24 February 2011

GEMPAR!!! =O


Semasa saya sedang memandu, tiba-tiba....


Kelihatan asap hitam berkepul-kepul muncul di langit!!! =O


Saya sungguh panik!


Ianya kelihatan seperti jin lampu Aladdin baru sahaja keluar!!! =O


Oh tidak!!! Ini sangat menggerunkan!!! =O


Asap hitam kian hitam!!! Apakah yang terbakar??? =O


Lori pun sibuk nak masuk dalam gambar.

Sampai ke sudah saya tidak tahu dari mana asap hitam ini muncul, 
dan apa yang berlaku.

Namun tidak berapa lama kemudian, 
saya nampak ada lori bomba bergegas ke arah sana.

Harap semuanya okey....

Jadi....

Apa motif aku ambil masa kemas kini blog ini di kala sibuk, 
untuk cerita hal sebegini??? T_________T


P/S: 28 Februari, sila datang perlahan-lahan ya... jangan gopoh sangat... 
nanti kaki awak terbakar kerana bergerak pantas... atau... adakah yang terbakar itu memang kaki awak? T_T *berbual dengan hari bulan... nice sangat...*

22 February 2011

Puasa Internet


Currently try to finish that.

Wish me luck, people.

T__________________________T

Terus cakap 'omputeh' tiba-tiba.
Published with Blogger-droid v1.6.5

18 February 2011

Cubaan 1, 2, 3.


Assalamualaikum, hai kawan-kawan!

Maaf sangat, minggu ini sekali lagi menjadi minggu yang agak sibuk. Petang nanti akan ke PTS, ada projek khas gitu. Semalam juga hampir seharian di sana. FB pun jenguk tak jenguk, huhu.

Kepada yang sudi tukar link dengan saya, terima kasih saya ucapkan. Nanti saya akan kemas kini link di tepi ya. Akan buat kategori baru khas untuk kalian.

Tetapi SnaLaLa Blogshop sempat saya update pukul 1 pagi tadi. Hahaha gigih habis! Jangan lupa jenguk ya, hehe.

Apa lagi ek?

Oh ya. Entri akan datang saya akan cuba buat entri penghargaan kepada para pembaca yang pernah mengirim mesej di FB. Kalian sangat baik hati, sudi tulis komentar penaik semangat. Terima kasih sangat!!!

Okeylah. Kena bersurai dah. Harap petang ini berjalan dengan lancar, amin....

Jumpa nanti!

Bye bye!

(Ini juga merupakan entri percubaan guna Blogger-droid. Hahaha. Dah lama install, baru sekarang nak cuba kan. Busy sangat, katanya... tak kuasa. Gambar Bubu tetiba muncul di atas itu sekadar hiasan. Kalian bertabah sahajalah.)
Published with Blogger-droid v1.6.5

12 February 2011

Bulan Jun Yang Dinanti


Assalamualaikum, hai hai hai!

Saya pernah tulis, saya tidak sabar menanti bulan Jun, yakni bulan enam, yakni bulan selepas Mei, yakni bulan sebelum Julai, sepertimana pada akhir entri ini, bukan?


Mengapa?



Kerana bulan Jun akan berlaku sesuatu yang mengujakan... yang dinanti-nantikan.











Bulan menuai padi....











Masih ingat entri ini?





Hehehe... ya.

Ini kerana...

BULAN JUN ADALAH BULAN PEMBAYARAN ROYALTI KEPADA PARA PENULIS PTS! 

^_____________________^

Yahuuuuuuuuuu!!!

(Klik video di bawah bagi mendapatkan feel keriangan sejati.)





Saya pernah menyimpan hasrat pada tahun lepas, apabila melihat angka-angka pada cek itu, saya mahu pastikan, pada tahun 2011 (iaitu pada tahun ini - ya kami tahulah!) angka-angka itu akan menjadi dua kali ganda jumlahnya.

