24 June 2009

Tulisan Secara Pukal

Akan ada masa, apabila kita mahu mengemas kini blog, kita tiada apa yang menarik mahu dikongsi bersama ataupun ada yang mahu dikongsi bersama tetapi perkara itu tidak menarik. Ini yang berlaku pada saya, bermula sekarang.

Jam 2.10 pagi. Masih menghadap laptop dengan tiga window pada taskbar saya. Pertama, manuskrip yang perlu saya edit, kedua Mozilla Firefox dan terakhir, Windows Media Player yang dok ulang lagu yang sama. Daripada tiga window itu, hanya dua yang aktif diklik. Mozilla Firefox yang ada dua tab iaitu Facebook dan Blogspot, dan Windows Media Player. Window manuskrip yang perlu diedit hanya saya klik apabila perasaan bertanggungjawab yang tinggi mula muncul.

Masa tidur saya sudah mula kucar-kacir.

Saya bangun tidur seawal biasa, tengah hari sudah pandai tidur di meja pejabat disaksikan rakan sekerja yang lalu lalang, pulang seawal yang mungkin, makan malam dengan banyaknya, naik ke bilik, berhuhahuha dengan Wafa Munirah, dan senyap. Sekitar jam 8.30 malam, saya sudah terlelap. Jam 10 ataupun 11 malam, saya terbangun. Kadang-kadang dikejutkan dengan SMS daripada orang yang hebat dan sangat saya kagumi, kadang-kadang terbangun kerana saya rasa saya perlu bangun. Ketika bangun, fikir perlu buat kerja. Sudah bangun, fikir perlu main Internet puas-puas seakan-akan di ofis tidak disediakan talian Internet.

Penyakit zaman moden.

Saya pernah rasa begitu terseksa dan hilang keyakinan diri untuk hidup akibat ketiadaan talian Internet di kampung saya yang agak jauh daripada bandar. Ketiadaan Internet selama hampir seminggu pulang berhari raya di Batu Pahat. Kafe siber memang tidak pernah wujud di pekan berhampiran. Broadband yang dibawa umpama entiti berwayar tanpa guna. Tiada connection.

Hendak berjalan-jalan berjumpa rakan taulan mahupun saudara-mara tidak diberikan keizinan oleh Y.A.B. Perjalanannya jauh.
Bahaya katanya. Tambahan pula saya ini gadis comel yang....

Oh ya, cerita majlis pertunangan Wafa Munirah.

Secara keseluruhannya, alhamdulillah semua okey walaupun pihak lelaki tiba lewat sejam daripada perancangan asal. Biasalah masalah konvoi ini, apabila ada yang yakin dia tahu jalan, akan end up menjadi kereta yang sesat sehingga perlu ditunggu di mana-mana stesen minyak berhampiran. Hehehe, cuak sungguh mereka apabila tiba di rumah kami. Tetapi semuanya baik-baik saja.

Saya adik kepada Wafa Munirah, merangkap mak andam (yeah! Saya sudah berjaya kecapi impian zaman sekolah saya), jurugambar kedua, tukang meletakkan hantaran-hantaran di hadapan tetamu persis dayang yang keluar masuk menari menghiburkan kerabat diraja, 'ayah bakal pengantin' kerana sibuk bersalaman dan mengucapkan "Terima kasih kerana sudi datang" kepada para tetamu, menjadi tabung sementara segala duit salam kaut, pembuat air sekiranya air di dalam jag habis dan sibuk melayan pertanyaan rakan-rakan emak seperti "Awak bila lagi?", "Seri dah ada tu, mak cik rasa time awak tak lama lagi la tu" dan "Jangan lupa jemput mak cik bila time awak pula ya? Dulu kecik je... skang dah besar dah." Tambahan, beberapa minit selepas tetamu terakhir pulang, sudah mula memegang penyapu, mengemaskan meja dan kerusi, membasuh pinggan mangkuk, membuang sampah, menghabiskan makanan mana yang boleh, melayan aksi kucing-kucing yang seharian rasa terabai dan 'menyelesaikan' hantaran Wafa Munirah berupa coklat hebat dan kagum seperti
Ferrero Rocher.

PENAT!

Ini baru majlis pertunangan. Rasa seperti kaki sudah serupa sawi rebus. Terlalu sengsara menjadi pelancar majlis orang sehingga saya berfikir, saya kelak mungkin tidak perlu bertunang. Kahwin terus supaya penatnya biarlah dua kali (rumah sendiri dan rumah pihak lelaki). Hahaha! Tetapi manis juga ya ada gelaran tunang orang? Hmm... tengoklah macam mana kelak. Kena tengok juga permintaan orang tua bagaimana, kan? Saya masih muda dan tiada perancangan kahwin dengan sesiapa. Sila pertanyaan dan fikiran seberat ini pergi menjauh dengan segera.

Ini sahaja perkongsian buat kali ini. Konon nak tulis pendek sahaja, namun masih begini. Maaflah.

