30 July 2009

"Waktu saya kecil, saya nak jadi...."

Mukadimah entah apa sebab:
Sekira dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain, hidup saya tidaklah begitu memenatkan. Maksudnya, kerja saya hanya duduk di atas kerusi, menghadap kertas yang menari-nari abjad kecil bagaikan jutaan semut yang mampu melayarkan saya ke dunia mimpi, menghadap skrin komputer yang lebih melaghokan saya tetapi saya gemarkannya, dan meja yang sekejap kemas, sekejap bersepah. Ada yang sampai bekerja 7 hari seminggu, ada yang
straight 3 bulan ke hulu ke hilir menjelajah Malaysia untuk buat penggambaran drama, dan ada juga yang sudah hampir setahun tidak menjenguk mak ayah di kampung kerana sangat sibuk dengan kerjaya di ibu kota. Takrif penat saya sekiranya dimasukkan ke dalam kamus kerjaya kawan-kawan saya yang lain, pasti tidak valid. Penat saya bagi mereka hanyalah tenaga yang mereka keluarkan untuk membancuh Nescafe.

Assalamualaikum dan berjumpa lagi kita (^_^).


Saya secara dasarnya ialah gadis kampung. Kajang bukannya bandar. Sebermulanya saya menghirup udara milik Tuhan, walaupun tika itu saya dilahirkan di Kuala Lumpur, hakikatnya saya hidup bertahun-tahun di pekan kecil ini. Pekan yang saya kira, masih pekan sehingga ke hari ini walaupun tarafnya mungkin sudah berubah, sudah banyak pusat membeli-belah, sudah makin ramai penduduk, sudah mencanak-canak bukit ditarah bagi mendirikan teratak manusia.


Saya betul-betul mula mengenal dunia luar pada waktu saya menerima tawaran menyambung pengajian diploma di UiTM Arau. Geografi saya sangat teruk. Saya hampir menangis tidak mahu pergi walaupun keinginan mengambil diploma itu lebih tinggi daripada meneruskan hari-hari mendung menghadap STPM kelak, kerana saya sangka Arau itu di Sarawak. Bengong, bukan? Hehehe... kakak saya sudah gelak hampir terguling-guling apabila melihat wajah cuak saya dengan mata berkaca, bersungguh-sungguh berkata, "Tak nak, tak nak pergi! Kat Sarawak!" sejurus membaca perkataan Arau.

Tiada apa yang saya cela mengenai Sarawak. Hanya saya, sebagai gadis kampung yang 18 tahun tidak pernah hidup di luar pekan Kajang waktu itu, merasakan negeri itu sangat jauh. Perlu merentas lautan.


Tetapi apabila kakak saya kata yang Arau itu di Perlis, saya menarik nafas lega tetapi saya sekali lagi rasa berat hati. Percaya ataupun tidak, saya membayangkan utara Malaysia itu, yang diiringi perkataan Indera Kayangan itu, negeri yang terapung.
Seriously. Saya fikir Perlis itu ialah sebuah negeri yang juga sangat jauh, tinggi dan terawang-awang kerana perkataan 'kayangan'. Saya hingga ke hari ini tergelak mengenang kembali kenaifan dan betapa katak-di-bawah-tempurung-nya saya. Sudahlah kurang menjelajah, membaca pun malas. Hambik.

Dan monolog dalaman paling bodoh pernah saya ungkapkan sejurus tiba di utara Malaysia ialah, 'Perlis ini macam Selangor jugalah sebenarnya. Masih di atas bumi. Taklah teruk sangat.' Tergamak pula saya nak rasa lega kerana Perlis itu tidak terapung, dan bukannya nak lega hal lain! Apakah ini?


Berbalik cerita hidup di pekan.


Saya
 sememangnya kurang pendedahan dunia luar. Ada baiknya apabila mempunyai ibu bapa yang tegas dan berperwatakan ala kuku besi dalam membicarakan soal kebebasan anak. Saya tidak pernah tahu apa itu lepak minum-minum sehinggalah saya masuk universiti. Bagi saya, nak minum, dapur saya ada air. Buat apa minum di kedai. Lepak yang paling kuat saya buat dulu pun ialah pergi ke kafe siber dua jam lebih awal daripada bermulanya waktu sekolah. Saya tidak pernah tahu ada kawan-kawan yang ke Metro Kajang dengan berpakaian sekolah pada hari bersekolah. Saya hanya tahu, habis waktu sekolah, balik.

Yang kurang baiknya, efek seperti di perenggan ke-4. Tapi itu mungkin salah saya yang malas membaca dan liat belajar geografi. Ibu bapa tidak bersalah.

Ketika di sekolah rendah, saya masih tidak tahu apa yang saya mahu jadi apabila saya besar nanti. Kolum cita-cita pada borang yang cikgu edarkan sangat menyesakkan dada saya. Saya cuba menulis sesuatu yang tidak klise seperti cikgu dan doktor, tetapi saya tidak dapat menarik idea-idea kerjaya yang wujud. Ini juga salah satu efek akibat malas membaca sebenarnya. Saya hanya tulis cita-cita saya pada subuh, hari borang itu perlu dipulangkan kepada cikgu saya dengan tulisan tangan yang kelam-kabut. 'Jururawat'.

Hidup terperuk begitu membuatkan saya banyak menonton televisyen. Zaman itu zaman tidak ada komputer sendiri. Internet pun perlu dicatu-catu penggunaannya kerana setiap bulan bil dicas ikut berapa banyak kita guna. Tak macam sekarang. Sudah ada cas tetap ikut kemahuan kita. Apabila di depan TV, berita bukanlah agenda utama menontonnya. Tentulah rancangan-rancangan hiburan seperti Muzik-muzik kerana saya gemar menyanyi. Apabila (hai banyaknya 'apabila') ada artis kegemaran buat persembahan, mulalah sesi sing-a-long.

