Assalamualaikum, hai hai.
Baiklah. Kelmarin saya ada beritahu berkenaan pertandingan 'Kawanku Panda', bagi mereka yang mahu memenangi novel 'Kawanku Panda' dan hadiah-hadiah comel yang lain. Kepada yang berminat menyertai, mari baca cara-caranya di bawah ini! Mudah sahaja!
Syarat Penyertaan
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Ada blog (Blogspot, Wordpress, Tumblr, dan sebagainya).
3. Apa?? Tiada blog? Jangan bimbang. Sekiranya tiada blog, boleh menggunakan fungsi Note di Facebook, namun perlu pastikan Note itu set as Public, supaya saya dapat membacanya, walaupun saya tiada dalam akaun FB para peserta.
4. Tulis entri seperti yang diminta, berdasarkan kisah benar. Kisah rekaan, tidak dibenarkan bagi menjaga kesucian entri. Ececeh.
5. Pastikan menulis tajuk entri itu bermula dengan perkataan Kawanku....
Contohnya: Kawanku Duyuk, Kawanku Siti Saleha, Kawanku Ahmad Tajuddin, Kawanku Eman Manan, Kawanku Si Bulat, dan sebagainya.
6. Tulis entri mengikut kreativiti, namun perlu cerita pengalaman terhebat peserta dengan kawan yang dinyatakan. Tidak kisah pengalaman pahit mahupun manis. Cuba tulis hingga saya yang membacanya pun dapat rasakan betapa eratnya kalian berdua. Tulislah dari hati, insya-Allah hati yang membacanya turut tersentuh. Sekiranya mahu letak gambar, juga digalakkan. Tetapi perlu pastikan gambar tidak menampilkan sebarang aurat, ataupun yang menyinggung mana-mana agama, bangsa, dan negara.
7. Paling penting, ejaan perlu betul, tidak menggunakan singkatan seperti menulis SMS, tulisan gewdix seperti kewww, yewww, skewww, dan sebagainya amatlah dilarang, dan tidak dibenarkan campur-adukkan perkataan bahasa Melayu dan mana-mana bahasa asing, tanpa sebab yang kukuh. Sekiranya terpaksa, italikkan penggunakan bahasa asing itu.
8. Pada akhir entri, mohon letakkan gambar cover Kawanku Panda, dan nyatakan entri itu dibuat khas untuk Pertandingan 'Kawanku....' oleh Husna Adnan. Jangan lupa letak URL 1001husnaadnan.blogspot.com sekali.
9. Selepas selesai menulis entri, mohon letakkan URL entri itu di ruangan komen di bawah, beserta nama penuh peserta (nama sebenar pada kad pengenalan). Siapa yang jadi Anonymous ataupun guna nama rekaan, secara automatik penyertaan akan diabaikan.
10. Para peserta juga perlu pastikan sudah like page Husna Adnan (Adha Ameera), supaya kelak apabila saya umumkan nama pemenang, para peserta dapat mengetahuinya dari News Feed. Mudah, bukan?
11. Para pemenang akan diumumkan paling lewat tiga hari daripada tarikh tutup penyertaan. Sebarang perubahan, akan diumumkan kelak.
12. Tarikh tutup penyertaan: 16 April 2012, jam enam petang.
Contoh Penulisan
Kawanku Duyuk
Tiada siapa dapat menyangka, pertemuan secara tidak sengaja pada malam itu adalah titik mula saya dan Duyuk menjadi sahabat, walaupun kami berlainan spesis. Ya, saya manusia, dan dia pula seekor kucing kampung, yang sangat kecil dan kurus. ...
Okey, begitulah serba sedikit contoh yang dapat saya berikan, hehe. Jangan terlalu ringkas, dan jangan terlalu panjang, supaya cerita tidak berhenti ketika enjin baru hendak panas, ataupun terlalu meleret hingga rasa mahu tidur. :')
Hadiah-Hadiah Menarik!
Tempat Pertama:
1 naskhah 'Kawanku Panda'
3 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM50
Tempat Kedua:
1 naskhah 'Kawanku Panda'
2 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM30
Tempat Ketiga:
1 naskhah 'Kawanku Panda'
1 button badge 'Kawanku Panda'
Hadiah misteri dan wang tunai RM20
(Pemenang yang sudah ada 'Kawanku Panda', jangan bimbang. Saya akan gantikan dengan novel terbitan PTS One pilihan saya. Jeng jeng jeng....)
(Pemenang yang sudah ada 'Kawanku Panda', jangan bimbang. Saya akan gantikan dengan novel terbitan PTS One pilihan saya. Jeng jeng jeng....)
Hadiah Saguhati:
URL blog para peserta akan saya link pada side bar blog ini selama sebulan.
