kerana mahu sihat yakni berjoging, namun ini dinamakan kecurangan.

Ada yang dapat fikirkan tajuk filem ini? Ada ditayangkan di Astro baru-baru ini.


Watak antagonis dilakonkan oleh Encik Samuel L. Jackson.
Cantik jaket you.

*Disclaimer: Penggunaan deskripsi watak dengan menggunakan warna kulit bukan bermaksud saya racist. Saya hanya mahu berikan gambaran kerana memang filem ini mahu tonjolkan berkenaan perbezaan kaum itu.*

Hendak dijadikan cerita, si lelaki berkulit hitam yang punya perasaan benci dalam hati itu mengupah seorang penyangak jalanan supaya memecah masuk ke rumah lelaki berkulit putih, dengan harapan lelaki berkulit putih merasakan kawasan kejiranan mereka tidak selamat, lalu berpindah keluar.


Namun semasa penyangak upahan (juga penyangak sepenuh masa) itu memecah masuk ke rumah lelaki berkulit putih, isterinya yang berkulit hitam sempat menekan siren supaya jiran tetangga mendengar berlakunya pecah masuk di rumahnya itu.


Suaminya (yang berkulit putih itu) dan jiran mereka (lelaki berkulit hitam yang punya perasaan benci dalam hati), berada di sebuah keramaian, tidak jauh dari rumah lelaki berkulit putih.


Maka berkejaranlah mereka ke rumah si lelaki berkulit putih bagi menyelamatkan isteri lelaki berkulit putih itu. Oleh kerana lelaki berkulit hitam yang berhati jahat itu adalah seorang polis, dia menembak penyangak, yang juga penyangak upahannya.
Tewaslah si penyangak. Si lelaki berkulit hitam yang juga seorang polis itu dikatakan hero.

Namun bagi melindungi dirinya daripada tertangkap kerana mengenali si penyangak, malam itu, si lelaki berkulit hitam memecah masuk ke rumah lelaki berkulit putih, yang berada di hospital kerana isteri kepada lelaki berkulit putih itu cedera. Lelaki berkulit hitam mencari telefon bimbit milik si penyangak, dan mahu menghapuskannya kerana terdapat nombornya di dalam telefon bimbit itu.

Semasa dia memeriksa badan si penyangak yang sudah terbujur kaku di dalam kolam renang kerana terhumban selepas terkena beberapa das tembakan, telefon bimbit itu tiada. Maka dia mengesyaki bahawa telefon bimbit itu tercicir di dalam rumah si lelaki berkulit putih.


Lalu dia menelefon nombor telefon si penyangak yang tertewas itu bagi mengesan kedudukannya. Dia terdengar deringan telefon bimbit si penyangak, namun sebelum sempat dia mengambilnya, si lelaki berkulit putih dan isterinya sudah tiba di rumah mereka. Maka bertempiaranlah dia lari menyelamatkan diri. Nasib dirinya baik, kerana dia tinggal di sebelah rumah pasangan suami isteri itu sahaja.


Semasa lelaki berkulit putih berjalan-jalan di dalam rumahnya, dia ternampak telefon bimbit itu! Telefon bimbit si penyangak yang tertewas itu! Ayokkk!!!


Dia mengambil telefon bimbit itu, dan menekan nombor yang paling akhir meninggalkan 'miskol' - ejaan remaja kini.


Trruuuut, truuuuuut.


Lelaki berkulit putih menunggu pemanggil terakhir itu mengangkat telefon bimbitnya.

Di luar, lelaki berkulit hitam yang sedang menyiram bumbung rumah bagi mengelakkan rumahnya turut disambar api (kerana berlaku kebakaran di kawasan kejiranan mereka), sudah mengangkat panggilan itu sambil berteriak:

"John? John??" - John, nama penyangak yang saya reka sebab tidak ingat nama watak itu.


Pada waktu dia berteriak memanggil nama John, si lelaki berkulit putih sedang menjengah si lelaki berkulit hitam itu dari tingkap rumahnya.
'Oh tidak... dia yang mengupah penyangak itu!' ujar lelaki berkulit putih dalam hatinya. - dialog juga adalah rekaan, namun itulah yang cuba disampaikan dari ekspresi wajah lelaki berkulit putih.

