21 December 2010

Pesta Buku Kanak-kanak 2010

Esok, buat julung-julung kalinya, Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010 akan bermula. 

Insya-Allah, saya akan berada di booth PTS (terletak di A49-A55 & A69-A72, Dewan Tun Razak 3, PWTC) bagi memberikan sokongan padu untuk tim kesayangan saya, iaitu PTS One! Wooohooo! ^_____________^ Sudah lama tiada event bersama mereka, maka esok mahu memunculkan diri, walaupun sekadar datang jengah, tepuk-tepuk tangan, dan pura-pura sibuk kononnya masih staf. Wakaka! =P

Ini jadual aktiviti sepanjang di booth PTS esok yang saya ambil dari FB PTS:



Bagi mendapatkan diskaun 25%, klik di sini: pts.com.my/index.php/klcbf/form


Maklumat lanjut pula, klik sini: pts.com.my/index.php/klcbf


Kepada para peminat yang mahukan tanda tangan saya, bolehlah berjumpa esok. Hahahaha silalah perasan! Novel solo pun tidak wujud lagi! Ala... novel solo sahaja. Buku kolaborasi ada banyak... =P


Baik, baik. Jumpa di sana!

2 comments:

napeace said...

Wah menarik! Tapi kalau bukan kanak-kanak lagi masih boleh turut serta tak? :p

Oh ya. Terperasan (betul ke perkataan ni) Kak Husna semasa di Comic Fiesta pada Sabtu lalu. Nak tegur tapi segan.

*Terima kasih sebab follow blog saya yang tak sempat dikemaskini :')

Husna Adnan said...

Napeace,
Hahaha mestilah boleh!!
Yang pernah jadi kanak-kanak adalah dialu-alukan, hahaha!

Laaaaa ye ke?? Kenapa tak tegur? Saya datang sebab nak beri shawl dan lepak dengan kawan-kawan pekomik sahaja.

Hehehe sama-sama. Blog itu comel! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...