11 June 2009

Tensionalisme


Assalamualaikum.
Saya sedang dalam mode tension.
Maafkan saya kerana mahu beremosi sebentar.

- - -

"Kau tahu apa itu roda?" tanya Salman kepada Harun.

"Tahu," jawab Harun. "Bentuknya bulat," sambung Harun lagi, menerangkan apa itu roda kepada Salman supaya rakannya itu yakin dia begitu arif berkenaan roda.

"Bagus!" balas Salman.

Sunyi sepi.

"Jadinya mengapa dengan soal roda itu tadi?" tanya Harun apabila mereka berdua diam terlalu lama. Rasa hatinya tidak senang apabila soal roda timbul tanpa sebab.

"Roda itu bulat. Benar jawapanmu," ujar Salman sambil pandangannya dilontar jauh ke tengah bendang. Melihat seekor kerbau sedang berkubang bertemankan beberapa ekor burung.

"Jadinya?" tanya Harun lagi. 'Hai... apalah Si Salman ini fikirkan', keluh Harun dalam hati.

Suasana sepi sekali lagi.

"Roda itu bulat," Salman bersuara. "Jadinya bahagian roda itu, akan ada yang di bawah apabila bahagian lainnya di atas," terang Salman dengan satu nafas.
Harun turut menahan nafasnya sepanjang Salman bercakap dengan satu nafas. Sebegitu suspens dia menantikan jawapan Salman.

"Ya, itu resam roda. Resam apa sahaja benda di atas muka bumi ini. Pasti ada bahagian di bawah, juga bahagian di atas. Mana mungkin dua-duanya atas permukaan yang sama, Salman." Harun mengerutkan dahinya.

"Hidup ini tidak adil, bukan?" Salman tunduk memandang jari-jemarinya. Harun setia melihat tindak-tanduk sahabatnya itu.

"Apa pula tidak adilnya? Adillah begitu. Ada masa, kita di bawah. Ada masa, orang lain pula di bawah. Waktu itu kita di mana? Kita di atas. Waktu orang lain itu di atas, kita pula di bawah," terang Harun, separa memujuk.

"Jika begitu, hidup ini nyata tidak adillah," tegas Salman kembali. Kerutan di dahi Harun kian dalam. "Jika hidup ini adil, apabila kita di bawah, orang lain juga perlu di bawah. Apabila kita di atas, kita sama-sama di atas," ujar Salman menegakkan pandangannya.

"Mana boleh begitu, Man...." Lembut suara Harun mematahkan hujah Salman. "Jika kita semua hanya dapat rasa satu perasaan sahaja dalam satu-satu masa, dan satu perasaan lain pada masa yang lain, itu bukan hidup."

"Itu bukan hidup?" Salman pula berkerut.
Sunyi sepi.
"Jadinya, itu ialah apa?" Salman kembali menyoal Harun.

Harun pula melontarkan pandangannya jauh ke bendang. Melihat seekor kerbau sedang berkubang bertemankan beberapa ekor burung.

"Itu Teletubbies." Dan Harun melangkah ke bendang dengan wajah yang tegas sambil memegang raga. "Milah! Abang bawakan Milah makanan ni!" jerit Harun sambil melambai kepada isterinya.

"Hidup ini memang tidak adil! Bedebah punya Harun," ujar Salman seraya membaling sebiji batu ke arah kerbau yang jauhnya dua kilometer itu.



8 comments:

leonhart said...

just relax ya
jangan tension2...
hidup ni memang penuh dengan dugaan...
yang penting kita kena tabah dan sabar...be strong!

and please be happy again ya...
just keep smiling, all your suffering will just fade away then(^___^)

Zamri Mohamad said...

"Hidup ini adilkah?" kata kerbau kepada kawan kerbau yang lain.

"Mengapa tidak?" soal kawan kerbau balik.

"Ya hidup seperti roda. Adakala di atas, adakala di bawah. Tetapi..."

"Tetapi apa?"

"Tetapi kenapa kita yang tarik roda itu ketika membajak di sini?," kata kerbau yang jalan terhincut-hincut, kerana ada orang membaling batu ke arahnya tadi.

miehaimie said...

hi... cik sna... apa khabar dunia kamu? lama sungguh tak menyinggah di blog kamu.. well.. gaya bahasanya masih seperti dulu cuma ya! seperti kata kamu.. disini nyata lebih serius.. apa pun masih enjoy.. masih ada ketawa kecil..

usah gusar2.. ekologi dunia dan hidup menakrifkan... hanya bila kamu tahu tension baru kamu kenal erti tenang.. dan itu sangat adil bagi aku, aku harap ia juga sangat adil bagi kamu..

Husna Adnan said...

kalau hari2 happy pun pelik juga.
manusia, kan.. ada masa naik turun.
biasa la ada hari2 tension pula, hihi.

leonhart said...

yeah, u r right...
but i still wish ur life full of sunshine and rainbow :)

Husna Adnan said...

thanks, u r too kind =)

Lagenda said...

salam. kalau hidup umpama roda..
di atas atau bawah x penting
yang penting adalah di mana kita bergolek.

FEEQRY said...

Saya suka entri ini! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...