Rasanya semua manusia gemar menyanyi. Cara mudah menghilangkan stress. Melihatkan artis-artis itu, kadang-kadang pernah juga ada rasa mahu menjadi seperti mereka. Walaupun tidak pandai berlakon ataupun menyanyi, artis itu kerjaya yang paling hebatlah pada saya waktu itu. Saya pernah terfikir hendak menjadi salah seorang ahli kumpulan Elite. Rasa hot kalau dapat muncul dalam videoklip bersama Abby, Shasha, Azza, Watie dan Linda Rafar. Menyanyi di belakang lorong dan dicelah-celah almari itu kelihatan sungguh bergaya.


Nasib baik saya masih waras. Tapi lagu Trauma tetap best.

Apabila saya ditugaskan mengedit dan menguruskan karya Lily Haslina Nasir, saya tersenyum. Kisahnya hampir sama dengan saya yang kecil, tetapi tidak serupa. Kisah Aril, jejaka yang berasal dari kampung, yang bercita-cita menjadi penyanyi, tetapi pada masa yang sama turut menanti tawaran menjadi bilal. Orangnya naif, sangat berperwatakan orang kampung yang suci tetapi berani ke uji bakat program realiti. Kisah Aril ini ada iras-iras Raja SMS kita, terpulang bagi pembaca menilainya. Ending cerita ini ada twist, itu yang menarik. Nak tahu, belilah. Hehehe. Ini buku kedua yang saya edit, tajuknya Aku Bukan Superstar.


Zaman P. Ramlee, ahlil muzik itu dihina-hina. Zaman kita, ahlil muzik itu dipuja-puja. Berapa ramai anak-anak muda kita yang nak jadi Lan ex-Meet Uncle Hussein? Berapa ramai yang nak jadi Faizal Tahir? Berapa ramai yang nak jadi Liyana Jasmay?

Tepuk dada, tanya selera.

Kita masih muda!

Ataupun....

Kita sudah di akhir zaman!

Terpulanglah sayangku. Wassalam =)

P/S: Saya pun banyak khilaf dalam hidup saya. Saya banyak main. Saya banyak ketawa. Saya banyak mengabaikan yang penting kerana malas nak sesakkan minda. Marilah sama-sama berusaha capai yang terbaik.

10 comments:

Zamri Mohamad said...

Mujurlah Arau itu tidak disangka salah satu daerah Uganda. Jika tidak dialognya, "Tidak-tidak! Kena buat passport, balik Malaysia raya sahaja."

Unknown said...

Ya, kita masih muda, tapi dunia semakin tua..

Kita masih muda yang hidup di dunia akhir zaman..

KITA MASIH MUDA..

erm, bukan belia ker? ;)

Anonymous said...

Amboiiii...rajin ko bagi komen kat blog ni Mail? Ada apa ker??Hehehe tak la gurau je. Em entry awak kali ni sangat menarik dan berjaya menyayat hati saya. Sebab cerita kita lebih kurang sama, cuma saya betul2 kena sambung belajar kat UITM, Samarahan, Sarawak..Huhuhuhu..sungguh jauh dari Labuan. Tiga kali tukar kapal terbang tau...anyway gud luck to you..Ingat lepas ni nak jadi editor la. Macam best je..Mail, ko tak nak join aku ke?Hahaha...

K.A.A. said...

entry yang menarik...hehe
dan kisah arau itu masih satu rahsia :)

tapi ya, kita masih muda!
walau mungkin cuma dalam fikiran je...haha

bak kata pepatah,

"one cannot help being old, but one can resist being aged"

mari sama-sama berusaha! \(^o^)/

Unknown said...

uih, aku plak kena tempias ek Castelano? Erm aku dah apply nak jadik editor, tapi diorng kata, aku nak jadik cleaner pun tak sesuai pasal tak dapat nak membezakan antara vacum ngan hair dryer...

Zamri Mohamad said...

Ismail, kau katalah, bezanya adaah ejaan :)

aku-H said...

wei!!vdeo klip elite!!
hahahahahaha..
gile x thn!!
kire aku keji sket la dr ko..
sbb aku png brangan nk jd baby spice..
hahahaha

Husna Adnan said...

Tuan Zamri,
Begitulah nampaknya kalau Arau itu di luar negara. Hehe.

Ismail,
Hehe ye la ye la..
Awak muda, saya belia :p

Castelano,
Wah tukar kapal terbang 3 kali?
Aduh... penatnya...
Nak jadi editor?
Jangan, jangan. Bosan.
Jadi cikgu muzik lagi best. Hehe.

Vodlafin,
Hehehe ya, mari berusaha!

Ismail,
Jadi ahli silap mata lebih best.

aku-H,
HAHAHAHAHA! kau memang bikin aku gelak!
rasa nak sumpit je! xD

AdH said...

Assalamualaikum,

Menarik entri ini. Tersenyum bila pasal sambung belajar di Arau tu :D

Jumpa blog ni semasa ronda-ronda di internet. Hehe..

~~~

Opss..background blog same la.. *wink*

Husna Adnan said...

Wa'alaikumsalam,
Terima kasih Adh kerana sudi singgah ke sini. ;)
Aah la, background blog kita sama.
Wah berjodoh! Hehe *wink!*
Terima kasih sekali lagi! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...