11 January 2011

Yahuuuuuu!!!




Sudah dibuka! 

^_________________^


Alhamdulillah... terima kasih kepada semua yang sudi melawati blogshop saya yang sederhana dan ala kadar itu. Insya-Allah, ada masa, saya kemas kini lagi. Mohon maaf atas segala kekurangan, kerana saya lancarkan dengan agak tergesa-gesa memandangkan saya sedikit sibuk. Namun doakan saya ya! Sokongan kalian amat saya perlukan, dan amat saya hargai.


P/S: Nak kena buat satu sudut photography. Latar iron board, wayar berselirat dan meja yang sarat adalah tidak comel sama sekali. T_____________T Dan perlu beli patung hanya kepala yang menakutkan itu juga. Wawawa! Tengok muka sendiri posing, terus rasa macam nak pitam.


P/S lagi: Teruskan undian ya! Terima kasih semua yang sudi mengundi! :D

5 comments:

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. selamat berblog shop!

Ainn Ngainon said...

Tahniah. Sudah ada kedai sendiri. :)

faizalmukhtar said...

saya bukanlah hendak membeli tudung apatah lagi hendak memakainya :)

cuma saya sebagai rakan seperjuangan dalam bisnes online blogshop ini sekadar ingin berkongsi idea dan komen 3 perkara mengenai site yang baharu dilancarkan ini:

1. Modelnya cantik. Produknya cantik. Warna dan konsepnya juga cantik. Cuma ianya akan menjadi lebih cantik sekiranya penata foto meneliti latar belakang gambar dan membaikinya di masa-masa akan datang (lihat: iron board di belakang model)

2. Daftarkan atau labelkan SNA LA LA BLOGSHOP ini dengan cap mohor '®' atau '©'. Untuk keselamatan, dik! SERIUS!

3. Group Facebook SNA LA LA blogshop. Mesti ada. WAJIB.


Sekadar memberi pandangan.

Terima kasih,
FM

Isa said...

Tudung Ariani boleh tempah kat sini tak?

Ahaks!

Husna Adnan said...

Shukri,
Terima kasih!! ^_______^

Anim,
Terima kasih juga!
Harap istiqamah la, hehe.

FM,
Cadangan-cadangan yang bernas!!
Terima kasih sangat-sangat.

1. Itu saya sudah sedia maklum la... kan saya kata nak buat satu sudut photography... hahaha! Tunggu tau. Nanti nak beli mannequin juga, huhu. Sebab tak ada orang yang boleh ambilkan gambar, biarlah model adalah patung, dan saya jurugambarnya. Huhu.

2.Nak kena pergi mana ek daftar tu? Susah tak?

3. Ya, itu juga dalam perancangan. Nanti ada masa, akan dibuat!

Terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar!

Tuan Isa,
Ala Ariani ada.
Banyak dah di Jalan TAR tu, hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...