30 December 2010

"AKU KAYOOOOOOOOOOOO!!!!"


Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^____________^


Saya mahu berterima kasih kepada semua yang membantu saya merungkai persoalan 'darah manis' yang penuh misteri itu. Semoga semua bakal pengantin dilindungi Allah, disatukan di jinjang pelamin, memperoleh rezeki untuk hidup berdua, bertiga, berempat, berlima belas pun boleh, bahagia hingga ke akhir hayat, dan akhirnya terus bercinta hingga di syurga....

Oh... (Y________Y) ayat ala-ala kudus Ramadan sudah kedengaran... apakah ini tandanya aku sudah perlu mula membayar semua puasa yang tergadai, bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut pada tahun hadapan? *ish ish ish....*

Ya... sebenarnya... saya.........

Memang perlu berpuasa.

Ini kerana simpanan di bank saya kelihatan surut, surut, dan surut, seakan-akan Tasik Chini yang ketandusan air hingga mampu menampakkan naga yang digembar-gemburkan. 

Eh. Kalau akaun bank menyurut hingga menampakkan naga Tasik Chini, okey juga. Boleh mengaut keuntungan dengan memperagakan dia secara berbayar:

RM 10 bagi kanak-kanak tadika dan bayi
RM 20 bagi murid sekolah rendah
RM 25 bagi pelajar sekolah menengah
RM 30 bagi pelajar universiti
RM 40 bagi dewasa dan warga emas, 
RM 50 bagi penjawat professional; peguam, doktor, doktor gigi
RM 100,000,000 bagi kerabat diraja...

... didarabkan dengan bilangan masyarakat di Malaysia, tapi rasanya negara-negara jiran pun teringin nak tengok naga, oleh itu didarabkan dengan penduduk Benua Asia, oh mesti negara jiran Benua Asia pun tak nak ketinggalan, maka didarabkan dengan jumlah penduduk bumi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAH!!!
AKU KAYOOOOOOOOOOOO!!!!
WOOOOHOOOOO!!!!

Yeah bebeh!! Kamon naga! We can do it!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Yes master....

T________________T Kau bukanlah naga yang digembar-gemburkan.....

Kalau akaun menyusut dan akhirnya menampakkan buah naga pun boleh.... Mahal kot harga sebiji buah naga. Boleh jual di Sna LaLa Blogshop yang masih sepi itu. T,T

Tetapi tidak mungkin ada naga mahupun buah naga pada pengakhiran hayat sebuah akaun bank. *Hampa*

Kepada semua payment yang masih tertunggak, munculkan dengan segera!!! Fuh fuh!

P/S: Kang ada yang isi masa lapang kerja Tesco ni kang... orang nak sambut tahun baru terkinja-kinja pada tengah malam di 'KLCC dowh' pun terbantut yall....

P/S lagi: Tak payahlah terperanjat membaca P/S di atas... gurau ajelah! Why so serious? Serious tak sabar tunggu Jun 2011. :))

4 comments:

K.A.A. said...

amboi, dah semakin business minded ye sekarang...hehe ;p

p.s.- wah, akan berdarah manis jun 2011 ke? tahniah! hehe ;D

Ainn Ngainon said...

Bertenanglah wahai si 'darah manis'.....

Hehe.

Resman said...

Juga tidak sabar hendak menunggu Jun 2011...SANGAT2 TAK SABAR NAK TUNGGU KAN HUSNA KAN? HEHEHEHE...

Husna Adnan said...

K.A.A,
Yeah! Saya sangat perlukan anjakan hidup.
Doakan saya berjaya walaupun business minded di entri ini agak mengarut, hahahaha!

P.S: Nantikan entri berkenaan Jun 2011. :))

Anim,
Hahahaha!
Bukan darah saya yang manis.
Mungkin senyuman yang lebih-lebih manis!

Resmanshah, AWAK SANGAT MEMAHAMI!!! HAHAHAHAHA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...