02 December 2010

Berusahalah Disember!!!


Assalamualaikum, hai kawan-kawan yang dikasihi! Apa khabar? Harap kalian sihat belaka. Ya, saya kadang-kadang akan menjadi sopan sebegini, kadang-kadang saya akan menjadi so fun. Lucu tak? Lucu tak? (///_____\\\)v


Baiklah. Sebenarnya, sudah lama saya mahu membuat entri ini.

Entri berkenaan;

Apakah kebaikan dan keburukan bekerja di rumah?

Yeah... sekiranya ada antara kamu yang tidak mengetahui, saya dahulu bekerja di pejabat, seperti kebanyakan manusia normal lain. Semasa di pejabat, saya sering kagum dengan mereka yang tidak perlu ke pejabat. Mereka seakan-akan kurang normal kerana semua ahli keluarga saya, malah saudara-mara dan kebanyakan rakan-rakan, mengakhiri zaman belajar dengan bekerja di pejabat. Berkerja selain di pejabat dianggap kurang normal.
Apa masalah aku sampai tulis ayat berpusing-pusing ni?


Ini bukti saya pernah bekerja di pejabat. Tidak dapat dinafikan lagi kesahihan gambar ini kerana ada kerusi pejabat, komputer pejabat, almari besi pejabat, lantai pejabat dan juga selendang pejabat memandangkan pejabat mempunyai pendingin hawa yang tidak dapat dikenal pasti mengapa perlu sejuk menyengat. Malah gambar juga menggunakan kamera pejabat yang diambil oleh rakan sepejabat.


Namun kini, saya tidak lagi perlu ke pejabat demi sesuap nasi. Bukanlah bermaksud pejabat saya itu adalah The Chicken Rice Shop, tetapi maksudnya, demi menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup di dunia yang fana ini. Okey, tidak lucu.

Malah saya semakin suka tidak perlu memandu jauh, dan menghabiskan setiap detik nyawa di atas jalan raya, menggunakan hampir separuh tenaga hanya menekan brek dan minyak, dan memujuk hati untuk bersabar dengan kerenah pemandu lain yang berlagak seolah-olah punchcard mereka sahaja yang akan berwarna merah berdarah sekiranya terlambat, dan punchcard saya sentiasa berwarna hitam itu Dashing.

Ini pula suasana hidup saya sekarang. Ada rakan lelap hiasan lantai, wayar berlingkar-lingkar, ada meja pun setakat jadikan tempat meletak radio dan beg plastik, laptop diletakkan di atas katil dan bekerja sambil meniarap, ataupun menjadikan katil sebagai meja, dan duduk melunjur di atas karpet itu. Sungguh santai! Dan masih mampu menjana pendapatan semampu daya, alhamdulillah....


Malah berat badan juga menurun kerana saya tidak keluar makan dengan rakan sepejabat apabila mereka mengajak, atau saya yang mengajak mereka makan demi mengisi masa rehat. Oleh kerana perjalanan ke pejabat atau keluar dari pejabat membolehkan aktiviti singgah ke kedai runcit mampu dilaksanakan, sepanjang di pejabat, mulut akan kerap mengunyah tanpa mengira waktu. Di rumah, saya perlu masak sekiranya lapar, dan sekiranya malas, berlaparlah aku. Malah sudah tidak membeli kudapan memandangkan kurang kerap singgah ke kedai runcit ataupun Tesco.



Saat berganti minit berganti jam berganti hari berganti bulan...


saya semakin yakin...


yang saya semakin tidak normal.

Wahaha. T_________________T

Saya seronok bekerja di rumah, sungguh. Saya ada banyak masa yang fleksibel untuk diri sendiri, kerjaya dan keluarga (wah ayat dah macam mak-mak). Apabila perlu pos barang, boleh ke pejabat pos pada bila-bila masa. Apabila perlu beli baju atau tudung, boleh pergi pada hari bekerja yang menjanjikan ketenangan sejagat kerana kompleks membeli-belah tidak begitu ramai pengunjung.