Si lelaki berkulit hitam terus mematikan talian telefon selepas ternampak lelaki berkulit putih, yang amat dibencinya itu, sedang menjengah dari tingkap dengan wajah yang terkejut.


'Pasti dia sudah dapat kesan,' desis hati lelaki berkulit hitam. - juga dialog buatan saya.


Ralatnya di sini:


Kalau kau sudah tahu pemilik telefon itu adalah orang yang kau tembak sampai mati, dan kau sudah tahu telefon bimbit si mati itu ada di dalam rumah lelaki berkulit putih, kenapa kau angkat padahal sudah tahu itu nombor telefon si mati??!! Si mati yang kau upah memecah masuk rumah lelaki berkulit putih itu?! Tidak mungkin dia menelefon kau dari surga mahupun nuraka!! Kau memang betul-betul gilakah?

*Ehem maaf. Saya perlu tertenang. Sudah emo sebentar kerana sangat tidak masuk akal.*


Namun saya teruskan menonton kerana filem tidak masuk akal ini sudah hampir ke penamat.


Plot seterusnya....


Si lelaki berkulit putih berjaya merampas pistol milik si lelaki berkulit hitam dan berlindung di sebalik kereta isterinya yang sudah terlanggar kereta milik jiran yang lain selepas tayar kereta mereka ditembak oleh si lelaki berkulit hitam tanpa belas kasihan semasa isteri lelaki berkulit putih itu cuba melarikan diri.


Oleh kerana si lelaki berkulit putih tahu sejarah kecurangan isteri si lelaki berkulit hitam, dia sudah
provoke dengan mengingatkan lelaki berkulit hitam berkenaan hal itu. Apa lagi, marahlah si lelaki berkulit hitam. Namun pistol kedua milik lelaki berkulit hitam sudah disembunyikan di belakang bajunya, sementara mereka dikepungi sekumpulan polis. Maka lelaki berkulit hitam kelihatan seperti mangsa, dengan kedua-dua tangannya diangkat ke udara.

Polis mendesak si lelaki berkulit putih meletakkan senjata, namun lelaki berkulit putih enggan kerana dia tahu lelaki berkulit hitam itu akan menembaknya menggunakan pistol kedua itu.

Sambil dia
provoke, tangannya masih teguh mengacukan pistol itu ke arah lelaki berkulit hitam.

Provoke
punya provoke, memang menyiraplah darah lelaki berkulit hitam itu dan dia terus menarik pistol di belakang bajunya lalu menembak lelaki berkulit putih. Lelaki berkulit putih rebah dan lelaki berkulit hitam itu ditembak polis.

Ralatnya di sini:

Kau dah tahu nak provoke orang tak betul, kau reti sedia untuk tunduk berlindung di belakang kereta itu tak? Kenapa kau boleh berdiri dengan penuh semangat keperwiraan dan menyangka dada kau kalis peluru???


*Cerita ini mampu bikin saya emo bertubi-tubi.*

Adakah sebegitu tidak masuk akal jalan cerita ini? Wowowowo... sangat teruklah. Mengapa mencipta plot yang lemah supaya filem ini mampu terhasil? Mengapa angkat telefon orang yang sudah tiada dan kau tahu telefon itu di dalam rumah orang yang kau cuba aniaya? Mengapa benarkan diri kau ditembak sebegitu mudah? Mengapa Hassan tengok cerita sebegini dan tidak membebel seperti saya? T____________________T



* * *


Tadi singgah tengok Starship Troopers (nasib kaulah aku ingat nama filem kau, John! - penggunaan John sekali lagi kerana tidak tahu siapa pembikin cerita ini) kerana adik bongsu saya (mari namakan dia Oya) sedang menontonnya.

Semasa seorang askar kacak dan kumpulan askar itu sedang megah menembak sekumpulan haiwan aneh di sebuah planet, muncullah seekor haiwan aneh bersaiz raksasa yang sangat besar dan berwarna hitam. Wow!! Memang sangat mengerikan kerana seperti kumbang pada daun yang dibesarkan beribu kali ganda!!

Hey, lihat! Inilah kumbang gergasi itu! Dan jejaka itu askar kacak yang dimaksudkan!
Tetapi kenapa kurang kacak dalam ini gambar?

