30 August 2016

Telunjuk Ke Langit

(#throwback status FB bertarikh 2 Februari 2016)

Disember lepas, berkumpullah beramai-ramai keluarga sebelah suami di Melaka.
.
Yang muda-muda, duduk hotel berasingan. Yang berusia, duduk di apartment berlainan, yang menjadi port berkumpul sendat padat. Meriah!
.
Waktu makan, kami duduk berhampiran nenek. Rajin nenek melayan soalan-soalan suami, antaranya bertanyakan perihal kesihatan.
.
Terkeluar berita, adik nenek kembali sihat selepas bertahun lumpuh.
.
Kagum.
.
Kerana aku sempat melawat datuk itu lima tahun lepas. Simpati melihat dirinya yang tidak bermaya. Wajahnya juga kesedihan. Tidak sangka, kini sudah boleh berjalan semula.
.
.
Kata nenek, "Ubat-ubat itu semua, usaha nombor dua."
.
Kami terus memasang telinga.
.
"Doa kepada ALLAH itu nombor satu."
Telunjuk nenek tegak ke langit.
.
"Apa pun yang kita buat, kena minta pada Allah dahulu. Usaha, kemudiannya. Dia yang berikan kesembuhan."
.
.
Aku diam. Bukan benda baru, kan? Ramai dah orang kongsi yang sama.
.
Tetapi rasa dimandikan.
.
Tersedar! Segar!
.
Cuma kekadang terlupa....
.
.
MALAM ITU...
.
Aku menangis di kamar hotel.
.
Jam 2 pagi.
.
Cemburu melihat Afia dan abahnya sudah nyenyak tidur, selesa berselimut tebal dalam kedinginan aircond.
.
Aku menangis bukan kerana cemburu itu.
Aku menangis kerana sakit gigi. 😭
.
Sakit yang teramat.
Kau pernah sakit gigi?
.
Aku pernah rasa sakit bersalin. Tapi aku rasa, sakit gigi lebih hazab. Kerana pada akhirnya, tiada kelibat bayi comel. Hmm...
.
Masa inilah nak sakit. Pukul 2 pagi, di hotel Melaka. Satu ubat pun tak ada. Nak keluar, nak pergi mana? Kedai apa pun tak tahu. Nak kejut suami pula tak sampai hati. Cemburu-cemburu pun, masih bertimbang rasa. Baik ni. 
.
Lantas teringat kata nenek.
.
Doa itu nombor satu.
.
Maka aku terus berdoa penuh pengharapan, dengan linangan air mata. "Ya Allah, hanya Engkau mampu memberikan kesembuhan. Aku tak ada ubat langsung ni. T_T Berikanlah kesembuhan kepada aku."
.
Panjang lagi sebenarnya. Gila punya syahdu tak dapat kau bayangkan.
.
Terus pejamkan mata, dan nasib baik terus terlelap. Tak ingat apa dah.
.
.
Azan subuh, terjaga.
Subhanallah... sebak lagi.
Sakit gigi dah hilang. T_T
.
.
Dan petangnya, sakit gigi datang balik. Walaupun dah doa, sakit masih tidak hilang. Aku minta suami belikan panadol di stesen minyak. Selesai. Gembira. Kerana sakit hilang pada malamnya selepas telan 2 biji Panadol.
.
.
Namun mengapa berbeza?
Doa kali ini, tidak segera pula.
.
.
Tatkala aku rasakan ada pilihan untuk berusaha terlebih dahulu, Allah tidak terus makbulkan.
.
Tidak semudah waktu tiada langsung pilihan.
.
Tidak sepantas waktu kebergantungan yang benar-benar 'aku hanya ada Allah. Aku hanya ada Kamu.'
.
.
Satu perasaan yang tinggi maqamnya.
.
Yang Dia beri aku rasa, pada malam di hotel Melaka. Rasa yang aku rindu.
.
Lantas aku diuji sekali lagi....
Kali ini kesihatan, dan juga rezeki.
.
"Remember me, I will remember you."
Al-Baqarah 2:152
.
.
.
Husna Adnan,
Belajar diam. Belajar qiam.
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...