Assalamualaikum. Hai yalls....
Pada petang yang dingin ini, rasa macam mahu melahap segala coklat yang diborong semalam, walaupun batuk dengan agak hebat hingga mengakibatkan otot perut menjadi kejang. Namun emak kata sekejap lagi dia akan belikan KFC, jadi kena bertahan untuk tidak menyentuh sebarang coklat, selagi perut tidak diisi dengan KFC. Kelak hanya mengundang rugi kerana tidak mampu memakan KFC yang dibeli oleh emak tadi. *Wow, it rhymes!*
Daripada saya membiarkan kalian baca sesuatu yang tidak berfaedah, apa kata saya kongsikan ini, yang saya save dari laman web kegemaran yang terpaksa dirahsiakan namanya sebab banyak juga benda lagha di situ. Saya juga kurang pasti sama ada segala fakta di bawah ini tepat ataupun tidak, maka belasah sajalah ek. Terimalah~!!!
Bersurai....
6 comments:
saya baca kat buku yakjuj dan makjud, bermata biru adalah salah satu ciri-ciri kaum tersebut. wallahualam.
Wah ye ke? Kucing saya ada yang matanya warna biru, dan suka buat kacau. Satu interteks yang kuat di situ. *tetiba kaitkan dengan kucing T_T*
Sungguhlah terkagum dengan fakta Husna kongsikan di atas sehingga saya men-Google perkataan "Rome" di hampir setiap benua. Ahaha ^_^v
Sungguh benar apa yang dikata. Rome ada di USA (2,3 tempat lagi itu). Ada juga di India, Filipina, dan lebih mengejutkan, Tehran! Hehe
Yang tiada mungkin Australia dan India :)
Pertama kali agaknya komen di blog Husna. Semangat mahu komen kan~~
Wah... pakar travel sudah komen! Hebatnya Waida kerana sudah Google! Terima kasih atas pengesahan. :D
P/S: Waida sudah beberapa kali komen di blog sayalah. Hehe.
Hehe. Saya juga sudah tidak ingat. Mungkin kerana sering menjadi pembaca-sunyi-sepi (silent reader) di blog Husna.
Saya aminkan sahajalah apabila Husna kata pakar travel. Hihi.
Kan... moga masin mulut saya, hehe.
Post a Comment