Haiwan aneh bersaiz raksasa seperti kumbang gergasi ini mampu mengeluarkan sejenis cecair seperti lahar yang mampu memusnahkan organ manusia. Seorang askar wanita sudah terkena semburan cecair ngeri itu, hingga musnah tangannya.

Lalu si askar kacak sudah menjadi hero dengan melompat ke atas kumbang gergasi itu dan menembak bertubi-tubi di belakangnya. Berlubang terus bai! Kemudian dia sempat memasukkan sebiji bom tangan ke dalam lubang yang menghubungkan terus ke perut kumbang gergasi itu sebelum terhumban sedikit jauh akibat gerakan aktif haiwan itu.

Voila!!

Kumbang gergasi itu meletup dengan hebat dan berserakanlah cecair panas seperti lahar itu kepada askar kacak dan juga askar-askar berhampiran.

Mereka bersorak riang. Hore!

Ralatnya di sini:

Bukankah sepatutnya cecair itu, yang terkena pada wajah kacak kamu dan askar-askar lain, akan menyebabkan kalian semua menggelupur sakit dan mungkin meninggal dunia? Mengapa cecair itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada kalian, padahal itu cecair yang sama yang terkena pada rakan kamu tadi, hingga dia sudah tidak bertangan? Adakah cecair itu hanya akan berfungsi apabila disalurkan melalui mulut, tetapi apabila diceduk dari perut menggunakan cawan dan meminumnya, kalian akan kenyang dan gembira?

T______________________T

Sangat teruklah....

Saya kata kepada Oya, "Oya, cerita macam ini yang kau nak tengok? Baik tengok cerita lain." Dan saya bangun, naik ke bilik. Oya hanya tergelak kerana dia juga rasa cerita itu tidak masuk akal. Namun dia gigih kerana mahu habiskan juga. Tahniah Oya! Sudah pelik panggil adik lelaki sendiri sebagai 'Oya'.

*Emo berlebihan kerana takdir hidup sendiri tidak begitu manis buat masa ini. Perkara khayalan juga tidak mampu menggembirakan. Cis.*

Siapa kata produk Barat semua bagus? Kalau ini cerita buatan Malaysia, pasti sudah dikutuk kaw-kaw punya dan syarikat yang menerbitkan akan musnah ditelan zaman. Oh, tidak perlu tunggu zaman, ditelan waktu juga boleh. Bila-bila masa sahaja akan tidak wujud lagi.


Namun bukan semua produk Barat juga tidak bagus. Ini hanya segelintir, namun ini nampaknya mereka juga ada kelemahan. Tidak perlu bangga sangat dengan produk orang luar. Walaupun cerita-cerita di atas bukan filem terkini, namun saya komen jalan ceritanya. Bukan teknologinya.

Maka hayati dan hargai produk tempatan. Mana yang tidak bagus, kita tegur untuk penambahbaikan. Mana yang bagus, kita puji, kita berikan kegembiraan. Pujian kita akan berikan mereka semangat. Bab khuatir mereka riyak, itu tugas empunya diri untuk berpada-pada.

Maka sokonglah produk tempatan. Belilah buku-buku PTS terutamanya PTS One (ngeh ngeh) dan komik terbitan Komik-M. Hahahahaha! Boleh pula sempat promosi, kan... hihihi.

Oh, sebelum terlupa, terima kasih kepada semua yang menjadi Rakan Budiman saya. Sudah 58 orang sekarang. Dulu kosong... sekarang... oh~ padahal saya ini insan biasa sahaja. Kalian semua sangat baik hati dan comel! Terima kasih ya! Juga untuk semua yang sudi meninggalkan komen di ruangan komen dan juga kotak sembang (chatbox, kemain). Terima kasih juga kepada semua yang sudi membaca blog ini.

Okeylah. Jumpa lagi, semua! Assalamualaikum! (^_^)

P/S: Tapi serius emo-hingga-menjadi-pembebel-terhebat apabila tengok cerita-cerita begini. Walaupun saya pandai komen hal yang bukan-bukan, namun saya bukan seorang yang hebat menulis cerita hingga terkenal. Hahaha! Beri pendapat itu memang mudah, kan? Tak perlulah emo membaca tulisan saya sekiranya pendapat saya bercanggah dengan pendapat kawan-kawan. Maaf sekiranya terkasar bahasa. Mia hahaha! Ada anak saudara Samuel ke di sini?

