20 December 2010

Watermark adalah sangat PENTING!

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Saya sedang menjalankan 'kempen' membuat watermark pada setiap gambar yang dimuat naik di Internet, tidak kira di Facebook, blog, dan semua yang seumpama dengannya. 

Apa itu watermark?
Watermark adalah tulisan, logo atau sebarang cara bagi kita memberitahu kepada umum bahawa gambar itu milik kita, hanya apabila ia benar-benar milik kita. Sekiranya gambar diri kita yang diambil oleh orang lain, tetap buat watermark, tetapi kreditkan nama jurugambar.

Bagaimana membuat watermark?
Watermark boleh dibuat dengan pelbagai cara; menggunakan perisian berlesen seperti Photoshop, juga boleh download pelbagai perisian photo editing percuma seperti Photoscape. Paint juga boleh, gunakan fungsi Text.

Saya sudah mulakan di kedua-dua FB saya. 
    Walaupun saya belum pernah menjadi mangsa penyamaran di FB, saya lakukan ini sebagai langkah pencegahan. Saya buang semua gambar tanpa watermark yang ada di FB, kerana sekiranya kita hanya membuat watermark pada gambar-gambar baru, gambar-gambar lama akan menjadi sasaran.

    Kes gambar saya yang dicuri oleh kamu-tahu-siapa, adalah gambar-gambar di blog ini. Walaupun sudah jenuh saya membuat watermark pada setiap gambar, saya tetap menjadi mangsa. Itu cerita lain.

    Malah memang sudah ada gambar saya di blog ini yang diambil tanpa pengetahuan dan dicrop hingga hilang watermark itu. Namun yang ini, saya maafkan kerana saya kenal siapa mereka. Maka, tip lain bagi membuat watermark adalah, letak di bahagian yang sukar dipotong. Kalau mahu buat ekstrim seperti gambar profil blog saya, letaklah di muka. Hahahaha! Belasah!

    Kalau di FB, guna alamat FB. Kalau di blog, guna alamat blog, ataupun boleh juga letakkan alamat FB ataupun e-mel. Wah gitu. Ini yang lebih wajar, bukan setakat menulis nama sebagai watermark kerana nama juga boleh ditiru dan digunakan oleh ramai lagi manusia yang kebetulan sama nama dengan kita. Ini bagi membolehkan sesiapa yang mengenali kita dapat menghantar laporan bagi kecurian tanpa link kredit.

    Kepada yang masih belum ada username, boleh klik di sini: www.facebook.com/username dan akan muncul langkah-langkah membuatnya. Username adalah alamat FB kita. Macam saya, alamat FB saya adalah www.facebook.com/husnaadnan. :)

    Saya trauma? Ya. Saya trauma dengan kejadian itu, dan saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya sangat menjaga hal-hal peribadi saya. Saya bukan artis, saya bukan Lisa Surihani, tetapi tiada undang-undang yang kata, hanya artis yang boleh diplagiat. Artis itu lain, mereka hidup dengan sokongan peminat. Artis adalah hak masyarakat. Secara etika, pandai-pandailah kau fikir ya Som.

    Walau bagaimanapun, bak kata Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS, "Orang jahat ada banyak cara mahu melakukan kejahatan...." Ya, saya sangat setuju! Saya sudah berusaha, tetapi kelak sekiranya kena lagi, maknanya memang orang yang menganiaya itu memang jahat! Hanya Allah yang dapat memberikan keinsafan.

    Saya kena, saya sedar, saya mencegah, saya tunggu dan lihat. Yang masih terus menggelakkan saya, teruskan ketawa. Yang anggap saya gelabah lipan, teruskan dengan anggapan sebegitu. Kita tidak akan tahu bagaimana perasaannya hingga kita sendiri terkena. Namun, tidak perlu tunggu untuk rasa perasaan bodoh ini, kerana tidak berbaloi. Lakukan pencegahan, dan hiduplah aman damai.

    Saya akan terus meletakkan gambar mengikut peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Saya tidak akan berhenti menulis blog dan meletakkan gambar, kerana ini diari hidup saya. Saya mahu anak-anak saya dapat membaca kisah hidup emak mereka dari pelbagai sudut. Insya-Allah. Aku pun nak jadi emak juga... tak payah nak rolling eyes sangat. 

    "Hanya kepada Allah, aku meminta pertolongan...." :)

    P/S: Ini bukan paksaan. Ini sekadar saranan.

    7 comments:

    Ampuan Awang said...

    Salam,

    aku dah mula menggunakan 'watermark' pada data tapi belum pada foto yang ditepek kat dalam fb. nantilah kot...

    Shukri Mohd Ali said...

    salam.

    terima kasih atas peringatan ;)

    Zera Ghazali said...

    Saya pun mahu buat watermark! Langkah berjaga-jaga kan...=)

    EEan said...

    Goodluck in your campaign.. Rase macam nak buat tapi malas lagi kot..
    Btw nice blog..

    SHIKIN HADI said...

    sna nnti tngk2 la blog aku ok bru bar arini pd 21/12/2010..aku dh lama nk tulis tp tula xkuat semangat nk tulis..off course aku sekrg suka cita psl makan,masak..heehehee..cek me shikinhadi.blogspot

    Husna Adnan said...

    Tuan Ampuan Awang,
    Salam. Oh... baguslah sudah mula.
    Nanti kalau ada masa, buatlah pada foto juga.
    Nanti orang simpan kata suami kang, ayoook. Hehehe.

    Shukri,
    Salam... ya, sama-sama... ;)

    Ombak Jahat,
    SETUJU!! ^_____________^

    Eean,
    Oh... harap nanti rajin ya, hehe.
    Terima kasih banyak-banyak!

    Shikin,
    Wahhhhhhhhhhhhh...
    Tahniah beb!!!
    Terima kasih ek masih baca blog aku!
    Nanti aku link blog kau! :D

    Ampuan Awang said...

    wah, memerli nampak :p

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...