Dan alhamdulillah... seperti yang diberitahu, insya-Allah, royalti saya pada tahun ini bukan setakat dua kali ganda, tetapi dua puluh kali ganda!

 ^________________^________________^________________^

Alhamdulillah sangat-sangat....

Tak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan saya, tetapi memang sangat bersyukur dan sangat gembira.

Dan saya semakin gembira kerana pada tahun lepas, ada banyak kenalan saya juga bakal berkongsi kegembiraan ini, sebabnya mereka sudah mula menulis.

Saya tulis semua ini bukan untuk mendabik dada tau, tetapi saya mahu buktikan kerjaya sebagai penulis bukanlah satu kerjaya yang tidak mendatangkan hasil.

Jadi pada tahun ini, saya mahu galakkan kepada sesiapa jua yang mempunyai bakat dan minat dalam penulisan, mula membuat proposal bagi dihantarkan kepada para penerbit. Tidak kisahlah PTS ataupun penerbit lain, tetapi menulis dan terbitkanlah tulisan kalian itu. 

Yang perlu dititikberatkan, kita perlu kaji dan tanya apa yang dimahukan oleh pihak penerbit sebelum mula menulis, bagi mengelakkan manuskrip kita yang sudah ditaip panjang lebar itu ditolak. Tanya sahajalah kepada pihak penerbit, lebih mudah.

Bagi meraih hasil pada Jun tahun hadapan, perlu pastikan buku kita diterbitkan sebelum Disember 2011 nanti, kerana royalti hanya dikira pada jualan pertama hingga jualan pada akhir tahun, sebelum pihak akaun menutup akaun.

Contohnya, sekiranya buku kita sudah siap dicetak pada bulan 3, royalti dikira sejak bulan 3 itu hingga bulan 12 pada tahun itu, tetapi royaltinya dibayar pada bulan 6 tahun berikutnya. Faham kan? Maksudnya, lebih awal buku kita diterbitkan dan dijual, lebih banyaklah royalti yang kita dapat nanti.

Tetapi pembayaran royalti setahun sekali ini adalah PTS. Penerbit lain saya tidak pasti, ada yang setahun dua kali.

Maka mulalah menulis. Cubalah tulis walaupun satu buku, tetapi pastikan buku itu bermutu dan akan laris di pasaran. Bagaimana caranya menghantar proposal dan karya? Boleh rujuk kembali entri bertarikh 19 Jun 2010 tadi (ya, sama juga dengan link di bawah.)

Oh yeah!! Hahaha!


Selamat maju jaya!!!



10 February 2011

Tajuk: Impian Saya (Yang Tercapai)






Dengan ini...

Impianku Yang Pertama:

SUDAH TERCAPAI!!!

Wuuuuuuhuuuuuuuuuuuu!!!

BANGI OUTLET (Opening Soon) <--- ALREADY OPEN LA MACHA




Sesungguhnya, walaupun saya tidak mencari, Allah tetap menemukan kami. 

Dan komen saya berkenaan Tutti Frutti Frozen Yogurt adalah:



SANGAT SEDAP!!!

T____________________T

(tangisan merah jambu bermaksud tangisan gembira)


Seriuslah sangat sedap. Saya terus terkedu selepas suapan pertama. Tak tahu nak cakap apa, memang sedap sangatlah. Kalau boleh, sambil makan, sambil memandu, sambil menangis berderu-deru. Tapi sebab takut nanti air mata jatuh ke dalam bekas comel berwarna oren yang diletakkan di atas pangkuan, simpan sahaja air mataku itu. Lagipun tak perlu dramatik sangat.

Detik Pertemuan:

Al-kisahnya, terjumpa semasa keluar dari simpang Seksyen 6 Bangi, selepas melawati beberapa butik Muslimah. Ecewah. Kemudian mahu ke sebuah lagi butik yang banner dia tersangatlah bapak besar!!! Semasa keluar dari simpang itulah, mata bertentang kedai impianku itu!!! Warrgggghhhh!!! Terus belok ke kiri, walhal kiri tidak ada simpang. T_T_T_T Kena jalan terus dulu baru ada simpang ke kiri. GELOJOH!!!

