28 July 2009

"Saya nak jadi apa besar nanti?"

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi tibanya bulan Ogos yang tidak dinanti-nanti. Sangat sedih apabila memikirkan perpindahan dan perpisahan yang bakal berlaku. 'Owww... wadehel....' (ayat kegemaran rock star batch kami yang sekarang sudah jadi guru muzik). Mengenangkan hari-hari bekerja yang sangat sibuk, selesai satu kerja, tambah dua kerja, selesai dua kerja, tambah lagi kerja, saya ada rasa mahu berhenti daripada berbuat apa-apa dan duduk memandang ke hadapan sambil tersenyum lega. Hakikatnya, kalau makan pasir berlaukkan daun itu sedap, saya pasti akan berhenti kerja dan hanya duduk di buaian setiap hari.

Dikenang-kenang kembali, seperti entri terdahulu, ya inilah cita-cita saya. Cita-cita yang dibentuk sejak di sekolah menengah. Seperti kawan saya yang di atas itu, guru muzik bukanlah cita-citanya. Bidang penyiaran yang dipelajarinya tidak membawa apa-apa peluang pekerjaan, sehinggalah dia berbakti sebagai seorang guru. Kadang-kadang ada juga terima SMS daripada dia.

'Huzz, (ini nama manusia lembik yang dia suka panggil saya) jomlah jadi cikgu. Best beb. Sekolah aku ada nak guna cikgu bahasa Inggeris ni. Apply la.'

Saya baca SMS kirimannya dengan senyuman sahaja. Ada geleng-geleng sedikit. Saya balas SMS itu dengan ucapan terima kasih atas info itu, dan ucapkan semoga dia menjadi cikgu yang baik.

Dan dia begitu gembira menjadi seorang guru sehinggalah sekarang, sedangkan titik pemulaan dia sebagai guru itu hanyalah suka-suka, kebetulan, sementara mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya.

Saya? Saya berjaya mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya, cita-cita saya dan apa yang saya reti buat. Nak kerja jadi pelukis pelan, saya hanya tahu lukis epal, pokok, awan, itik, ayam, gula-gula, rumah ada serombong asap ala-ala rumah manusia katik dalam cerita Snow White dan burung yang sekali pandang seperti logo McD yang berwarna hitam. Nak jadi doktor, darah merupakan aset penting dalam membuatkan saya pitam dan pening kepala. Maka editorlah yang paling sesuai.

Dan saya akan teruskan cita-cita ini selagi mana saya boleh, kerana pekerjaan sebagai editor di PTS terutamanya PTS One merupakan satu cabaran yang sangat manis walaupun perit kadang-kadang. Expectation manusia itu terlalu tinggi, dan kita perlu paksa diri kita untuk berusaha lebih tinggi seinci daripada expectation itu.

Semoga kami semua dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.

Berfikir kembali, saya bertuah ada pekerjaan. Di PTS pula tu. Ada ramai yang bermati-matian untuk menjadi warga PTS, tetapi atas beberapa sebab, mereka tidak diterima. Sama ada rezeki mereka sudah ditulis untuk mendapat yang lebih baik, ataupun Allah mahu mereka jumpa yang teruk dahulu sebelum bertemu dengan yang baik. Mana-mana pun, Allah itu maha adil. Dia ada perancangan-Nya. Jangan putus asa. Bak tulisan Bahruddin Bekri, '
Kita jangan sesekali mendahului kerja Tuhan.' Selagi Allah masih berikan kita peluang menghirup udaranya, kita masih dituntut untuk berusaha.