19 June 2010

Oh yeah!! Hahaha!


Apakah yang dipegang oleh saya dengan begitu teruja itu?

Adakah tiket wayang?

Tidak, tidak. Tiket wayang lebih kecil molek bentuknya.

Malah Bank Islam tidak mempunyai panggung wayang sendiri. T,T Baiklah...

Oh? Ya, ya. Saya ada dengar suara yang menjawab dengan tepat!

Yeah! Inilah cek royalti pertama saya!! Woohooo!! Alhamdulillah... (^_^)v

Wee woo wee wooo... *bunyi yang tiada tujuan*

Y__________________Y Apa kejadahnya pengenalan macam ini?

Royalti di atas adalah hasil tulisan buku ini:

Mua hahahaha!

Alhamdulillah... terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membeli buku hadiah sempena hari guru ini. Oh~ sungguh terharu kerana layak menerima cek royalti walaupun jumlahnya tidak sehebat penulis-penulis lain, namun syukur kehadrat Ilahi kerana nombor-nombor itu adalah rezeki... alhamdulillah....

Al-kisahnya, buku ini dibuat bersama empat orang penulis, maksudnya lima penulis, termasuk saya. (^_^) Maka royalti buku ini dibahagi kepada lima. Apabila jumlah pada cek didarab dengan lima, masya-Allah... alangkah hebatnya jumlah royalti bagi buku ini, padahal buku ini kecil sahaja, malah karya di dalamnya lebih kepada karya suka-suka, supaya menjadi hadiah kepada guru tersayang, yang lain daripada yang lain.

Terima kasih sekali lagi kepada semua pembeli. Juga terima kasih kepada unit PTS One dan para penulis bersama bagi buku ini. *wink wink*

Mengapa buat entri begini?

Kerana saya mahu ajak kawan-kawan lain supaya turut menulis buku sendiri kerana ini antara kegembiraan menjadi penulis. Walaupun duit bukan tujuan menulis yang utama bagi sesetengah pihak, namun tulisan yang diterbitkan pasti ada nilai bisnes. Maka mahu tidak mahu, pasti melibatkan jual beli.

Namun yang lebih memuaskan hati adalah apabila karya yang kita tulis itu, yang kita hantar kepada penerbit itu, memberi kebaikan kepada pembacanya. Itu adalah ganjaran terbesar, iaitu pahala menyebarkan ilmu.

Masih tidak mahu menulis?

Dapat wang. Dapat pahala (sekiranya ditulis dengan moral yang baik). Haaa...

Mahu cuba?

Hantarkan proposal karya kawan-kawan ke editorial@pts.com.my, dan akan ada editor bertugas menjawab e-mel terbabit. Sekiranya mahu terus hantarkan ke PTS One, boleh sahaja dengan menghantar e-mel ke ptsone@pts.com.my. Namun yang dihantar ke PTS One ini hanyalah genre fiksyen kanak-kanak, remaja dan dewasa ya.

Mahu tahu lebih lanjut, e-melkan pertanyaan ke alamat e-mel seperti di atas.

Okey, jumpa lagi ya! Assalamualaikum! :love:

P/S: Oh yeah!! <- perlu ke? T_________________T

08 June 2010

Tajuk: Hujung Minggu Saya Yang Lalu

Assalamualaikum saya ucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian. Semoga hari Selasa yang berbahagia ini, memberikan seribu satu manfaat kepada kalian semua.

Apa khabar, rakan-rakan? Harap sihat-sihat sahaja. Mari doakan semoga saya cepat sembuh kerana batuk-batuk yang angkuh ini masih bermastautin di dalam diriku.

Baiklah.

Formal, bukan? Hahahaha!

Mungkin sudah sedikit gila kerana di rumah masih tiada talian Internet... wo... woo... wooo.... T______________T

Ini laporan seperti biasa. Tiada yang tanya, namun saya akan gigih laporkan juga. Terimalah dengan hati terbuka.

