27 August 2016

Membersihkan Zoo Negara

(#throwback status FB bertarikh 12 Oktober 2015)


ZOO CLEANING 2.0
.
Diusahakan oleh NGO #OurTouch yang diperkenalkan kepada saya oleh Cikpuan Azzah. πŸ’‹
.
Waktu beliau beritahu di group Whatsapp, menggelabah hayam terus bayar yuran pendaftaran padahal lagi dua bulan, sebabnya aktiviti best macam ini confirm cepat benar penuhnya. πŸ˜±
.
Tup-tup jadi orang kedua terawal mendaftar daripada 80 peserta yang diperlukan. Kahkah cuak!πŸ˜‚ Impian zaman bujang ni, mana tak kalut.
.
Alhamdulillah semalam direzekikan untuk hadir. Dua bulan berdoa supaya tidak dapat kawasan reptilia, tapi gitulah, makin kita menjauhi makin dikau menghampiri vavavahhhh.
.
Serah diri dengan pasrah walau dok bayang ular buaya katak puru segala, tapi syukur tiada kena-mengena dengan ular dan katak, hatta buaya pun sebenarnya. πŸ‘»
.
Buaya kasi makan saja, itu pun sukarela. Ular, takat tengok keeper baling ayam hidup kemudian saksikanlah ayam dibelit hingga terdengar bunyi tulang patah.
.
Tugasan sebenar: basuh kolam kura-kura yang ya rabbi dia punya keladak hijau pekat. Sayangnya tak ada gambar sebelum dan selepas. Siapa pergi Taman Rama-Rama, kalau nampak kolam lawa tu, kerja kami la tu. πŸ˜Œ
.
Lepas siap cuci kolam dan sapu daun-daun sikit, kami dibawa ke tempat kura-kura gergasi. Ini dah sesi santai, dibawa jalan oleh Encik Abd Rahim, keeper reptile Zoo Negara. Power encik ni.
.
Kura-kura gergasi ini umurnya dah 200 tahun. Tapi pandai dia selfie sama. πŸ˜‚
.
Yang bestnya aktiviti macam ini, kenal ramai kawan baru. Dalam gambar ini, namanya Asma. Terus terdetik. Hangpa yang solo tu, cubalah join. Kot jumpa jodoh, untung-untung dapat yang rajin. πŸ˜
.
Dengar kata akan ada Zoo Cleaning 3.0. Siapa nak join, cecepat Our Touch dan set as See First. Dah keluar poster nanti, terus contact urus setia.
.
Serius beb, tak rugi! Dapatlah memahami rutin kerja staf zoo. Kita nampak senang, nampak best. Tapi mencabar oi! πŸ”₯πŸ’ͺπŸ”₯
.
Encik Abd Rahim kata, silap-silap boleh gila sebab lebih banyak cakap dengan binatang daripada manusia. Haha salute!
.
P/S: "Kata sukarela, tapi kenapa kena bayar?" Sebabnya duit kita tadi akan digunakan sebagai derma bagi apa-apa projek OurTouch yang lain. Macam yang Zoo Cleaning 2.0 ini, dijadikan dana untuk projek Back To School. πŸ’Ÿ


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...