Saya, paling tidak, membuat pekerjaan yang saya pernah cita-citakan. Maknanya saya boleh, sebab itulah saya bercita-citakan pekerjaan ini. Tapi pernah ataupun tidak kawan-kawan bercita-cita menjadi pengetua? Saya langsung tidak pernah. Nak jadi cikgu pun mengelak-elak, inikan pula menjadi pengetua. Tapi apa yang kalian akan buat sekiranya kalian dipaksa menjadi pengetua, di kolej swasta yang sangat mewah, dan umur kalian baru 23 tahun? Seorang remaja perempuan pula! Oh kalau saya, saya akan berfikir selepas saya pitam seminggu dua. Saya respek siapa yang mampu jadi seseorang yang tidak pernah difikirkannya. Kalau kau seorang penagih, tak yahlah nak bangga pula walaupun memang dari tadika tak terfikir nak jadi penagih. Kau dah keluar topik ni brader. (Abaikan ini. Ini monolog dalaman.)

Ada masa lebih, ada duit lebih, apa kata beli buku-buku di bawah.

Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua? karya Kusyi Hirdan ini adalah buku pertama yang saya edit dan uruskan ketika awal-awal saya bekerja di bawah PTS One. Itu buku susulan selepas Mengapa Aku Jadi Pengetua?. Kalau ada antara kalian yang sudah baca, dan buku ini ada kesalahan dari segi ejaan dan sebagainya, silalah mengadu domba kepada saya. Hehehe... saya akan betulkan sebelum buku-buku ini diulang cetak (insya-Allah, mudah-mudahan buku-buku ini diulang cetak... amin... amin... meh la amin sama-sama, hehe).

Watak Izah dalam buku inilah yang berumur 23 tahun dan tiba-tiba dipaksa menjadi pengetua kolej swasta milik kakak iparnya yang meninggal dunia. Ha... nak tahu bagaimana kesudahan cerita ini? Belilah... tak nak beli pun tak apa. Sila paksa orang yang anda kasihi hadiahkan untuk anda. Hehe.

So... apa cita-cita kalian? Mana yang masih belajar, memang time belajar inilah masa nak corak hala tuju. Tapi kalau dah habis belajar nanti kerja bidang lain, tak ada salah pun. Best apa kalau tiba-tiba yang ambil jurusan ladang jadi chef. Mana yang sudah bekerja, gembira tak dengan kerjaya anda? Sama tak dengan cita-cita zaman muda dulu? Kalau ada yang mahu kongsi, boleh kongsi cerita di sini. Kalau tak ada sambutan pun tak apa. (Nada sayu) saya sudah biasa hidup dalam kesunyian. (Eyewww....)

Hahaha, wassalam! Sehingga berjumpa lagi!

6 comments:

aKu NaKaL said...

Begitukah.. x)~

Maxmagic said...

Dulu masa kecik-kecik cita-cita nak jadi besar.. dah besar ni rasa nak jadi kecik balik...

alifstyle said...

Husna, cita-cita aku, nak baca novel tulisan kau. I'm your fan!

Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Betul-betul. Novel! novel! (Gaya orang gasar mengangkat tulang dinasor)

Castelano said...

Hahaha...betul sungguh bak kata cik husna. Memang susah untuk menjadi keluarga PTS secara rasmi kan Alif?Kan? Kerana percayalah saya pernah mencubanya tidak lama dulu. Akan tetapi keluarga lain pula yang memanggil. hehehe Takde la gurau je sedara Alif dan Husna. Insya'Allah ada rezeki dapat gak berdiri sebaris dengan Alif dan Bahruddin Bekri serta cik Husna kan?

Sna La La said...

(Boleh ke saya panggil tuan-tuan dengan nama? Ke nak saya tulis ikut username je? Tanya, tapi dah tulis. Hehehe.)

Man,
Begitulah ;)

Ismail,
Awak mmg dah besar tp tetap kecil.
Kurus pula tu. Jeles i!

Alif,
Kenapalah kamu bercita-citakan sesuatu yang sukar itu?
I'm ur fan too, bro!

Tuan Zamri,
Aduh...

Castelano,
Hehe... saya aminkan tulisan kamu.
Semoga cita-cita menjadi penulis itu tercapai ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...