Masuk-masuk, tarik nafas dulu, sebab bukan main ramai orang ya, Nab. Malah mereka kelihatan begitu biasa dengan prosedur Tutti Frutti. Wajah saya terus bertukar menjadi wajah yang penuh keyakinan, SEOLAH-OLAH ITU KALI KE-1000 AKU BELI TUTTI FRUTTI!!! Hahaha! Muka nak tenang, beratur macam tahu apa nak kena buat, walhal mata dan telinga begitu fokus melihat gerak-geri orang di hadapan. T____________T

Ambil bekas paling kecil, yakni yang berwarna oren itu (itupun dah kira besar). Ikutkan hati, nak ambil yang paling besar, terus rendam diri sendiri di dalam itu bersama Tutti Frutti seolah-olah kami rakan sebilik, namun, kita perlu rasional dalam hal sebegini. 

Bekas oren sudah di tangan. Namun masih beratur, kerana orang di hadapan kelihatan tidak tenteram. Kejap ke depan, kejap ke belakang, kerana semua perisa dia mahu cuba. Masa ini, wajah cool ala anak orang kaya muncul. Senyum sahaja, dengan reaksi, 'It's okay, take your time dear', walhal sebenarnya, 'Tolonglah... tolonglah kakak di hadapan... jangan sampai saya sendiri yang isi apa-apa perisa di dalam bekas akak dan hantar akak balik!' 

Semasa kakak-kakak cergas di hadapan masih sibuk memilih, akhirnya ruang perisa pertama sudah ditinggalkan, yakni perisa original Tutti Frutti. Waktu ini, sempat jeling orang sebelah, macam mana kaedahnya nak keluarkan yogurt bertuah itu. Selepas dah jeling, oh, macam itu sahaja rupa-rupanya. Beres!!! Penuh setengah bekas. 

Berganjak ke hadapan, sebab kakak di hadapan kembali ke belakang, mungkin mahu perisa Tutti Frutti juga. Kakak itu sangat riang dan cergas! Aku pun beria tulis dia itu kakak, kakak. Entah-entah budak UKM ke apa ke kan. Okey, teruskan penceritaan. Oleh kerana stesen perisa lain masih sibuk, saya terus memasukkan perisa nanas, dan terus ke kaunter pembayaran. 

Di kaunter pembayaran, terdapat pelbagai topping beraneka warna. Rambang mata okey. Rambang mata. Akhirnya kaut strawberi, gummy bear dan jeli bentuk bintang. Pelanggan di hadapan, ada lebih kurang empat orang, masih belum berganjak. Lama betul abang cashier itu kira. Akhirnya tibalah giliranku.

RM16.15.

Muka masih tenang. Kali ini memang tenang tak tipu punya, sebab sudah bersedia mental dan fizikal (?) berkenaan harga Tutti Fruitti. Makin berat, makin mahal sebab dia ikut timbang gitu.

Tetapi... alamak! Tidak ada 10 sen pula! Cuma ada 5 sen. Kira okeylah. 

Saya pun hulur dua not RM10, dan syiling 5 sen tersebut.

Maka cashier itu memandang saya dengan wajah berkerut dan serba salah.

Saya pun dah cuaklah kan!! T____________T Apa? Apa sudah berlaku? Adakah salah pandang? Adakah RM160.15? *risau risau risau*

"Ermm... ada 10 sen tak?" ujar cashier itu.

"Tak ada, saya ada 5 sen itu saja," ujar diriku pula.

"Tapi ini 15 sen," katanya sambil memandang mesin kira. Muka dia serba salah.

"Ya, saya dah beri 20 ringgit dan 5 sen tadi." Muka saya serba pelik.

"Emmm.... tak apalah. Lagi 10 sen saya bayarkan." 