Namun saya semakin lupa beberapa perkara, contohnya hari dan tarikh. Bagi saya, semua sama, termasuk musim cuti. Cuti am ke, cuti khas ke, tidak cuti ke, aku tak peduli. Bukan tak peduli kerana menjadi seorang yang berhati dingin, namun tidak begitu perlu peduli kerana setiap hari juga adalah sama. Hujung minggu ataupun tidak, masih boleh buat kerja, masih boleh keluar berjimba, masih boleh tidur atau berjaga sesuka hati.

Bulan lepas paling ketara ketidaknormalan ini apabila saya begitu bersemangat mahu ke pejabat berjumpa rakan-rakan demi menghilangkan rindu, padahal mereka sebenarnya bercuti sempena Deepavali. Deepavali juga dikenali sebagai, salah satu daripada cuti am.
Rasa macam nak pang! kan gambar-gambar kartun di atas? Kah kah! Artikel asal kartun-kartun di atas adalah dari The Oatmeal - Why Working at Home is both Awesome and Horrible. Memang bedebah kerana ia hampir benar!!! Hahahaha! Walaupun idea mereka ada yang agak melampau, malah ayat lucah dan kesat, pandai-pandailah kau jaga diri ya nak. Tetapi komik-komik The Oatmeal selalu menghiburkan saya apabila saya kebosanan dan kesunyian. Gitu....


Akhir kata, bekerja di rumah adalah AWESOME!!! Tetapi pastikan di dalam bilik ada kalendar besar, dan jangan lupa berbual secara verbal dengan manusia sebenar demi mengelakkan kegugupan tidak tentu fasal.

Juga antara yang horrible, saya rindu kawan-kawan. Olololo....

Sekian. 

P/S: Setiap keputusan ada baik dan buruk. Tetapi bagaimana berhadapan dengan sisi buruk keputusan itu adalah penentu aras kematangan kita. Jangan mengeluh! Perlu teruskan hidup dengan ceria walaupun kadang-kadang, hidup ini aneh. BERUSAHALAH!!!

P/S lagi: Bulan terakhir bagi tahun 2010!!! BERUSAHALAH!!! Kemain.

P/S lagi-lagi: Terima kasih kepada 85 Rakan Budiman, juga kepada semua yang sudi klik pada survey Nuffnang di sebelah dan melawati ke blog ini! ^_________^

7 comments:

Ainn Ngainon said...

Husna beruntung. Seronokkan merasa 'everyday is Sunday'?
Anim masih kena ke pejabat tiap-tiap hari, menghadap komputer dan keluar rehat pada masa yang ditentukan sahaja. Y____Y

Muhammad Shah Rizan said...

Tips nak rasa bekerja di rumah bila terisi dan bermakna utk husna: Get marry and have a children!.

P/s: ramai jejaka yg mau isteri bekerja di rumah dan dlm masa sama mengurus anak-anak dan rumahtangga.

FEEQRY said...

Blog ini seronok!

Ismail Fitry said...

lucu bangat!

samanosuke_04 said...

hehe kerja apa kat umah nie sampai bleh dapat pendapatan selesa? jeleslaaa...

Husna Adnan said...

Anim,
Ya... seronok...
Saya suka masa yang fleksibel.
Mudah nak buat macam-macam.
Bertabahlah Anim!!

Muhammad Shah Rizan,
Yeah!! I am looking forward to.
Terima kasih ya! ^_________^

FEEQRY,
Hahaha terima kasih ya! :">

En. Ismail Fitry,
Terima kasih!
Saya tulis dengan wajah serius.
(-_______-) Gini.
Hehe.

Dr.oracle,
Hehehe...
Saya freelance editor sepenuh masa.
Alhamdulillah... selesa juga.
Cuma perlu rajin cari peluang, tak boleh malas, dan kuat semangat!!

Shukri Mohd Ali said...

salam.

oh, sangat memberi inspirasi ;)

berusahalah!!!

(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...