- Huhuhu, ini sahaja yang mampu saya lakukan sebagai penghargaan kepada semua peserta, walaupun blog ini tidaklah femes seperti blog orang lain. Mahu berikan hadiah, perlu tunggu saya jadi jutawan. Ho ho ho... :')
* * *
Disclaimer: Sekiranya penyertaan yang diterima tidak begitu memuaskan, mungkin pemenangnya hanya seorang, ataupun dua orang. Jadi, perlu tulis dengan bersungguh-sungguh ya! Jangan sekadar mahu cepat siap. Entri yang kreatif dan lain daripada yang lain adalah sangat dinantikan! Siapa tahu, kita dapat bekerjasama kelak. =D
Selamat menulis!
27 comments:
kalau kawan lebih seorang boleh?
Ya, boleh juga! :D
hanya kawan yang bernyawakah?
Yang tidak bernyawa pun boleh. Contoh macam saya, saya anggap selimut yang mak saya belikan masa sem 1 dip dulu adalah kawan. Sampai sekarang dah kahwin, saya lebih suka selimut itu daripada selimut lain. Hehe. Pergi mana-mana pun, akan bawa selimut itu. :))
assalamualaikum ... boleh buat lebih dari dua ?
Wa'alaikumussalam.
Saya lebih galakkan seorang peserta buat satu entri sahaja, maka peserta dapat fokus mengarang. Lagipun tempoh pertandingan tinggal kurang seminggu.
urm..nak buat guna blog cmna? guna post k?
Maksudnya, macam mana nak buat blog, ataupun macam mana nak tulis guna blog? Kalau guna blog, buat entri macam biasa. :)
okeyh! igtkan da salah buat..
http://akompoyo.blogspot.com/2012/04/kawanku-ara.html
Siti Zalikha bt Abdul Samat
kalau nak buat melalui ruangan komen disini boleh? kah kah kah
Alhamdulillah, penyertaan pertama.
Terima kasih, Siti Zalikha. (^_^)
Rafi: Ruang komen tidak boleh attach gambar. Maka tidak boleh!!! :p
http://sayapnema.blogspot.com/2012/04/kawanku-yang-ramping-mungkinkebetulan.html
ILMA BINTI ASMADI
nah.ini entri saya.
http://ceritasukasuki-nuri.blogspot.com/2012/04/kawanku-atul-shila-biela-nad-dan-gee.html
http://chocalymilk.blogspot.com/2012/04/pertandingan-kawanku-oleh-husna-adnan.html
join! :D
-nasuha-
assalamualaikum.. dayah datang mencuba nasib..
http://edayahzaid.blogspot.com/2012/04/kawanku-a2.html
-Nurhidayah Binti Zaid-
http://diariaida.blogspot.com/2012/04/kawanku-maisarah-sakinah-nadiah-dan.html
Aida Nur Iman binti Herman
Assalamualaikum, ini entri mengenai sahabat-sahabat saya. Harap Kak Husna sudi membacanya. ^__^
http://afruzjurnal.blogspot.com/2012/04/kawanku-hajar-nabila-aida-amera-anis.html
:) Assalamualaikum.. Ini entri saya tentang Kawanku..
http://istifhamfuad.blogspot.com/2012/04/kawanku-yang-tidak-terkira.html
Siti Rafeah Bt Abdul Rahim
Terima Kasih...
Saya join. Hanya mahu mencuba nasib.
http://nisalovepurple.blogspot.com/2012/04/kawanku-siti-nur-atiqah.html
Salam, semua.
Alhamdulillah, makin ramai yang sudi menyertai pertandingan ini. Saya akan membacanya satu per satu dengan teliti kelak. Terima kasih saya dahulukan, dan selamat maju jaya! (^_^)
finally, able 2 finish it..
http://ainanana469.blogspot.com/2012/04/kawanku-pekan.html
Aina Nadrah bt Rosli.
Thanx for reading in advance..:)
Assalamualaikum Kak Husna! Saya pun mahu ikutlah! Ini pautan penyertaan saya.
http://elementofmonster.blogspot.com/2012/04/kawanku-comel.html
Assalamu'alaikum,
Saya mencuba juga,
http://syok-sendiri.blogspot.com/2012/04/kawanku-mari.html
Mohd Rizalman Bin Abd Rahman
Salam, semua. (^_^)
Alhamdulillah, secara rasminya saya tutup penyertaan pertandingan ini. Insya-Allah, dalam masa tiga hari, pemenang akan saya umumkan di page Husna Adnan (Adha Ameera). Jadi pastikan semua peserta sudah like page saya ya!
Terima kasih sekali lagi! :D
Kak , saya buat entri tu kat facebook , pastu saya baca kena letak link entri tu kat comment blog akak , ingatkan kat fb saya . pastu, saya letak kat comment bawah entri saya tu .. camne ni kak , adakah saya masih berpeluang menyertainya ?
Entri saya di fb Mastura Mahayadin
http://www.facebook.com/note.php?note_id=353864831317966
*kak, umur saya 12 tahun tapi takde kad pengenalan lagi ..
Okey, Mastura. Tapi set Note as Public ya, sebab saya tak dapat baca. Bila tekan link, keluar 'This content is currently unavailable'. Esok saya sudah perlu umumkan pemenang. Sekiranya hari ini tetap tak dapat buka, maaf ya. T_T
Post a Comment