Selamat menunaikan puasa sunat di bulan Rejab. Semoga kelak berjumpa pula dengan bulan Syaaban, kemudian dengan bulan Ramadan, kemudian kita boleh raya sama-sama dan harap saya kekal kelihatan muda supaya mendapat duit raya dengan perasaan girang (walaupun sudah tidak menerimanya sejak beberapa tahun yang lalu, huhuhu.)

Wassalam.

P/S: Perlu bersabar mendengar komen-komen hebat rakan taulan yang berjaya menonton Transformers. Saya sudah buat date dengan rakan saya yang tinggal di dalam cermin, agar mencari ruang menontonnya juga. Mana boleh tidak tengok! Saya akan dikategorikan manusia Paleolitik! Cukuplah hinaan yang saya terima kerana handphone canggih saya tidak ada (Baca: malas nak setting balik) MMS.


Awak tunggulah saya datang menonton awak ya?

8 comments:

aku-H said...

waaa...aku org 1st ka?!!
pnat o0o mjlis kawen..
abg aku kawen rtu nk mati mngemas..
nekn mjlis umh ppuan..lgla!!
wei!!aku da bli tiket transformers!
Bli pd ari sbtu 20/6 tuk tgk 26/6..
Dpt seat tgh!!cilakok!!
gile awal org bli!!
baik ko cpt!!hehehe

Blog Rasmi Motivasi Minda said...
This comment has been removed by the author.
o_o said...

Selamat Sambut Bulan Rejab jugak!!!
Pi lah tgk Transformers 2 cpt...
Gerenti takleh tarik nafas
Byk sangat action,meletup sana-sini!
Sampai nadi aku laju tak teraba...
peghh..

Oppss...Sori,tetiba aku jadikan ni ruangan review transformers pulak :X

Vodlafin @ Isfahan said...

majlis2 sedemikian memang sangat memenatkan...hal yang sama berlaku kepada saya...

tapi satu perkara yang baik daripadanya ialah adik beradik yang mana kita bertungkus lumus untuk majlis mereka ini, akan lebih menghargai diri kita dan juga membuatkan hubungan adik beradik menjadi lebih rapat dari sebelumnya...ini yang berlaku pada saya :)

harap saudari tidak gusar dengan desakan mereka yang bertanya...kahwin kerana desakan orang atau usia tak semestinya membawa bahagia. Bila sudah tiba masanya pasti akan ada. Jodoh kan sudah ditentukan Allah :)

Blog Rasmi Motivasi Minda said...
This comment has been removed by the author.
Sna La La said...

aku-H,
hehehe ya tahniah jd yg 1st!
itulah... penat sungguh kenduri-kendara ni.
perlu bina stamina utk majlis nikah beliau kelak. huhuhu.
hampeh sungguh dikau sudah membeli tiket.
tak pa, tak pa. (tetiba tulis utara)
saya juga akan menyusul kelak.
jika ada rezeki ;)

Tuan Zamri,
saya mengelak melihat FB tuan.
terima kasih atas warning itu. haha!

o_o,
Selamat menyambut bulan Rejab juga!
Tak pa, tak pa. (tulis utara lagi)
Saya pastikan diri saya menontonnya juga. Hehehe.
Thanks for the review ;)

Vodlafin @ Isfahan,
Yaaa... sgt memenatkan.. huhu..
bab rapat tu masih saya belum saksikan.
sama sahaja kami rasanya. haha.
bab jodoh tu, ya saya tidaklah begitu gusar.
tidaklah pula akan berkahwin krn desakan org.
cuma penat melayannya dgn sopan santun dan senyuman manis. hehehe.
tetapi masih "layankan aje..."

miehaimie said...

menjadi pelancar majlis pertunangan belum pernah... tapi menjadi pengapit yang dipaksa berpantun itu barangkali perkara pertama dan terakhir yang aku akan buat..

anak kambing makan maggi
makan maggi bersama mawi..
jangan kita bertangguh lagi..
pengantin dah lama ready..

inilah hasilnya kalau kamu buta pantun..

lantaran pengantin orang johor.. aku cuma ingat mawi je waktu itu.. maggi tu aku makan beberapa jam sebelum jadi pengapit..(setelah 14 ekor cacing dalam perut mati kelaparan).. sungguh kurang sopan mereka tak memberi makan pada pengapit..

kelak.. kalau kamu jadi pengapit.. jadilah pengapit yang bisa berpantun ye cik sna..

p/s: best sangat ke transformer.. ahh!! wonderpet ngan spongebob lagi layan..

moga hari kamu lebih indah dengan cinta..

Sna La La said...

hahahahahahahaha!
kelakar la pengalaman awak, bro Fahmi.
dan pantun tu mmg 'klasik' la.. hehe.
saya sebolehnya mengelak menjadi pengapit.
harap saya tidak dioffer menjadi pengapit oleh sesiapa.
tangan saya mudah lenguh apabila memegang payung lama-lama.
atau melakukan perbuatan berulangan seperti mengipas pengantin. haha.

huui.. transformers layan!
spongebob itu, ya saya setuju.
wonderpets? naaayyhhhh... haha!

moga harimu lebih indah dgn cinta juga ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...