Dan wajah saya. (-____________-') 

'Apakah ini? Kenapa nak bayarkan lagi 10 sen? Pulangkan sahajalah RM3.90.'

Namun cashier itu tetap pulangkan 4 ringgit. Dia belanja 10 sen.

Tadi terfikir, adakah dia cemas hingga tidak dapat mengira dengan betul? Adakah dia lemah matematik?

Tetapi saya terus juga terfikir, adakah tadi hari pertama mereka beroperasi, maka tiada duit pecah? Dan itu menceritakan mengapa kakak-kakak di hadapan tadi begitu cergas dan ligat di dalam kedai, sepertimana ligatnya degupan jantung saya? ADAKAH TAKDIR SAYA SEBEGITU MANIS HINGGA SAYA MENJUMPAI TUTTI FRUTTI SEMASA HARI PERTAMA IA BEROPERASI DI BANGI???

Apa pun, saya sudah dibelanja. Diam-diam sudah. Bising ek aku. Hahahaha!

Gabungan perisa yang saya ambil tadi memang sedap! Kalau ada rezeki, mahu rasa perisa lain pula. Masa itu, pasti tidak kekok lagi. Pasti boleh berwajah yakin secara jujur. Pasti kelihatan lebih bergaya!!!


Harap kita akan berjumpa lagi... ^___________^


P/S: Maaf ek entri panjang lebar. Teruja beb!! Hahaha!



08 February 2011

Tajuk: Impian Saya


Assalamualaikum, hai semua.


Pada hari Selasa yang indah ini, muncullah sesuatu yang mengganggu ketenangan mindaku yang tidak berapa tenang ini, namun cukup hingga saya mengambil sedikit masa menggali sedalam-dalamnya ruang minda yang berserabut ini.

Apabila difikirkan, saya ada begitu banyak impian yang belum tertunai, kerana sikap sambil lewa dalam mengejar impian, kekangan masa, ketidakstabilan ekonomi, mahupun kurangnya ilmu pengetahuan berkenaan tempat hiburan masa kini di Malaysia. Kau orang semua perlu rasa kagum kerana saya menaip semua ini tanpa melihat keyboard. Kah kah kah. Tetiba.

Baiklah.

Pernah dengar ataupun tidak berkenaan piramid keperluan ciptaan Maslow?


Atau dalam bahasa seriusnya adalah:

Kredit kepada Wikipedia.

Baca baik-baik ya. Sekiranya mahukan keterangan lanjut, boleh buat new tab pada perkataan Wikipedia di atas ini.

Sekarang, apabila melihat piramid di atas, saya dapati... tiada satu pun impian saya itu satu keperluan. T_T_T_T_T Maka jelaslah, ia hanyalah kemahuan. 

Dan sebenarnya saya juga sudah sedia maklum, tetapi sengaja buat entri separa ilmiah ini supaya kelihatan genius sedikit, waka waka.


Impianku Yang Pertama:


Ya... sila ketawakan saya sekiranya kalian sudah ke tahap muak memakan ini, tetapi ini merupakan impian saya yang pertama. T_T 

Sudah lama mengidam mahu rasa apakah itu Tutti Frutti Frozen Yogurt, lebih-lebih lagi apabila begitu ramai rakan meletakkan gambar mereka memakan ini dengan wajah penuh kenikmatan. Saya memang tak boleh dengar perkataan Frutti ni. Dulu pun asyik beli Slurpee perisa Tutti Fruiti.

Oh oh oh~ 

Fikiran saya yang cerdas ini pernah terfikir bahawa, Tutti Frutti Frozen Yogurt adalah makanan yang dicipta untuk mereka yang bergaya sahaja, sebab itu saya tidak pernah terjumpa. Mungkin peniaga Tutti Frutti Frozen Yogurt hanya akan memunculkan gerai mereka apabila melihat sekumpulan manusia bergaya, dan terus ghaib apabila saya muncul. T___________T deyem.

