27 August 2016

Kisah di Surau Petronas



Di surau Petronas tadi, masuk sepasang anak-beranak. Si anak, umur mungkin sekitar 5 atau 6 tahun. Comel, lincah. 😍
.
Sementara ibunya ambil wuduk, dia berlari ke arah saya dan duduk 'katak' di atas sejadah sebelah.
.
"Solat," tegurnya. Saya yang sedang memakai telekung, senyum angguk-angguk.
.
Selesai si ibu ambil wuduk, si anak kecil kembali berkeletah, "Mama, adik nak solat." Menonong dia menuju ke arah ampaian telekung.
.
"Tak boleh sayang, semuanya besar," pujuk ibunya sambil memakai telekung.
.
Sambung si kecil, "Tak ada telekung, tak bolehlah solat."
.
Si ibu masih lembut berbicara, "Boleh, boleh solat. Tak perlu telekung."
.
Naifnya si anak, kembali ke sebelah ibunya. Dia bertanya lagi, "Mana sejadah adik? Adik nak solat."
.
"Solat sebelah mama. Kita kongsi sejadah."
.
Dan solatlah mereka berdua.
.
.
.
Walaupun sebenarnya, mana boleh solat tanpa telekung; yang umumnya telekung itu lebih menjaga aurat.
.
Tetapi ajaran ibu itu betul.
.
Tidak perlu telekung untuk solat.
Cukup asal pakaian menutup aurat.
Dan sejadah... tidak perlu seorang satu.
Kongsi-kongsi juga bisa dong. 
.
Semoga kelak apabila baligh, anak itu berkata, "Tak tutup aurat, mana boleh keluar. Saya mahu tutup aurat." 💟
.
(Amin.... Terus rindu Afia waktu itu. Harap mampu didik Afia baik-baik. *risau*)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...