Minggu lepas, saya tidak dapat menyertai PTS One di Read Malaysia kerana tidak sihat yang amat sangat, dan batuk bertubi-tubi. Maka...

Aktiviti menarik yang pertama: Gagal.


Bagaimana pula dengan aktiviti menarik yang kedua?


Alhamdulillah... setelah berusaha menelan segala macam ubat-ubatan, hari Ahad itu saya mampu bangun dengan sedikit sihat walaupun masih batuk-batuk. Terima kasih duhai Tuhanku kerana memberikan saya peluang ke Melaka bersama keluarga tercinta.

Yang menariknya, saya tidak menemui pantai di Pengkalan Balak itu.

Ha ha ha. T,T

Adakah sudah berpindah?

Saya hanya jumpa Tanjung Bidara.

Adakah pantai di Pengkalan Balak itu adalah Tanjung Bidara?

Ataupun itu adalah dua pantai yang berbeza?

Maaflah... saya sering corot dalam mata pelajaran geografi... wakaka. Jadi agak kurang mengambil perhatian berkenaan hal ini, kerana yang paling penting, saya berjaya melihat laut. (^o^) Wooohooo! Sejuk sungguh angin di Tanjung Bidara itu. Namun oleh kerana hari sedang terik, maka tidak mungkinlah berjemur dengan megah. Nanti Naomi Campbell hilang mata pencarian.


Posing memang perlu seakan-akan mahu
menyertai rancangan 'Gadis Melayu'.

Selepas puas melihat laut, kami pun berganjak pulang. Namun kakak saya masih mahu berjalan-jalan, maka dia mencadangkan supaya kami ke...




A'Famosa Resort!!! ^______________^


Ya, benar sekali. Ini pertama kali saya ke sana, malah pertama kali juga mengetahui kewujudannya. Hahaha! Semasa kakak saya ajak ke sana, saya hanya menuruti tanpa sebarang jiwa kerana tidak tahu apakah itu A'Famosa Resort. Namun kami hanya ke Animal World kerana sudah petang dan berpakaian ayu pula.

Seperti yang dijangka, tengok harimau, singa, beruang, monyet, ular, buaya, rusa, kerbau, lembu, seladang, kancil, burung, ikan dan sebagainya. Namun saya tidak jangka yang saya dapat menggenggam anak-anak ayam!!! Hahahaha!

Comel sangat, bukan?!


Serius geramlah bermain dengan anak-anak ayam itu! Bulu mereka sangat lembut!!! Saya memang sangat mahu memegang anak ayam kerana kelihatan menggeramkan. Tidak sangka pula pergi ke Animal World adalah impian yang menjadi kenyataan. Hahahaha! Hahahaha! (Gelak dua kali bagi menandakan hati yang sangat puas.)

Bukan itu sahaja. Satu lagi impian saya juga menjadi kenyataan di sana.

Hahaha! Dapat memegang unta yang gemar tersenyum.
Seksi bibir kau, Ta. (Siap ada nama manja) =D


Dengan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Allah atas peluang ini, kepada emak yang menaja tiket masuk, kepada kakak yang memberi idea bernas, kepada pemilik A'Famosa Resort, kepada para penjaga haiwan kerana mereka kelihatan sihat dan gemuk, kepada haiwan-haiwan yang menunjukkan mereka sihat dan rela digemukkan, serta kepada semualah yang terlibat!

Maka, sekiranya kawan-kawan ada sedikit duit yang tiada tujuan penyimpanan dan rasa agak bosan, bawalah mereka yang tersayang ke sini. Banyak aktiviti menarik! Saya juga kalau ada peluang lagi, mahu ke bahagian lain pula kerana sangat besarlah di dalam itu. (^_^)

Namun saya kurang senang melihat pertunjukan gajah yang kami tonton sebelum pulang. Saya lihat cara penjaga gajah yang bukan dari Malaysia itu kerap kali mengkasari gajah-gajah itu, terutama apabila gajah itu gagal lakukan rutin mereka. Saya tengok sambil berkerut-kerut. T,T Kasihanlah... huhuhu. Harap mereka dijaga dengan baik walaupun tetap gemuk.

Sekian, terima kasih.

Eh, saya juga berharap hari minggu kawan-kawan yang lalu berjalan dengan lancar, dan kamu, kamu serta kamu sentiasa sihat sejahtera.