Namun sebenarnya... tidak pun. Hahaha. Tentulah tidak! Saya yang malas nak mencari, dan sekadar menanam impian di tepi bibir. Mana ada kaitan bergaya tak bergaya. Mari lihat senarai cawangan Tutti Frutti Frozen Yogurt di sini.

Saya terjumpa berhampiran McD USJ, namun selepas makan McD, saya terus pulang ke rumah tanpa terkenangkan itu. Kini, saya kembali terfikir, Tutti Frutti Frozen Yogurt memang hanya untuk manusia bergaya. *sedih....*

BANGI OUTLET (Opening Soon) <--- OPEN SEKARANG!!!


Impianku Yang Kedua:







Menurut blog yang saya baca tadi, Fullhouse Cafe ini diinspirasikan dari drama Korea, Full House, malah pemiliknya juga adalah orang Korea! Yang di Sunway Pyramid nampak lebih cantik! ^____________^

Emak mesti suka kalau dapat bawa dia ke sini. Masalahnya... emak saya seorang yang liat sikit kalau nak bawa makan luar dari Kajang. Tak apa... makan dengan si buah hati pun manis juga... auwww.... :"> (padahal ayat nak bawa emak tu ayat kudus pancing je tu, hahaha!) Makan dengan kawan ramai-ramai pun best ek. 

Harap sangat satu hari nanti dapat makan di sini. MAHU!!!


Impianku Yang Ketiga:


UpdateSUDAH TERCAPAI!!! 


Ini bukan sebarangan kek. 


Kemain, bukan? T_T 

Hari itu saya dapat kupon diskaun untuk beli kek ini, namun entah kenapa, tiap kali saya teringat nak beli demi menjamu diri sendiri dan ahli keluarga, keadaan perut saya waktu itu adalah penuh dan sukaria. Terus putus hajat. Harap nanti dapat belikan kek ini untuk sesiapa, yang mampu menjamu diri sendiri juga. Muahahahaha! 

(P.S: Memandangkan ini kek aiskrim, melengahkan waktu memakannya hanya akan membuatkan kita terpaksa sedut kek ini dengan straw.)


Impianku Yang Keempat:

Pergi ke Mesir dan bergambar bersama piramid.


T_________________T

Gigih kan aku edit gambar asalrotate horizontally dan letak gambar sendiri? Kah kah kah. Pakaian memang bergaya habis. Unta tengok pun rasa nak maki. T_T_T_T_T

Selepas 'dinasihati' oleh Ustaz Wanzu dan Ustaz Firdaus, saya perlu ke Mekah dulu demi menunaikan ibadah umrah dan haji, kemudian apabila ada rezeki lebih, barulah ke Mesir dan berjumpa piramid. *insaf* Harap-harap murah rezeki untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, dan bergambar dengan piramid. Amin...

* * *

Hmm... okeylah. Selesai sesi berangan. Ini antara top impian yang melanda minda BUAT MASA INI. Kalau dibiarkan, entri ini akan panjang mengatasi Sungai Nil. Top 3 adalah makanan. Adakah lapar? (Y____Y)

Ayuhlah kembali menulis artikel yang disuruh itu, Husna. Taip blog berjela lebih cergas pula kau ini. Jumpa lagi kawan-kawan!


Disclaimer: Semua gambar di atas kredit kepada Google dan link asalnya boleh klik pada gambar, kecuali gambar saya dengan piramid. Kuh kuh.

05 February 2011

Saya Sudah Kembali! =D


Assalamualaikum... hai kawan-kawan!

Alhamdulillah, beberapa minit sebelum saya pulang ke kampung Rabu lepas, saya berjaya menghantar satu job editing kepada editor. Woohoo!!!  ^______^ Sangat gigih siapkan, sebab sepanjang minggu lepas, saya dilanda lautan sibuk yang bergelora, ewah! 

