30 August 2016

Berguru di Janda Baik

(#throwback status FB bertarikh 10 Februari 2016)


Membenarkan diri dilibas dengan teguran jujur dan ilmu segar 
daripada Mentor Besar, Puan Ainon Mohd.
.
Dua quote emas hari ini:
"Duit kerja Tuhan, niaga kerja kita."

dan...

"Jangan jadi siput!"
.
Kalau balik masih sama,
sila sebat diri sendiri. 

* * *
Antara tip mahal daripada Mem Besar waktu pertemuan semalam.
.
"Tukarkan keldai, menjadi kuda."
.
Tidak perlu meletakkan kriteria bakal pekerja yang solat lima waktu, tutup aurat, fasih membaca al-Quran, dan bagus tiap makhrajnya. Fuh.
.
(Melainkan memang nak cari guru agama?)
.
Ambil sesiapa yang mahu bekerja dengan kita, dan didik hingga menjadi pekerja berkualiti seperti yang kita mahukan.
.
Be profesional, dan jadi ketua yang baik. Insya-Allah budaya kerja yang baik-baik menjadi ikutan anak-anak buah kita.
.
.
Nota: Rasulullah (diwakili Abu Bakar), pernah mengupah penunjuk jalan dari kaum kafir Quraisy waktu hijrah Mekah - Madinah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...