13 January 2012

Hahahahihihihuhuhu!


Warghhhhhhhhhhhh!!!

Rasa nak jerit kuat-kuat, 
dan terjun tiruk dalam sungai,
sambil makan aiskrim vanila coklat,
disertakan ayat-ayat meluahkan perasan hati,
dan bakar semua sampah yang ada di atas muka bumi!!!

halloween pictures, emoticons, costumes
MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Baik.

Ini luahan hati terhebat.
Oleh kerana tidak dapat meluahkan dengan ayat sebenar,
dapat luahkan apa yang hendak dibuat sekiranya dapat pun jadilah.

Masalahnya memang tidak akan dapat buat.
Kerana saya masih waras.
Alhamdulillah.

Demi menggembirakan hati, kenalah buat entri riang-riang.
Yahuuuuuuuuuu!!!
Pyong msn red fox emoticons

* Entri Tertangguh 10 Januari 2012 *

Menyambut hari lahir dengan bermesyuarat di pejabat PTS. Seronok juga sambut hari lahir pada siang hari dengan sesuatu yang berfaedah, terasa matang sedikit. Hihi. Alang-alang buat entri ini, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Cikpuan Editor dan Cikpuan Ilustrator yang sudi meluangkan masa bagi berbincang hal berkaitan. (Harap mereka bacalah entri ini.) Insya-Allah, selepas siap tulis entri ini, emosi saya akan kembali stabil dan mula menari-nari dengan riang seperti rama-rama terbang melata, lalu menyiapkan proposal. T_T


Wah, keeeelaaaas ada rama-rama gerak-gerak di sini.


Bermesyuarat sampai petang (mula pun memang petang), teruuuuus balik rumah laju-laju sebab sudah penat. Malam sebelumnya saya tidur lambat sebab menguruskan SnaLaLa Blogshop yang sudah lama (lama ke?) bersawang itu. Fuh~ sampai sahaja rumah, solat asar, terus BUM!!! Tidurlah kami suami isteri dengan begitu nyenyak. 


Tup tup sudah pukul lapan malam!!! 


Emak ketuk pintu, ajak makan luar. Memang rutin sambutan hari lahir di rumah ini, sama ada makan luar, ataupun beli makanan dan makan beramai-ramai. Kami yang terpinga-pinga, terus basuh muka, ambil wuduk, solat maghrib, bersiap ala kadar, dan bergegas ke restoran yang menjadi idaman mataku sejak kali pertama bersua mata.


Austin Steak House, Bangi.
Hebat tak pilihan hakak, yuolls?


Pertama kali ternampak ASH (malas nak taip, panjang sangat!) ini semasa dalam perjalanan ke Red Wok. Dia punya lampu yang megah berkilau itu yang menangkap mataku. Akhirnya... kita bersua jua!


Tiga budak baru bangun tidur. 
Yang hujung kanan itu tak tahu penat sebab apa.

Mak terchenta dan kakak sulung. 


Kakak kedua bersama abang ipar.

Sirloin steak milikku pada malam itu.
Sedap hingga menjilat pinggan orang sebelah.
Bagi saya dah cukup best, tapi mereka kata leper sangat.

Orang lain punya hidangan tidak berapa ambil peduli kerana lapar. Sekian.


Kesimpulan: Bagi saya, suasana di ASH dan makanan dia, boleh tahan. Memang cantik dalam dia, macam ala-ala koboi gitu. Menu tak banyak, tetapi okeylah sekiranya mahu makan makanan ala barat. Yang penting, kenyang... alhamdulillah. Terima kasih mak yang baik hati kerana membelanja kami semua! ^__________^ Love you! Ewah.


Oh, lupa mahu cerita. Pagi 10 Januari itu, saya terima SMS daripada orang yang tidak disangka-sangka. Memang terperanjat ioulls, sebab tetiba rasa macam VVVVVVIP.


YB Dr Che Rosli tuuuuu... mampu?
Siap nama penuh dan umur dia tulis. 
Akrab tak akrab kami berdua? Hahaha!


Tetapi...

sebenarnya...

pada malam 9 Januari...

saya dapat sesuatu yang lebih manis.

AUWWWWW! (=^____^=)

 
Hasil nukilan, lukisan, dan warnaan Encik Suami.
Kena tutup ayatnya, segan... :">

Mula-mula dia emo bertalu-talu. Kata, saya asyik tengok dia nak berkarya, nanti tak menjadilah, apalah. Saya pun emo juga, merajuklah kunun sebab orang itu halau kita dari bilik, dan membiarkanku tonton MasterChef Malaysia sendirian. Sedih~ Dia selalu juga melukis suka-suka, tapi tidak pernah emo sebegitu hebat semata-mata kerana saya tengok dia melukis. Makan dalam ye dia punya emo. Masa itu ada rasa lawak sikit, sebab dia emo kerana tak dapat tengok bola. Haha! >:D

Masa Masterchef Malaysia hampir habis, dia turun. Kata nak sambung tengok bola, walaupun bola dah second half. Saya teman dia tengok bola sampai habis, terus naik atas. Menghala ke 'meja' bekerja, letak laptop, terus mataku ternampak puisi chenta daripadanya, terlekat teguh pada dinding bilik.

Terus nangis. Terharu sangat-sangat!!!
T______________T

Dia kata dia tak dapat berikan hadiah mahal-mahal, jadi dia nak buat sendiri hadiah untuk saya. Dan dia sengaja emo suruh saya turun tengok TV sendirian sebab dia nak siapkan. Banyak kali juga dia minta maaf sebab tak dapat belikan hadiah. Wowowo.

Padahal... hadiah ini sudah cukup mahal bagi saya. :')

Tidak ternilai sebenarnya.

Tidak akan ada helaian kedua yang sama, yang dapat dibeli oleh sesiapa.

And that is the reason why this gift so special than the rest.


Terima kasih, kesayangan saya. 

Saranghae!!!

Pucca love animated gifs

Wah!!! MOOD SUDAH OKEY!!!
^_________^


P.S: Terima kasih kepada emak, adik-beradik, kawan-kawan dan sanak-saudara yang sudi menitipkan doa dan ucap selamat melalui SMS, FB mahupun 'muka ke muka'. Sayang semuanya! Terima kasih juga kepada Izati kerana sudi buat entri khas sempena hari lahir saya. Jom terjah blog dia!


P.P.S: Siapa mahu tempah 'Kawanku Panda', klik sini!


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

4 comments:

Shakina Farhan said...

ololo..comelnye! sweet sgt..

Anonymous said...

hensem la nazry~ ^^

NARUMI ISOZAKI said...

alololo~~~ comey & sweetnya! tak sangka abang nazry yg kelihatan 'serius' tu sweet juga aek! hehe... Semoga kekal hingga ke syurga kak! =D

Husna Adnan said...

Shakina:
Itulah dia... terkezut I. :">
Hehe.

Selo:
Terima kasih... (eh wakilkan diri boleh? haha!)

Izati:
Kan... hehe.
Amin... terima kasih atas doanya! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...