Maka berakhirlah job sebelum masuknya bulan Mac. Ini pun bulan Mac sudah ada dua job menunggu. Alhamdulillah... murah rezeki. Terima kasih kepada rakan editor yang memberikan kepercayaan... auwww. :">

Berikut adalah pelan perjalanan sepanjang 27 Jan hingga 4 Feb 2011:

Bukit Jalil - Gombak - Bangi - Kajang - Puchong - Bangi - Kajang - Putrajaya - Bangi - Kajang - Banting - Subang Jaya - Kajang - Shah Alam - Kelana Jaya - Kajang - Batu Pahat - Kota Tinggi - Desaru - Semenchu - Kajang.

Gila tak gila?!!! =O

Sangat ke hulu ke hilir, tetapi bukan berjalan-jalan makan angin ye. Ini dinamakan misi menjadi dewasa dan misi mengeratkan ukhuwah sesama kita. Gitu kan...

Walaupun agak penat, namun... SAYA SANGAT GEMBIRA!!! ^_____________^


"Yeahuuuuuu!!!"

Gembira macam patung beruang ini. Walaupun kakinya digigit hebat oleh Lalang, namun dia tetap tersenyum riang. (Wah, it's rhyme! Lalang... tersenyum riang. Nice~) Patung beruang ini pemberian PTS One semasa saya berhenti, dan Lalang paling suka gigit dia. Oh, mungkin kerana tiada patung lain, sebab patung lain sudah saya berikan kepada anak saudara di kampung. Perlu sangat cerita ini kan. T,T

Saya dan emak, pulang ke kampung demi menghadiri walimah sepupu saya, Yana di Kota Tinggi. Tetapi sebelum ke Kota Tinggi, kami bermalam di rumah mak cik di Batu Pahat, sebab kami akan berkonvoi ke sana dengan tiga buah kereta (mak cik dan pak cik, saya dan emak, serta kakak kedua dan abang ipar yang sampai jam 3 pagi). 

Saya dan Yana sebaya, dan kebetulan, semasa diploma di UiTM Arau dulu, rumah kami bersebelahan. Hostel kami semasa semester satu bukan macam asrama, tetapi ala kuarters. =D

Inilah Yana, sepupu saya. Dulu semasa belajar, dia memang kurus. Kini semakin kurus pula. Mungkin sibuk bekerja. Saya pun sibuk bekerja, namun saya kian......... eh, cuba tengok di sana!!! .............. (-_______-')

Gambar di atas terpaksa saya edit bersungguh-sungguh sebab gambar gelap, malah saya juga berpakaian ala kadar. Hahaha! Jubah abaya ini memang saya selalu gantung di almari, dan akan saya sarung sahaja apabila ada kecemasan. Memang cemas waktu kemas beg balik kampung, sebab lagi 15 minit nak pukul 4 petang, saya masih belum mandi dan masih belum berkemas untuk tiga hari kerana sibuk siapkan editing!!! Emak saya pula seorang yang menepati masa, dia kata kalau pukul 4 saya belum siap, dia akan tinggalkan saya. T___________T Kejam, bukan?

Oh jubah abaya dan tudung awning, anda penyelamat!!!

Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tetapi macam agak bosan pula tulis entri yang tiada manfaat kepada masyarakat. Insya-Allah, entri selepas ini, saya mahu kongsikan bersama kalian berkenaan Dunia Buku, memandangkan itu adalah pilihan jawapan yang paling tinggi, yang diklik oleh puluhan pengundi. Terima kasih ya kepada semua yang sudi mengundi! Ayat nak macam selebriti ni, nak kena rotan ke? 

Okeylah, jumpa lagi kamu, kamu dan kamu!

Sebelum berpisah....
Terima kasih si buah hati... 
^________________^ 
~ la la la~



P/S: Kepada Encik Stalker, nampaknya... anda mencabar saya ya? Sudah remove saya dari FB, stalk blog saya pula. Friendster saya pun jadi mangsa. Peliknya ada manusia macam ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...