05 April 2012

Baby, baby, baby, oh!


Assalamualaikum. :)


Masih ingat perenggan terakhir entri sebelum ini? Hohoho. Alhamdulillah, keesokan harinya, dalam pukul 9 pagi, 31 Mac 2012, saya mendapat anak-anak buah. Ya, anda tidak silap membacanya. Memang 'anak-anak buah', kerana mereka adalah...

 ... kembar!


Tetapi gambar baby berdua di atas itu bukanlah mereka... kuikui. Entah gambar anak siapalah yang aku songlap dari Google. Pinjam sekejap ek. Hingga hari ini, saya sekeluarga termasuk emak tidak dapat menjenguk para baby kerana mereka berada di dalam inkubator. Hanya kakak dan abang ipar dibenarkan masuk ke dewan bersalin yang menempatkan para bayi pra-matang demi penjagaan rapi. Kakak saya baru tujuh bulan tiga minggu, namun mereka sudah mahu keluar pula. Sungguh cergas baby-baby tersebut. =D

Takdir dan rezeki, kan... maka lahirlah kedua-dua baby dengan selamat secara normal, sedangkan sepanjang check-up, doktor kata kakak saya kena bedah. Alhamdulillah. Itulah salah satu hikmah. Mudah nak berpantang, jimat kos hospital, blablablabetul?

Jadi saya di sini, dengan rendah diri, mohon kawan-kawan doakan semoga Ainul Hayat dan Ainul Mardhiah sihat sejahtera, dan terus berkuat seperti bayi normal yang lain, amin....

Sekarang! Persoalan utama sudah menjelma.

Apa nama panggilan saya selaku mak cik??? Adakah....

1 - Mak Cik Husna
2 - Cik Na
3 - Auntie Husna
4 - Auntie Cuna 
5 - Tiuna
6 - Tiung T_T

Waaaaaaaaaaaaa tak sempat nak fikir, tetiba keluar, buat diriku nebes tak pasal kan! Tapi tetap tak sabar nak tunggu para baby berjaya dibawa pulang ke rumah ini sepanjang kakakku berpantang. :') Sambil jaga, sambil praktis. Yahuuuu!

Trivia: Tahukah anda? Pada tahun 2010, seorang bayi dinamakan Husna sempena nama saya? :">



9 comments:

Unknown said...

praktis..jangan tak praktis mak cik husna ye...saya pun walau dah banyak kali jaga baby tetap nebes nak dapat anak sendiri ni...huhui!!

drzirakudo said...

wahhh kembar !!! ske ske !!!

Husna Adnan said...

Salhah:
Yeah heh hey... haruslah praktis, tapi para baby masih di hospital. Kalau berat mereka capai 1.8kg, baru dapat keluar. Sekarang masih berat yang sama masa lahir. :')

Saya yang tak pernah praktis ini, pasti lebih nebes... huhuhu. Marilah kita berusaha kelak!

Dr. Zira,
Saya pun ske!!! >_____<

aku-H said...

ko nk bahasakn diri ko dgn anak ko nnt ape?pakai yg itulah..klu mama, sm je mama dgn anak2 buah jugak..nmpk mcm keibuan sgt..haha..xpun mama una ke, ibu una ke..lebih kurang lah

Unknown said...

anak buah panggil saya mak nik. terasa macam mak nenek pula..=.=

Husna Adnan said...

Dayah!!! Itu adalah sangat bijak! Ya... aku akan gunakan panggil yang sama untuk anak aku nanti kan. You are clever, girl! Hahaha! Terima kasih, terima kasih!

Husna Adnan said...

Salhah: Hahaha! Mak Nik ek? Kena panggil Mama Nik la kalau nak nampak cun melecun... :))

Shukri Mohd Ali said...

auntie! hihihihi... ^^

Husna Adnan said...

Hehe, terima kasih atas cadangan. Masih berfikir-fikir ni. Ayooo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...