Baiklah, jumpa lagi!

P/S: Hey, memang tak mahu tanya lagi berkenaan bahasa ya? Apa beza riak dan riyak? Ha... apa beza? *emo*

04 June 2010

Tajuk: Hujung Minggu Saya Kelak

Apabila baca entri ini dan mahu tulis entri kali ini, seperti akan melakukan sesuatu yang orang Perancis gelar... deja vu.

Haaa... takut tak? Hahaha tak pasal.


Assalamualaikum semua. Hai hai hai! (^_^)

Entri kali ini sekadar menguar-uarkan aktiviti pada hujung minggu ini pula. Saya memang suka beritahu walaupun tiada yang kisah. Lucu, bukan?

Baiklah. Saya masih belum sembuh daripada batuk-batuk yang mencengkam jiwa dan raga, terasa seperti ditusuk kuku helang setiap kali ia menyerang, namun harap saya dapat melakukan dua aktiviti menarik pada hujung minggu ini. Terimalah....

Aktiviti menarik yang pertama:

Hari ini sudah bermulanya pesta buku Read Malaysia di MIECC, The Mines. Boleh lirikkan mata anda yang cantik itu ke banner di sebelah kanan anda. Tahun ini PTS tidak buka booth, namun buku-buku PTS akan dijual melalui pengedar yang hensem iaitu pihak Gramedia. Daripada gosip liar yang didengari, diskaun yang diberikan adalah 20%!!! Wow gitu! Marilah memborong buku di sana ya.

Bagi memeriahkan suasana, PTS One dijemput mengisi ruang
pentas aktiviti pada hari Sabtu (esok) jam 2 hingga 4 petang bersama para penulis Kisah Si Puteri seperti Aizam Aiman, Natasha Effyzal dan Iman Qaisara. Ada permainan puzzle, mewarna dan bercerita. Sesiapa yang mahu turut serta, marilah ya. Bawa adik-adik, anak-anak, ibu-ibu, bapak-bapak sekali juga boleh.


Inilah kegigihan.

Aktiviti menarik yang kedua:

Akan ke Melaka sekali lagi pada hari Ahad ini. Wahahahaha! *gelak dengan tawaduk hingga batuk menyerang bertubi-tubi dan menakutkan anak jiran*

Kali ini bersama keluarga bagi memenuhi jemputan walimah di Pengkalan Balak. Haaa... kepada pemberi komen pada entri lalu iaitu Tuan Aku Azman @ Saiful, saya akan ke sana Ahad ini!!! Wooohoooo! Mari lihat keindahan di sana pula ya, Husna? Ya? Ya? Yalah.


Ini antara gambar yang muncul apabila klik imej 'Pengkalan Balak' di Google. Adakah benar semua ini? Adakah sebegini indah? Harap tidak mempermainkan perasaanku yang rapuh ini. Oh~

Baiklah. Sekian sahaja laporan daripada saya. Semoga kawan-kawan juga menggunakan hujung minggu ini dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan anggap tidur dan makan sambil menonton DVD cetak rompak itu sesuatu yang hebat, kerana pada waktu itu, saya sedang berjalan-jalan di The Mines ataupun Melaka. Tidak rasa tergugat??! Bangkitlah wahai anak bangsaku.

Pembaca baharu: T,T poyo la kakak ni...
Pembaca lama: Inilah yang kami perlu hadapi sejak bertahun yang lalu.
Penulis blog ini: Bertabahlah....

P/S: Sekarang terpaksa menghadapi ketiadaan talian Internet di rumah kerana encik petir sudah memanahnya hingga tidak berfungsi. Maka agak berusaha kemas kini blog di pejabat. Segala surat-menyurat adalah amat dilayan. T___________T Zaman Hang Tuah ke apa ni??! Internet!!! Kembalilah kepada diriku!!!

03 June 2010

Yey yey!!! =D

Wah!!! Sangat gembira!!!

:love:

^___________^

Yahuuuuuuuu!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Terima kasih Cik Azreen!!!


Nampak bingkai gambar yang comel itu?

Itu Cik Azreen hadiahkan kepada saya.
Mulia sangat gadis ini, kan? Terharu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...